Isnin, 21 Mac 2011

Fitnah Video Seks : Sidang Media Datuk Sri Anwar Ibrahim




KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.

“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.

“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikia, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata:

“Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan.”Keadilandaily

PAS minta polis siasat penyebar video lucah fitnah Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.
Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.
Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.
"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat.
"Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau.

Karpal Timbang Heret Najib Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR 21 MAC : Peguambela utama kes fitnah kedua, Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Hal ini kerana Najib pada kempen pilihanraya negeri Sarawak, di Serian pada Sabtu lalu telah mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

Karpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas
nama-nama besar, khususnya (Najib),”ujarnya kepada pemberita.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.TVS

Dun Sarawak Bubar

Bangunan Dun Sarawak

KUCHING, 21 Mac:
Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya Dun ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di Kuching hari ini.

Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.Hrkh