Rabu, 23 Mac 2011

Video : Rahim Tamby Chik Akhirnya Mengaku Dalang Penyebaran Video Seks Setelah Didedahkan MP Sungai Petani


Kenyataan media Datuk Johari Abdul yang mendedahkan dalang penyebaran fitnah video seks



Kenyataan media Rahim Tamby Chik yang mengaku dalang penyebaran fitnah video seks.Pengakuan Rahim dibuat setelah pendedahan oleh Johari


Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mengaku beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah adalah lelaki misteri yang bergelar “Datuk T” — yang menayangkan rakaman video seks kepada media kelmarin, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pkatan Rakyat (PR).

Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.

“Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama,” kata beliau.

“Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.

“Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah,” katanya.

Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.TMI

Harussani sedia jumpa Nik Aziz


IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri.

Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.

Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian tgerhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri.

Surat itu sebagai jawapan balas kepada surat daripada Pemuda PAS negeri bertarikh 7 Mac lalu yang berhasrat mengatur pertemuan Harussani dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Hrkh

Pendedahan Dalang Video Seks,Kenyataan Penuh Ahli Parlimen Sungai Petani

Datuk Johari Abdul

Berikut adalah kenyataan penuh ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul :
Imbang Penuh
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.


Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullahmenjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Hakim ubah keputusan, kini terima sampel DNA Anwar bahan bukti

Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mahkamah Tinggi hari ini mengubah keputusan dibuat dua minggu lalu dengan membenarkan tiga barang dan sampel DAN diterima sebagai bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah juga memutuskan bahawa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah.
Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai 2008, daripada dijadikan sebagai bukti.
Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”, yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.
Mohd Zabidin mendapati tiga barang itu — sehelai tuala kecil ‘Good Morning’, satu botol air mineral dan satu berus gigi — telah diperoleh secara tidak sah.
Minggu lalu, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.
Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil “lelaki Y” yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful.
Hari ini, Mohd Zabidin menambah, langkah mengemukakan waran tangkap oleh pendakwa membuktikan bahawa penahanan Anwar adalah dalam lingkungan perundangan.
“Sekarang, ekoran bukti IO dan pegawai yang menahan, penahanan adalah sah,” kata hakim.
“Penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan sebagai dibuat untuk mendapatkan DNA (secara tidak sah)... mahkamah membenarkan barang-barang tersebut dikemukakan sebagai bahan bukti,” kata hakim lagi.
Mahkamah bagaimanapun menolak satu lagi permohonan agar Anwar diarah menyerahkan sampel DNA dengan hakim berkata, tiada kes-kes perundangan untuk menyokong permintaan tersebut.

Fitnah Video Seks : Ulasan Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak fitnah terbaru video lucah yang cuba mengaibkan beliau dan keluarganya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral seseorang itu perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan, apatah lagi sekiranya berita itu datangnya dari orang yang diragui kebenaran percakapannya.
Bercakap kepada media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam Hadi menuntut rakyat Malaysia untuk menolak taktik kotor dan usaha pihak tertentu yang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan lawan politik mereka.
Beliau merujuk kepada tindakan pihak tertentu yang menyebarkan video yang didakwa sebagai bukti salah laku seksual yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Amalan ini hendaklah dihentikan. Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjadi contoh yang baik. Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan fitnah dengan menggunakan video adalah tidak bermaruah.
Anehnya, mengapa rakaman tersebut timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan. Mungkin ada kepentingan politik pihak tertentu,” ujarnya.
“Islam mewajibkan 4 orang saksi yang adil bermaruah untuk dikemukakan. Kita perlu perlu meneliti gambar dan peralatan dan individu yang membawa bukti itu sama ada ia mempunyai sifat jahat dan bohong. Sekiranya wujud, ia tak layak untuk dijadikan maklumat yang betul,” katanya.
Kepada satu soalan wartawan yang ditujukan kepada Anwar berkenaan sama ada beliau bersedia untuk bersumpah bagi menafikan keterlibatannya dalam video tersebut, Hadi bingkas menjawab bahawa sebarang tindakan lanjut adalah berdasarkan kedaulatan undang-undang.
“Perkara sumpah itu tidak perlu dibangkitkan. Kita kembalikan kepada mahkamah syariah. Yang akan menentukan siapa yang perlu bersumpah ditentukan oleh mahkamah,bukannya media,” kata Hadi.
Dalam pada itu, Hadi menjelaskan, kecelaruan yang kini berlaku di dalam negara adalah diakibatkan oleh ketiadaan pemisahan kuasa di antara politik, mahkamah dan pentadbriran.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia mengutuk tindakan fitnah terbaru terbaru terhadap Anwar itu dan ia menunjukkan politik ‘pembunuhan karakter’ sudah mencapai ‘tahap baru’.