Rabu, 1 Jun 2011

Video : Wacana Sinar Yang Melibatkan K . Pemuda Pas Dan K . Pemuda Umno



Lagi Video DISINI


SHAH ALAM, 1 Jun: Forum yang menemukan dua tokoh politik muda daripada PAS dan Umno serta ahli agama sepakat menolak politik fitnah yang menjadi punca keruntuhan sesebuah kerajaan dan tamadun.

Bercakap dalam forum itu, Ketua Pemuda PAS pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menjelaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh dan sekiranya ia dilakukan akan menyebabkan berlakunya keruntuhan dan kekacauan dalam masyarakat serta menjatuhkan nilai sesebuah tamadun bangsa.

Bercakap dalam forum yang sama pengerusi pemuda Barisan Nasional yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dan menambah bahawa fitnah bukan sahaja dilakukan terhadap individu tatapi juga sesebuah masyarakat atau kerajaan yang mana akan menimbulkan stereotaip-stereotaip negatif dan akhirnya menimbulkan perjudis terhadap sesuatu kelompok.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata dalam forum yang sama, fitnah adalah satu senjata yang tertua yang pernah digunakan manusia sejak berabad lamanya.

Beliau juga turut mengecam tindakan ahli agama yang dipergunakan serta akur dengan tuntutan ahli politik yang menjejaskan kredibiliti sebagai ahli agama.

"Agama boleh menjadi madu dan penawar bagi membetulkan arus dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

“Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh.

"Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang berada atas golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,” jelas beiau dengan semangat dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.Hrkh

Tiga cara kotor diguna Umno dalam pilihan raya

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pas, Mohamad Sabu berkata terdapat tiga cara utama yang sering digunakan Umno dan Barisan Nasional dalam berhadapan dengan pembangkang ketika pilihan raya.

Pertama katanya, melalui daftar pemilih di mana parti pemerintah menggunakan pegawai kerajaan untuk mendaftar pengundi melalui senarai akhir yang dikemuka sebelum pilihan raya.

“Apabila kita bantah di mahkamah seperti di Sabah, mahkamah mengiystiharkan pilihan raya Likas tidak sah kerana terbukti ada pengundi hantu, ada pendatang yang mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Bersih 2.0 dalam satu wawancara dalam akhbar Suara Keadilan.

Kedua katanya, taktik yang selalu digunakan Umno-BN ketika pilihan raya adalah menyalahgunakan harta kerajaan melalui penggunaan jentera milik agensi kerajaan untuk menarik pengundi menyokong BN.

“Dahulu bukan tidak pernah berlaku. Cuma sekarang ini terlalu berleluasa. Sehinggakan dalam pilihan raya Kecil Sarawak kita tidak kenal langsung yang mana satu jentera parti yang mana satu jentera kerajaan,” katanya.

Manakala ketiga, masalah media massa yang berat sebelah terhadap parti pemerintah dan tidak memberi liputan yang adil kepada parti pembangkang.

Berbeza dengan Singapura katanya, negara itu kini dilihat lebih berani membuat perubahan dari sudut kebebasan media dalam pilihan raya yang diadakan baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebulan lalu, pemimpin pemimpin parti yang bertanding dibenarkan berucap di televisyen dan ia disiarkan. Rapat umum diizinkan. Singapura sudah mula buat perubahan. Kita masih lagi tidak kerajaan Malaysia akan ikut jejak langkah itu atau tidak.

“Sebab itu dalam himpunan bersih 2.0 ini kita perlu sedarkan rakyat bahawa pilihan raya masih brelaku dalam keadaan tidak demokratik,” tegasnya.

Mat Sabu berkata, peranan yang dijalankan Bersih sebenarnya diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan badan bukan kerajaan yang mengendalikannya.

“Saya hanya lah pemimpin parti yang ditugaskan untuk menjayakan perhimpunan Bersih 2.0, itu sahaja. Kita (Pas) hanya bekerjasama dengan NGO untuk menjayakan perhimpunan itu,” tambah beliau.

Dalam temubual tersebut, Mat Sabu turut ditanya mengenai kesediannya bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dan apakah akan terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil ketawa kecil, beliau mengakui lantang mengkritik Anwar ketika berada dalam kerajaan dan Umno satu masa dahulu.

“Sejak beliau mula menyertai Umno, sehingga lah beliau keluar dari Umno, saya lantang mengkritiknya. Tapi sekarang (dalam Pakatan Rakyat kita) bersamalah,” katanya.Keadilandaily

Tim. Presiden : Pemimpin Pas Nafi Ust Nasha Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Nasharudin Mat Isa masih dalam persaingan mahu mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS, kata beberapa pemimpin parti sambil menegaskan, khabar angin sengaja disebarkan kononnya beliau sudah pun menarik diri.

Khabar angin itu bertiup kencang sejak dua hari lalu. Pemilihan diadakan 5 Jun ini sempena muktamar kali ke-57.

Desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.

Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Nasharudin tidak tarik diri, beliau tetap bertanding dan saya sudah sahkan sendiri dengan beliau melalui panggilan telefon.

“Beliau akan tetap bertanding, khabar angin ini mungkin hanya untuk kempen,” kata Harun kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan juga mengesahkan Nasharudin kekal bertanding.

“Saya dimaklumkan beliau masih dalam saingan, itu (dakwaan) khabar angin sahaja. Sudah dua hari khabar angin macam ini disebarkan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider petang semalam Nasrudin yang mempertahankan jawatannya tanpa cabaran berkata, tiada usaha ke arah kompromi bagi mengelakkan saingan jawatan nombor dua PAS itu.

“Kalau tidak ada kompromi pun tak mengapa... kalau nak kompromi itu hak mereka,” kata Nasrudin yang menekankan Pemuda PAS tidak mengadakan usaha ke arah berkompromi.

“Lebih efisien jika perwakilan sendiri yang membuat pilihan,” katanya lagi.

Nasharudin yang menyandang jawatan timbalan presiden sejak 2005 tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden disandang sejak 2002.

Kata Harun lagi, beliau ada menemui Nasharudin baru-baru ini, namun soal tarik diri daripada pertandingan tidak pernah dibangkitkan.

“Saya ada jumpa dengan beliau (baru-baru ini), hanya perjumpaan biasa sahaja dan soal nak tarik diri itu tidak pernah dibangkitkan.

“Jadi saya pelik apabila ada yang mengatakan Nasharudin akan menarik diri,” katanya lagi.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Terengganu itu tidak menolak perkara itu akan berlaku sekiranya wujud pakatan untuk memberi laluan kepada calon lain.

“Setakat yang saya tahu Nasharudin tidak akan tarik diri tapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.

“Kemungkinan itu (untuk tarik diri) ada kalau ada pakatan, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut maklumat yang diterima The Malaysian Insider, kononnya ada usaha-usaha yang dilakukan golongan ulama untuk memujuk Nasharudin agar menarik diri dengan tujuan untuk memberi laluan kepada Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh dan Harun.TMI