Sabtu, 23 Julai 2011

Tahniah !!! Ds Anwar Ibrahim & DS W. Azizah Dapat Menantu Baru

Nurul Ilham Anwar bersama suami Mohd Rezza Rafaie

Tahniah kepada DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah kerana mendapat menantu baru hari ini.Menurut sumber dari Facebook Faekah Husin,majlis diadakan secara sederhana membabitkan kelurga terdekat sahaja.

Menurut sumber itu lagi,DS Anwar akan mengadakan majlis keraian pada Disember nanti.Sekalung tahniah juga kepada pasangan pengantin baru ini...

Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN

Oleh Ustaz Idris AHmad

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.

Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.

http://idrisahmad.wordpress.com/

Usir Peguam Perancis : Najib Masuk "Perangkap"

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari.
"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

[ Video ] Kenyataan media : Pendirian Kerajaan Kelantan Berkenaan Isu Judi



Sidang Media pendirian kerajaan negeri kelantan berkenaan isu judi khasnya loteri bersama pemimpin pakatan rakyat...

Video : Kenyataan Media Mat Sabu Berikutan Penyiaran Video Oleh Pihak Polis


Di suatu sidang media is Komtar, Mat Sabu memberitahu pihak media bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya PDRM tidak tarik balik tuduhan mereka yang Mat Sabu sendiri yang jatuh dari motosikal.



Video yang disiarkan Polis semalam.Perhatikan pada kereta waja Polis diakhir rakaman


Laporan The Malaysian Insider dihari kejadian menyebut Mat Sabu dilanggar kereta polis bukannya Pajero ( Land Rover )