Khamis, 27 Januari 2011

PRK Tenang : Bongkar !!! Cubaan Fitnah Terbaru Facebooker Umno Terhadap Cikgu Mala Gagal

Print screen jmej Facebook milik Azmy Awang Kelana Jaya yang cuba memfitnah kononnya Cikgu Mala kahwin lari [ untuk besarkan klik imej ]

Pagi tadi bukak aje facebook jumpa malaun ni cuba fitnah cikgu Mala,terus print screen dan simpan.Check kat blog2 dan facebook pro Umno kalau2 isu ini jadi hangat.
Syukur takde,nampaknya cubaan fitnah hanya tersadai kat dinding si Azmy tanpa mendapat respon dari rakan2 Umnonya.Korang perhatikan imej print screen diatas hanya ada satu komen je ha..ha..ha..cubaan fitnah yang tak menjadi.

Waaaa kaa kaaa padan muka mung Azmy,bodoh !!! orang dah tak ambil pusing dah fitnah cam tu,setakat tulis didinding facebook tanpa ada bukti yang sahih,nenek aku pun boleh tulis bro.
Ambo bukannya nak promote sangat fitnah2 pencacai Umno ni tapi sekadar menunjukkan yang mereka masih teraba raba mencari isu di Tenang ni.Asyik isu yang sama je cuba diketengahkan zina !!! Zina !!! terbaru kahwin lari....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Najib mesti dipaksa ke pentas debat

Oleh Lutfi Othman

Kes jenayah mutakhir cukup mengejutkan dan tidak terjangkau dek akal. Perlakuan di luar batas undang-undang itu bukan saja semakin berleluasa, malah membingungkan. Cuba selak lembaran akhbar harian, pasti terbaca berita-berita menyayat hati. Misalnya, tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

Dalam perkembangan lain, di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, si ibu naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya. Remaja lelaki itu mengaku kepada wanita itu dia sudah meniduri anak perempuannya.

Manakala di Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar juga pernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.

Tanpa perlu menyenaraikan lebih panjang kes-kes lain yang tidak kurang tragisnya, ia sudah cukup menyesakkan dada dan pemikiran kita. Ramai melihatnya sebagai satu petaka serius. Solusinya harus pelbagai dimensi dan bersifat holistik. Ia turut menuntut pembabitan semua pihak agar turun padang dan saling membahu menangani krisis sosial yang cukup parah ini.

Bongkar !!! Blogger Umno Kantoi Lagi,Gambar Ini Menjawab Tohmahan Jahat PapaGomo

Papa gomo dalam entry blog beliau semalam memuatkan kononnya temubual dengan beberapa orang penduduk Tenang tentang sikap ego cikgu Mala.Turut diulas kononya Cikgu Mala tidak disukai semua guru di sekolahnya semasa beliau masih menjadi guru....


Print Screen blog PapaGomo yang memuatkan tohmahan jahat beliau lihat DISINI [UNTUK BESARKAN KLIK PADA IMEJ ]

Antara Lain Papa Gomo menyatakan :

"normala ni seorng guru yang pemalas dan ego. konon dia tu bagus sangat. dia bohong bila berkata ramai guru guru menyokong dia, padahal dia tak ada seorang kawan pun di sekolah. di sekolah dia ada 30 org cikgu, tapi seorang pun tak hingin berkawan dgn dia. dia ni dah macam kera sumbang kat sekolah."

Kenyataan di atas di perolehi dari Guru di sekolah yang Normala pernah jawat sebelum ini. Emmm kalau dah guru sendiri pun kata Normala ni Ego memang lekat sangatlah dengan Kenyataan penduduk Felcra Sekijang bahawa Normala ini seorang yang Bongkak.

HASIL TEMUBUAL KE TIGA:

"normala ni jenis tak kenang jasa. dia suka cari batu locatan utk dirinya. mula mula dia akan buat baik dengan guru besar. bila guru besar dah ok dengan dia, dia tak peduli cikgu cikgu lain. lepas tu dia buat buat baik pula dengan orang pejabat pelajaran daerah (ppd). bila orang ppd dah ok dengan dia, dia tak peduli dengan guru besar pulak. lepas tu dia buat baik pulak dengan orang jabatan pelajaran negeri (jpn). lepas dah baik dengan orang jpn, dia tak peduli pula dengan orang ppd. dia boleh perlekehkan ppd & guru besar sebab kononnya dia baik dgn orang jpn. skrg bila dah terkenal sbb nak jadi adun, tengoklah macam mana dia perlekehkan pengarah pelajaran negeri johor!"


Benarkah itu sikap sebenar Cikgu Mala,ternyata ianya hanya tohmahan jahat puak2 yang sudah ketandusan isu untuk dibawa.Mereka hanya tahu menyerang peribadi calon Pas ini sahaja.Gambar dibawah yang diambil dari blog cikgu Mala [DISINI] membuktikan dakwaan PapaGomo hanya satu pembohongan semata mata...

Sedang Umno tolak Islam, MCA usah cakap hal Islam-Tok Guru Nik Aziz

Normal Sudirman (kiri) berceramah dengan diperhatikan oleh Nik Aziz Nik Mat ketika berkempen di Kg Redong menjelang hari pengundian Ahad ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 27 Dis — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.
Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.
“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?
“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.
“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.
“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).
“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.

PRK Tenang : Gambar Perbezaan Antara Dua Wajah,Yang Mana Satu Pilihan Hati

PERBEZAAN ANTARA DUA WAJAH DI DUN TENANG

Biar Gambar Berbicara 1 :

Cikgu Mala bersama suami meredah air separas peha melawat mangsa banjir.Perhatikan gambar yang diambil secara candid mungkin tanpa pengetahuan beliau.Tapi disembunyikan media arus perdana.Tak apa Cikgu,kami blogger/facebooker pro Pakatan ada untuk mempertahan dan menguaruarkan aktiviti dan keikhlasan cikgu di alam cyber...
Perhatikan pula malaun ni,baru meredah banjir paras betis dah riuh sekampung.Media arus perdana pula bukan main lagi gegak gempita satu Malaya.Bertelur sebiji riuh sekampung,gambar pula diambil seolah olah dirancang siap posing lagi kih..kih..kih..

Dalam hal ini siapa yang benar benar jujur,fikir fikirkanlah....

Biar Gambar Berbicara 2 :



Mana satu pilihan anda :

1) kain basah-diredhai Allah

2) kain kering-dimurkai Allah

Ada yg kata aku sengaja mengaibkan makcik ni sdgkan aku tidak tulis nama makcik ni, aku tak tulis alamat dia. Korg pun tak kenal.
Muka pun tak nampak. Berlambak gambar seksi dlm majalah & TV yg lebih teruk dari ni(muka pun jelas dilihat) tak pula dikira mendedah aib
Aku berkongsi gambar ni dgn tujuan mengajak kalian menilai diantara 2 wajah ni
1-sanggup meredah air hingga basah pakaian krn takutkan Allah dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah
2-org yg sanggup mendedahkan aurat hanya krn takutkan air membasahi pakaiannya tanpa mempedulikan kemurkaan Allah.Sumber Facebook Ndee Tganu

Fikir fikirkanlah....


Laksanakan 'PAS Ganti Umno' di Tenang


Suhaimi Mokhtar

PAS ganti Umno, satu slogan yang progresif, merangsang pembakaran semangat dan daya juang yang perlu dikekalkan momentumnya kerana ia mampu menukar lanskap politik tanahair dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Slogan yang sarat dengan erti perjuangan ini perlu digilap dan diperbaharui sepanjang masa bagi merealisasikannya menjadi realiti dan tidak tinggal menjadi slogan semata-mata. Penghayatan, dukungan dan komitmen seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS mampu nanti memberi inspirasi kepada rakyat, khususnya pengundi terutama generasi muda, antaranya yang mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Mulakan perjuangan untuk merealisasikan slogan keramat ini dalam pilihanraya kecil Tenang. Suatu kejutan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan paling kurang majoriti Umno-BN dikubu kuat mereka akan mengecil yang memberi petanda dan isyarat bahawa perubahan besar sedang melanda politik negara.

PAS memang tepat dan wajar mengganti Umno kerana persaingan politik di negara ini sejak pilihanraya pertama 1955 sebelum merdeka lagi ialah antara PAS dan Umno. Pada pilihanraya pra-merdeka pada 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan, PAS ketika itu mampu meraih satu kerusi sahaja.

Tetapi dalam pilihanraya-pilihanraya seterusnya, pada 1959 dan seterusnya, PAS telah membuat kehadirannya dirasakan dan memberi saingan hebat, walaupun mengalami jatuh-bangun dalam perjuangan politik tanahair selama demokrasi melalui pilihanraya diperkenalkan dinegara ini.