Rabu, 4 Mei 2011

Media Amarika Sendiri Sahkan Gambar Kematian Osama Palsu

Gambar kematian Osama yang didakwa palsu

Oleh : Huzair Sulaiman

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.
Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.
Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita ‘kematian’ itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?
Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.
Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

PRU 13 : SPR Disyaki Pindah Ribuan Pengundi Di Selangor

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengesyaki wujud usaha pemindahan pengundi Melayu dari kawasan majoriti pengundi Cina ke kawasan yang ditandingi oleh calon Pakatan Rakyat berketurunan Melayu.
Beliau mendedahkan perkara itu berikutan kewujudan ribuan tambahan nama di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Andalas, Dun Seri Muda dan juga kawasan Parlimen Shah Alam dan Kota Raja yang diwakilinya.
“Saya mengesyaki kemungkinan wujud persekongkolan oleh pihak tertentu di dalam SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui kewujudan nama-nama yang asing yang kita dapati dari senarai daftar pemilih.
“Ini adalah percubaan untuk mengalihkan pengundi dari kawasan yang tidak diyakini untuk menang oleh Barisan Nasional. Begitu juga dengan kewujudan ramai pengundi yang mempunyai kad pengenalan Sabah ke kawasan-kawasan ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa memfailkan bantahan Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku tahun pertama 2011di Pejabat SPR Selangor di bangunan PKNS, hari ini.
Menurut Dr Mariah, sebagai contoh di Shah Alam, pihaknya mengesan rumah yang didiami tiga kaum Melayu, Cina dan India sekaligus.
“Ada juga di sebuah kawasan perumahan flat 5 tingkat yang mempunyai alamat sehingga ke tingkat 6,” kata Dr Mariah.
Dalam pada itu, Dr Mariah turut mempersoalkan kegagalan SPR mengemaskini data pengundi dalam talian (online) yang tidak seiring dengan data induk di pejabat SPR.
“Saya sendiri mengalami perkara ini apabila bertukar lokasi pengundian saya ke Taman Sentosa. Apabila dikemaskini, saya mendapati nama saya tidak wujud dalam senarai induk, sedangkan permohonan pertukaran telah dibuat. Hanyalah selepas datang ke pejabat dan didesak untuk dibuat pertukaran, barulah SPR melakukannya.

Video : Menarik !!! Bob Lokman Berceramah Dalam " Loghat Kelate " Di Setiu Terengganu






SETIU - Bob Lokman minta sidang hadirin khususnya warga DUN Permaisuri 'kirim salam' kepada ADUN Permaisuri dari BN, Halim Jusoh, kerana katanya Halim adalah kawan lama beliau.Imbang Penuh"Kawasan Permaisuri ni saya ada kawan, kawan lama...... lama tak jumpa dengan dia, tiba-tiba dengar dia dah jadi wakil rakyat, namanya Saudara Halim Jusoh,

"takut dia ada dalam ramai-ramai ni, lama saya tak jumpa dia, siapa-siapa yang ada jumpa dia, atau ada duduk sebelah Halim Jusoh, cakap (dengan dia) saya kirim salam,

"sebab sekarang ni, kalau saya telefon dia dah tak jawab lagi, dudlu-dulu kalau telefon selalu jawab, sekarang semenjak kita masuk PAS ni, jadi macam bermusuh pula,"ujar Bob ketika memulakan ceramahnya di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, dekat sini, 30 April lalu.

Bob turut memberitahu lebih 500 hdirin yang hadir, bukan sahaja orang politik sudah 'tidak suka' kepada beliau, tetapi juga dikalangan artis yang menjadi kawan lamanya.

Menurutnya beliau terkejut apabila membaca berita yang disiarkan akhbar Harian Metro yang bertajuk 'Awie hentam Bob', sedangkan kata Bob, Awie adalah kawan baiknya.

"Awie kawan baik saya, saya menguruskan Aie ni sebelum dia rakam album lagi, saya berkawan dengan dia, dia selalu belanja saya makan, sebab dia anak orang kaya,

"belanja saya makan...petang-petang, saya tak ada duit masa tu, sebab saya tak ada duit,"ujar Bob menceritakan kisahnya.

Apabila ditemui Buletinonline, Bob kata dia tidak marah kepada Awie kerana mungkin Awie salah faham.

Bob yang agak letih, kerana sudah tidak pulang ke rumah sejak 5 hari lalu, bagaimana pun gembira apabila bertemu seorang 'warisnya' Ayah Lah (gambar kiri ) yang tinggal di Balik Bukit, Permaisuri.

Mereka berdakapan dan bertanya khabar serta mengucapkan salam sejahtera, sebelum Bob berlepas pula untuk menghadiri program di Batu Pahat, selepas sehari sebelumnya, berceramah di negeri Kedah.BO

Osama mati atau tidak? Teori konspirasi mula muncul

NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.
Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.
Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.
Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.
Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.
“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.
Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.
Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.
Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.
Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.
Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.
Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.
Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: “(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”
Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.