Ahad, 16 Januari 2011

Kenali Normala Sudirman,Calon Pas Dun Tenang

Calon Pas Dun Tenang Normala Sudirman, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.Hrkh

Isu Azan: Jangan Jadi Seperti Singapura

SHAH ALAM 16 JAN : Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang digunapakai di Singapura untuk membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Katanya, cadangan oleh pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.
"Ini adalah satu agenda daripada luar, kalaulah Singapura berjaya untuk menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga. Kita ini beragama Islam, agama Persekutuan tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran? Saya cukup tidak suka perkara ni," ujar Tamyes ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.
Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki oleh MCA menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.
The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya Chua Soi Lek.
Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Ping Siue sebagai berkata, kemelut laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kampung Kerinchi harus diambil bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat di negara ini.
Menurut Tamyes, soal laungan azan harus dilihat dari sudut keperluan agama Islam sendiri dan keperluan pemerintah Islam mempertahankan keperluannya.
"Ini (laungan azan) adalah satu syiar Islam yang menjadi tanggungjawab kepada umat Islam, khasnya pemerintah yang beragama Islam mempertahankan perkara ini.Ia sebenarnya syiar Islam yang begitu sensitif kalau sekiranya diperlahankan," kata beliau.

Tolak cubaan heret Sultan dalam isu berbangkit

ALOR SETAR, 16 Jan: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah meminta rakyat di negeri ini agar berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu mengheret institusi raja-raja dalam isu-isu yang berbangkit.

Baginda mengingatkan rakyat supaya sentiasa memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.

"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara.

"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat di kalangan penduduk berbilang kaum dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan dan usaha kerajaan beta untuk terus mengeratkan perpaduan hendaklah disokong sepenuhnya,” titah baginda.

Langkah kerajaan negeri yang berusaha meningkatkan keyakinan dan kemasukan pelabur asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan di negeri itu turut menarik perhatian baginda dalam titah tersebut.

"Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepat dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing dan beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran sempena ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya pada majlis yang sama berkata, kerajaan negeri akan terus mendukung konsep federalisme dan prinsip demokrasi dan pembahagian kuasa seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Beliau juga berharap agar kerajaan pusat dapat menuruti dan menghayati prinsip yang sama demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

"Segala harapan rakyat telah diterjemahkan kepada pelbagai projek yang dirancangkan dan perancangan kerajaan tidak akan menjadi kenyataan tanpa mendapat kerjasama semua pihak," katanya.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib telah dianugerahkan Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.Hrkh

Video : Konvoi Bermotor Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat " Pas Ganti Umno "




Sebahagian peserta konvoi dari Pemuda Besut
Peserta dari seluruh Terengganu berkumpul di hadapan Masjid Mempaga Beris sebelum bertolak ke Dataran Tok Guru Kg Geliga
Sabar,menunggu ketibaan semua peserta sebelum bertolak
Anak muda bersama Pas,peserta konvoi di hadapan pentas utama mendengar amanat yang disampaikan pimpinan Pas

Dianggarkan lebih kurang 3 000 peserta dari seluruh Terengganu menyertai konvoi kali ini.Peserta bertolak dari kawasan masing masing dan berkumpul di hadapan masjid Mempaga Beris sebelum berlepas ke destinasi beramai ramai.Tahniah kepada ARC Terengganu yang menganjur konvoi ini.
Semoga anak muda terus bersama Pas dalam usaha merampas kembali Terengganu dari tangan Umno.Jom !!! ramai ramai kita gantikan Umno...

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.
Justeru, Drs Khalil Idham Lim(gambar) mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.
“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.
Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.
“Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.
Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.
Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.
Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.
“Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.

Gambar : Sekitar Himpunan " Pas Ganti Umno " Di Dataran Tok Guru Kg Geliga Kemaman

Alhamdulillah dapat hadir ke program Himpunan " Pas Ganti Umno " di Dataran Tok Guru Kg Geliga Kemaman.Bertolak dari Besut jam 4.00 AM bersama isteri,Ketua Cawangan Pas Beris Pak Abu,Bendahari cawangan dan Tim.Ketua Muslimat Caw.yang juga isteri bendahari caw.Saksikan gambar2 yang sempat ambo rakamkan :

Selepas solat subuh di Kuala Abang singgah bersarapan di Paka
Sempat menjengah blog dan FB
Selamat datanggggg !!!! ya kami datang...
Ucapan Tuan Guru Presiden Pas
Pentas pimpinan
Ucapan Datuk S/U Agong Pas

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Tok guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada pelaksanann dasar Islam. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.
Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.
Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.
“Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.
“Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal),” kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.
Seorang peserta mengemukakan soalan bahawa dia mula khuatir kononnya PAS sudah tidak lagi lantang dalam memperjuangkan dasar Islam berbanding masa lalu dan sama ada perubahan itu ada kaitan dengan pengaruh atau desakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga menggambarkan pendekatan PAS ialah bertindak “langkah demi langkah” dalam mentadbir negeri Kelantan walaupun kesemua yang dirancang dan dihasratkannya tidak tercapai khususnya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.
Malah Nik Aziz juga menjelaskan, pihaknya menggunakan pendekatan “sederhana” sedemikian bagi mengelakkan kemungkinan tindakan darurat yang pernah dikenakan ke atas Kelantan lebih tiga dekad lalu.
Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.