Isnin, 9 Mei 2011
Bekas Pembantu Khas Exco N.Sembilan Sertai Pas
Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar.
Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam.
"Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu.
"Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata Anuar.Hrkh
Bekas Orang Kuat Umno Kelantan Sertai Pas
Peristiwa kecil yang besar maknanya itu berlaku jam 10:30 pagi ini. Ikut mengiringi Sobree menyerahkan borang penyertaan beliau dalam Pas, ialah senator Rosli Ibrahim dan beberapa orang kanan Sobree dari Ketereh. Ekoran kemasukan Sobree ke dalam Pas itu seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa dan bersama pengikutnya juga akan mengambil keputusan yang sama.
Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno.
Mulanya Sobree dikatakan berjinak-jinak dengan PKR. Tetapi sikap dingin yang ditunjukkan oleh pemimpin PKR menyebabkan beliau tawar hati dan akhirnya memilih Pas yang dilihat 'mudah basa' sebagai wadah baru jihadnya. Bagaimana pun pemilihan Pas bukan kerana lari selepas PKR yang tidak sudi menerimanya, tetapi setelah beliau merenung dan mengamati sejauh mungkin mengenai makrifat di dalam Pas.
Seperti mana katanya pada majlis ceramah beberapa hari lalu yang mendapat sambutan lebih 5,000 di Kadok, penyertaan beliau dalam Pas adalah jodoh atau sesuatu yang telah ditetapkan Tuhan. "Kalau Tuhan mahukan saya menyertai Pas, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang.
"Saya cuba merisik PKR tetapi akhirnya saya meminang dan berkahwin dengan Pas,"" kata berkonotasi mengenai nasibnya.
Pemuda Umno " Serbu " Ketua Menteri Pulau Pinang
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar kiri), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.
Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.
"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.
“Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada,” kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir.
Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.
Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula.
“Apakah mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan tindakan mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul. Jangan tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka apabila bertindak demikian, " ujarnya lagi.
Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan.
Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR.Hrkh