Rabu, 19 Januari 2011

Gempar !!! Rupanya Blogger Pro Umno Pun Dah Menyampah Dengan Rosmah Mansor

Imej "print screen " blog Paneh Miang yang menghentam Rosmah

Nampaknya penyokong Umno pun dah mula menyampah dengan Rosmah Mansor.Apa kata blogger pro Umno tentang Najib dan Rosmah,korang baca catatan dibawah ni yang dicilok tanpa edit dari blog http://paneh.blogspot.com/2011/01/suruh-rosmah-diam-sehingga-selesai-pru.html :

Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.

Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.

Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.

Isa Samad Hilang Kewarasan

1. Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.

2. Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak merekImbang Penuha beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir.

3. Tambahan pula ucapan dan kata - kata kesat sedemikian dilemparkan oleh beliau dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek. Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya.

4. Datuk Isa Samad wajar menarik balik kata - kata yang celupar dan biadab andai beliau berasa dirinya seorang pemimpin yang baik. Jika tidak, tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat felda terhadap tahap keperibadian Datuk Isa Samad yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian. kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit Dipilih Calon BN Dun Tenang


LABIS, 19 Jan — Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang ini.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telah pun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN, pada 17 Disember tahun lepas. Penamaan calon pula ialah Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. — Bernama

Khir Toyo Kantoi Lagi !!!

Gambar fail: Shamsuddin (kiri) dan Khir sewaktu meninggalkan mahkamah selepas mereka dituduh menyeleweng di dalam penjualan dua keping tanah dan sebuah rumah bernilai jutaan ringgit

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor, ketika di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) telah memberi lima projek secara rundingan terus berjumlah RM243.77 juta kepada syarikat milik Shamsuddin Haryoni, Majumulia Sdn Bhd.
Imbang Penuh
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya terpaksa mendedahkan penyelewengan ini bagi mengelak timbulnya spekulasi dan tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dewasa ini.

“Lima projek itu diberi kepada pemilik Majumulia, Shamsuddin Hayroni ketika Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyandang jawatan menteri besar pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, Dr Khir pada ketika ini sedang berdepan dengan tindakan mahkamah berhubung dakwaan rasuah dan kerajaan negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek berkenaan.

Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

Terkini !!! Kerusi DUN Pelabuhan Klang Diisytihar Kosong



Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah(gambar) didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun. Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.
ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu. Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.
Badrul Hisham memenangi kerusi P{elabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Parti Pimpinan Zaid Ibrahim KITA Dilancar

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim (dua kanan) melancarkan logo baru parti baru politik itu di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini pada Rabu. Parti baru itu memperjuangkan persamaan hak semua kaum di dalam pentadbiran negara dan mengagihkan pendapatan negara kepada semua kaum dengan adil dan saksama. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui oleh bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dilancarkan secara rasmi di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini, Rabu.
Dengan moto moderat, demokratik dan liberal, Zaid berkata, KITA sebuah organisasi hibrid dengan konsep 'think thank' yang menumpukan perhatian kepada konsep kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat.
Kira-kira 600 tetamu hadir yang terdiri daripada ahli politik, diplomat asing dan penganalisis politik pada majlis perasmian tersebut.
Antaranya ialah Presiden Parti Progresif Rakyat, Datuk M. Kayveas; Ahli Parlimen Padang Serai, P. Gobalakrishnan; Timbalan Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Dundang Bugak; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehhuddin Hashim, wakil Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan.
Menurut Zaid, beliau akan memberi sokongan kepada kerajaan Persekutuan sekiranya dasar yang diperkenalkan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.
Jelasnya, KITA juga akan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah utama rakyat yang merupakan perkara pokok untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Kami percaya masih ada ruang untuk politik idealisma di Malaysia.
"Kami di sini untuk membawa rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang aman damai antara satu sama lain. Kami tidak percaya kepada politik ekstrem," katanya dalam ucapan pelancaran parti itu.
Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, parti itu menolak individu dan pihak yang menggunakan kepentingan peribadi untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Pakatan Rakyat Perlu Fokus, Elak Isu Kontroversi



Oleh: Mat Zain Mat Isa

Harapan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibahim agar Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak hilang fokus dan terus menambah baik khidmat kepada rakyat wajar dinilai dari perspektif lebih luas. Biar pun pada asbabnya, kenyataan itu ditujukan secara khusus kepada kerajaan negeri Selangor yang beliau sifatkan sedang diasak bertubi-tubi oleh Barisan Nasional (BN), tidak ada salahnya negeri-negeri lain di bawah Pakatan ikut menghayati pegangan sedemikian.
Dalam pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu antara lain menarik perhatian hadirin tentang nafsu besar BN untuk merampas semula negeri itu dari Pakatan. Katanya, Selangor dianggap mutiara bagi Umno.
Bagi mencapai hasratnya, BN didakwa melakukan berbagai muslihat. Kerajaan negeri diserang menerusi berbagai manipulasi isu, menyebabkan Pakatan secara umumnya terpaksa berada dalam kedudukan ‘bertahan’.
Memang diakui BN, khususnya Umno, amat pakar mencipta dan memanipulasi sesuatu isu. Penguasaannya ke atas kerajaan Pusat memudahkan BN memanfaatkan segala bentuk alat propaganda bagi menggambarkan keburukan parti lawan.
Di antara kegemaran BN mutakhir ini ialah mencetuskan isu-isu yang mampu diolah bagi membentuk persepsi kononnya Pakatan bermaksud mengubah status quo negara. Isu-isu kononnya pembangkang mencabul Perlembagaan Negara, menghina institusi diraja dan menggugat hak istimewa orang Melayu amat laris ditaja dan dijaja.
Sayugia diakui bahawa sedikit-sebanyak isu-isu yang berterusan dimainkan media dan berbagai alat propaganda BN itu memberi kesan kepada rakyat negara ini. Orang Melayu khususnya dikatakan semakin diragukan dengan hala tuju Pakatan.