Ahad, 17 Julai 2011

Sah !!! Ahli Parlimen Pas Titiwangsa ( Dr Lo'Lo' ) Meninggal Dunia


Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar kiri) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.Hrkh

Video : PRU ke 11 negeri Terengganu bukti paling besar penipuan Umno




KUALA TERENGGANU - Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia.
"Hasil pilihanraya Terengganu (tahun) 2004 tidak masuk akal, pengundi baru bertambah 62%, paling tinggi dalam dunia, pengundi baru bertambah, pengundi Umno bertambah 62%,

"sedangkan undi PAS kalau dalam kes Besut hanya 8% seluruh negeri Terengganu hanya 5%, undi kita (PAS) turun 5% undi Umno boleh naik 62%,"jelasnya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pasca BERSIH 2.0 di Rusila, 15 Julai.

Sedangkan katanya, pertambahan pengundi muda yang baru yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.

Beliau menegaskan, dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

"Dalam kes Terengganu ada tujuh undi yang tidak boleh disahkan, undi dapat tetapi dari segi daftar pemilih tidak ada banyak itu pengundi yang keluar mengundi,

"ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, satu orang mengundi dua kali atau tiga kali,'tega Husam.

Sebab itu, menurutnya, BERSIH menuntut kepada lkerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal.

Dengan itu, katanya, bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan menyatakan, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara.

"Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' (di)seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya.

Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang dibeberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihanraya berlaku dengan adil.

Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khusunya di negeri Selangor pada ketika ini.

Menurutnya, Umno dan SPR akan terus melakukan penipuan akan terus berlaku dan sedang berlaku di negeri Selangor

"penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluh ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12,"hujahnya.

Katanya, baru pada minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di DUN Selat Kelang untuk menjadi pengundi di situ. BO

Berita Kematian Ahli Parlimen Pas Titiwangsa ( Dr Lo' Lo' ) Tidak Benar !!!

Chegu Bard melalui laman tweeternya juga mengesahkan berita kematian Dr Lo' Lo' adalah tidak benar

Sebentar tadi, berita yang mengatakan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ( gambar kiri ), telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebenarnya adalah PALSU!!

Ini disahkan sendiri oleh peguam Latheefa Koya yang menghubungi anaknya sendiri, Fawaz dan pembantu ahli parlimen (PA) Asri.

Sehubungan itu, mana-mana blog yang telah pun memaparkan berita tentang "kematiannya" supaya MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL MASING-MASING SEBELUM DISAHKAN OLEH sumber yang sahih.

Lantas kita jangan melangkaui kuasa ALLAH SWT di sebalik keghairahan kita melaporkan berita terkini dan seumpamanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dr Lo' Lo segera sembuh daripada penyakit kanser yang dialaminya.

Untuk makluman, beliau masih dirawat di Hospital Selayang, Selangor dan keadaannya dilaporkan STABIL namun agak kritikal.

Polis Terus Larang Orang Ramai Pakai Baju Kuning ' BERSIH '



NILAI: Tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.
"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.
"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT)di Dataran Nilai di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.
Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.
"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.
Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.
Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.- BERNAMA

Gambar Mohamad Sabu ( Abg Mat ) Di Hospital


Romantik : Isteri Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu (Abg Mat) menyuap mesra juadah ke mulut suaminya. Abg Mat kini terlantar di Hospital KPJ Medical Shah Alam selepas menjalani pembedahan di lutut beliau. Abg Mat adalah salah seorang mangsa kekejaman polis dalam BERSIH 2.0 baru-baru ini.

Catatan Bersih 2.0 : Propaganda Murahan Yang Tidak Laku

Demokrasi mempunyai dua aspek.  Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan.Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau).  Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog.  Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful.  It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".

Proses inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya’aban 1432.  Perhimpunan aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain.  "Anwar Dalang Perhimpunan Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita media perdana agar perhimpunan dipandang serong.  Stadium Merdeka mula dicanang mempunyai simbol negara.  Walhal pada suatu ketika, stadium itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat.  Ramai masih dalam bebalisme-nya itu, tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang dimainkan 'bangsa' lain".

Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin.  Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.

Inilah Malaysia yang rakyat perlukan.  Tiada sempadan kelas, etnik, agama, gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan "K" besar).  Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan penindasan.

PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam.  Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam.  Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot.  Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL.  NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.

"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM