Selasa, 12 Julai 2011

Bersih 2.0 : Mesti Lihat !!! Video Dan Keratan Akhbar Terbaik Tahun Ini

Keratan akhbar Sinar Harian ketika Najib menawarkan stadium dan sudi berjumpa dengan penganjur Bersih 2.0


Rakaman kenyataan Najib di TV3

Kabinet pimpinan Najib menolak penggunaan stadium oleh Bersih 2.0,setelah menawarkannya sebelum itu.BACA DISINI
Kenyataan Najib yang di petik dari Malaysian Insider BACA DISINI mengesahkan beliau merestui tindakan Patriot mengadakan Himpunan,sedangkan dalam video diatas beliau mengatakan Patriot takkan mengadakan himpunan

Najib pembohong besar !!!!!

Mana stadium....

Patriot( Pemuda Umno ) juga buat himpunan pada 9/11/2011...

Sekali lagi,Naaajiiiiib pembohong besar !!!! pembohong besar !!!!!

Baju Bersih : Dua Pemimpin Pas Ditahan

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dua orang pemimpin PAS kawasan di Johor hari ini ditahan polis kerana memakai baju kunig bercetak "Bersih 2.0".

Kedua-duanya adalah Yang DiPertua PAS Johor Bharu Rosli Kemim dan Naib Yang DiPertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari ketika mereka sedang mengadakan sidang media bersama pemimpin PAS negeri itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa pada perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Sidang media tersebut diketuai Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad diadakan di sebuah kedai makan di depan balai polis Sentral JB.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat.

Ketika dihubungi Harakahdaily Mazlan memberitahu empat anggota polis datang menarik mereka ketika sidang media sedang berjalan dan terus dibawa ke balai.

"Habis sidang media kami terus ke balai. Kami tanya atas isu apa mereka ditahan sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah lepas.

"Tiba tiba ketua balai jawab, belaum ada arahan yang membatalkan arahan sebelum ini untuk menangkap mereka yang memakai baju Bersih," katanya.

Penangkapan itu dibuat dalam keadaan himpunan Bersih 2.0 yang didakwa kerajaan sebagai "mengancam keselamatan negara" berlangsung aman tiga hari lalu.

Mazalan yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat turut menyelar penangkapan terbaru itu dengan mendakwa polis langsung tidak menggunakan budi bicara.

"Kalau kita ni saling hormat, boleh bertoleransi, apa salahnya tunggu kami selesai sidang media dulu...depan wartawan tu.

"Dan kalau betul pun tak dibenar pakai, boleh sahaja suruh mereka baju, tak perlu la tangkap," katanya.

Sehingga kini katanya, kedua-dua yang ditahan belum dibebaskan.Bagaimanapun, peguam dan ahli keluarga masing-masing telah dimaklumkan.

Difahamkan, 20 penyokong kini berkumpul di luar balai bagi menuntut pembebasan kedua-dua pemimpin mereka itu dengan segera.Hrkh

Video & Gambar : Ribuan Rakyat Sambut Kepulangan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Part 1









Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi sambutan 'panas' sebagai 'Wira Rakyat' sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud (LTSM), dekat sini jam 9.00 malam 11 Julai.

Ribuan hadir tidak henti-henti melaungkan kalimah membesarkan Alah "Allahuakbar'" sehingga Ustaz Hadi dibawa ke tempat letak kereta LTSM, dimana beliau memberikan ucapan kepada para hadirin.

Turut mengiringi beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut..BO

LAGI GAMBAR DISINI.VIDEO UCAPAN TUAN GURU PRESIDEN PAS DISINI