Ahad, 6 Februari 2011

Gempar !!! Video Membongkar Kekayaan Taib Mahmud Yang Hangat Di Internet



KUALA LUMPUR: Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau ‘Harta Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.

Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.Keadilandaily

Gelombang Merah Hanya Angan Angan Umno

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan. Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah

400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri. Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Mereka tidak dapat menerima pengkhianatan kerajaan pusat yang tidak iktiraf kerajaan rakyat di Kelantan. Tindakan kerajaan pusat yang menyekat 118 projek sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991. Merampas hak royalti minyak satu lagi bukti penyelewingan konsep federalisme. Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, pada hal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan. Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun.

Gambar : Menjengah Dun Merlimau,Medan Tempur Politik Seterusnya

Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia
Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau
Salah satu kuil Hindu di Merlimau
Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau
Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau

Krisis Mesir : Ikhwan Sedia Berunding Demi Kepentingan Rakyat

Ikhwanul Muslimin menyatakan kesediaan untuk menyertai perundingan dengan kerajaan dalam usaha menamatkan pergolakan politik negara itu yang berlarutan hampir dua minggu.

Pertubuhan itu melahirkan pendirian itu ketika kepimpinan negara itu, diketuai Naib Presidennya Omar Suleiman, memulakan siri perundingan dengan pelbagai pihak sejak dua hari lalu.

Kumpulan Islam itu memberitahu Reuters, perundingan akan bermula hari ini dan mereka akan menilai sejauh mana kerajaan bersedia untuk “menerima tuntutan rakyat” — yang mahukan perubahan kepimpinan dengan Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ikhwanul Muslimin, yang ditubuhkan pada 1928 dan pernah diharamkan oleh kerajaan tetapi memperluaskan pengaruhnya dalam pilihan raya negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan rejim Hosni.

Tahun lalu Ikhwan berpendirian, tidak akan menyertai sebarang perundingan dengan rejim, telah mengubah pendiriannya ketika menghadapi krisis kini.

Manakala Hosni Mubarak masih menolak desakan penunjuk perasaan agar beliau berundur sekarang.

Kata Hosni, beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya buat penggal keenam pada pemilihan presiden September ini tetapi penunjuk perasaan mahukan pendirian sebaliknya dengan meninggalkan jawatan itu segera.

“Kami sudah memutuskan untuk menyertai satu pusingan dialog untuk menilai keseriusan pegawai kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat dan kesediaan mereka memberikan respons kepada tuntutan itu,” kata seorang jurucakap Ikhwanul Muslimin kepada agensi berita Reuters.

Ikhwanul Muslimin yang dilihat paling berpengaruh dan mempunyai struktur lebih tersusun sebagai barisan pembangkang, tetap kekal sebagai pertubuhan yang dilarang secara rasmi dalam arus perdana politik negara itu.

Ia berhadapan dengan tekanan kerajaan pada 1980-an dan terus berusaha untuk menyertai politik arus perdana.

Pada 1984, ia membentuk pakatan dengan parti Wafd dan kemudian berganding dengan parti Buruh dan Liberal tiga tahun kemudian untuk menjadi pembangkang utama.

Pada 2000 Ikhwanul memenangi 17 kerusi Parlimen dan lima tahun kemudian 20 peratus kerusi yang ditawarkan.

Hosni, yang memegang jawatan presiden sejak 1981, mempersalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung kebangkitan rakyat yang disaksikan sekarang di mana tunjuk perasaan masuk hari yang ke-13.

Ikhwanul Muslimin pula menafikan dakwaan bahawa ia mahu mewujudkan negara Islam di Mesir.

Pengerusi Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie (gambar) telah menyatakan protes yang bermula pada 25 Januari telah menanamkan rasa kebanggaan yang luar biasa di kalangan rakyat Mesir.

Nilai Harta Hosni Mubarak Cecah AS$70 bilion?

SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.
KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.
ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.