Isnin, 31 Januari 2011

Pas Tidak Bertanding Di Merlimau ???

PAS sedia melepaskan status quo bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan memberi laluan kepada parti lain demi kemenangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, PAS menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menentukan calon yang akan mewakili pakatan pembangkang itu pada pilihan raya yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

"PAS serah kepada pimpinan untuk buat keputusan, kita ada Majlis Presiden yang akan buat perbincangan.

"Memang secara status quo kerusi berkenaan ditandingi oleh PAS, tetapi oleh kerana ada permintaan daripada rakan-rakan parti lain, maka saya kita perbincangan adalah kaedah bijak untuk selesaikan masalah," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan berkata, Parti Keadialn Rakyat (PKR) Melaka menawarkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Menurut beliau, meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Nasruddin berkata beliau yakin isu berkenaan akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Bergantung kepada keputusan mesyuarat nanti yang sudah pasti ada asas-asanya tersendiri.

"Masing-masing akan kemukakan apa rasionalnya, yang penting kita nak kemenangan (Pakatan Rakyat)," katanya.

Tambah Nasruddin lagi, PAS akan menyokong siapa sahaja yang diputuskan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Januari lalu.

Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.Mstar

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter


Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.TMI

Jurutera Perunding Didakwa Berhubung Kes ' Stadium Runtuh '

KUALA TERENGGANU - Seorang jurutera perunding pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Jan 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Jan dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)-Bernama

Kekalahan Di Dun Tenang,Ulasan Pimpinan Pakatan Rakyat



LABIS, 31 Jan — Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir yang menyebabkan ramai penyokong mereka tidak sampai ke pusat pengundian.
Peratusan keluar mengundi semalam cuma 67 peratus berbanding 73 peratus tiga tahun lalu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi.
“SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir. Jentera kita bersungguh-sungguh. Kita tak nampak kesan lain. Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Azahar dari Barisan Nasional (BN) mengalahkan Normala dengan majoriti 3,707 undi.
Calon BN memperoleh 6,699 undi manakala Normala mendapat 2,992 undi.
Dalam pada itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.
“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.
Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada pilihan raya umum lepas kepada hanya 12 peratus pada pilihan raya kecil ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.
“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

Himpunan Serah Memo Bantahan Di Kedutaan Mesir


Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.Hrkh

Video : Protes Desak Mubarak Berundur Kian Memuncak,Rakyat Mesir Tidak Hirau Perintah Berkurun


Rakyat Mesitr tidak hirau perintah berkurung

Presiden Hosni Mubarak hari ini mengerahkan khidmat tentera dan mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Mesir selepas penunjuk perasaan merusuh di jalanan meminta pengundurannya.

Perintah berkurung yang bermula jam 6 petang sehingga 7 pagi di Kaherah, Alexandria dan Suez sebelum ini, diperluaskan ke seluruh negara, demikian diumumkan stesen televisyen negara itu.

(Gambar - penunjuk perasaan membakar ibu pejabat Parti Demokratik Kebangsaan, parti yang memerintah Mesir)

Mubarak memerintahkan angkatan tentera bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan peraturan perintah berkurung bagi memelihara keamanan negara serta melindungi penduduk dan harta benda awam.Dua jam selepas perintah berkurung dijalankan, penunjuk perasaan masih berkeliaran di jalan raya di sekitar Kaherah dan Alexandria, dengan penunjuk perasaan meminta tentera turut menyertai mereka.

Di Kaherah, penunjuk perasaan keluar dalam kumpulan yang besar selepas selesai menunaikan sembanyang Jumaat dengan bertindak membaling batu dan dua membakar balai polis.

Polis terpaksa bertindak balas dengan menggunakan belantan, gas pemedih mata, meriam air dan menembak menggunakan peluru getah.

Mubarak yang kini berusia 82 tahun dan dilaporkan kurang sihat, setakat ini belum lagi tampil sejak tunjuk perasaan tercetus empat hari lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kebudayaan berkata, Mubarak dijangka tampil hari ini untuk majlis pembukaan rasmi Pesta Buku Kaherah. - AFPImbang Penuh

Ahad, 30 Januari 2011

Mungkin Ada Plihanraya Di Dun N46 Pelabuhan Kelang


SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tetap diadakan berdasarkan faktor pengosongan kerusi itu dibuat menerusi peraturan tetap DUN Selangor.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Zainal Kling(gambar kiri) berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menerima keputusan tersebut dalam menetapkan tarikh pilihan raya kerana pengosongan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sah.

Bagaimanapun katanya, SPR terlebih dahulu akan meneliti beberapa fakta sebelum berbuat sedemikian.

”Berkemungkinan SPR terpaksa menerima kekosongan tersebut dan menetapkan tarikh berdasarkan apa yang dicadangkan oleh speaker menepati peraturan tetap DUN negeri.

”SPR perlu menetapkan tarikh, tetapi pastinya suruhanjaya itu akan menyiasat terlebih dahulu pengosongan terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian SPR akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Klang setelah menetapkan tarikh bagi DUN Melimau sebelum ini.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri.

Chang Khim berkata, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Badrul pula dilaporkan gagal mendapatkan perintah interim dari mahkamah untuk menghalang SPR daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.SH

PRK Tenang : Keputusan Tidak Rasmi,BN Bakal Menang !!!

PAS 2 965

BN-6 698


7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Malaysiakini


[ Update ] Perkembangan Terkini Proses Mengundi PRK DUN Tenang

Para pengundi menjalankan tanggungjawab di pilihanraya kecil Tenang dalam hujan lebat. - Gambar oleh Choo Choy May

BERIKUT adalah kronologi proses hari mengundi pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berlangsung pada Ahad :
 
03:41PM: Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir. 

03:40PM:  SPR berkata sebanyak 65.19 peratus atau 9618 pengundi sudah keluar menjalankan pengundian setakat jam 3 petang.

03:30PM: Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  

03:15PM: Keadaan jalan yang digenangi air bercampur dengan tanah kuning di km 6 menuju Segamat.

03:00PM: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  

02:47PM:   SPR berkata sejumlah 61.17 peratus atau 9025 pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat jam 2 petang.

02:44PM: Dua pusat mengundi Labis Timor, Labis Tengah kini banjir, pengundi tidak dapat mengundi. 

02:40PM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup.
 
02:35PM: Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil. 

02:33PM: Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak. 

02:26 PM:  Banjir menyebabkan seramai 215 orang terpaksa dipindahkan.

02:22PM : Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian. 

02:20PM: Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh  melalui jalan tersebut 

01:30PM : SPR berkata sejumlah 55.36% atau 8,167 pengundi telah membuang undi setakat jam 1 tengahari tadi. Hujan masih berterusan dan beberapa tempat terus dinaiki air.

Perkembangan Terkini Protes Rakyat Di Mesir


KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.

Tindakan itu beberapa jam selepas Hosni dalam ucapan di stesen televisyen itu bahawa beliau akan memecat anggota Kabinet ekoran protes besar-besaraan anti-kerajaan sejak beberapa hari lalu di negara itu.

Protes berkenaan adalah yang terbesar sepanjang pemerintahan rejim Hosni selama 30 tahun tetapi beliau tidak menyatakan akan berundur sebagaimana yang didesak oleh rakyat.

Awal pagi tadi Hosni mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam.

Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan.

Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam.

Sabtu, 29 Januari 2011

PRK Tenang : Cikgu Mala,Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggegar Dunia


Keputusan PAS-Pakatan Rakyat meletakkan calon wakil rakyat wanita pertama parti itu di Johor untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.
Perkara yang digusarkan termasuk kewibawaan wanita untuk dipertanggungjawabkan membawa masalah rakyat ke sidang DUN Johor selain timbang semak dasar yang dibahaskan oleh kerajaan negeri itu.
Umno-Barisan Nasional (BN) pada awalnya turut membidas PAS dengan mempertikai pendirian parti itu meletakkan calon wanita, namun kepimpinan PAS melihat ianya bukan halangan dengan menambah bilangan kepimpinan wanita yang ada mewakili parti itu.
Namun di sebalik kebimbangan yang berlegar di kalangan pemimpin dan masyarakat tentang kebolehan wanita, PAS menyatakan pendirian bahawa pilihan terbaik untuk calon wakil rakyat di daerah itu adalah seorang wanita.
Berpegang kepada peribahasa 'Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia' PAS akhirnya memilih Normala Sudirman Anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah dan kemudian mengikuti kursus perguruan di Maktab Tuanku Bainun.
Memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Anak perempuan kepada Sudirman Suratman, bekas Ketua Peserta FELCRA dan bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang dalam menifestonya ingin membawa suara rakyat tertindas khususnya peneroka-peneroka Felda di tiga tanah rancangan di daerah itu ke meja Dewan Undangan Negeri Johor.

PRK Tenang : Perubahan Wajah MCA Dan Wajah Sebenar DAP


Oleh : Ahmad Tajdid

RAMAI penganalisis politik menyifatkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang mempunyai signifikan tertentu dalam episod terkini politik tanah air. Ia menjadi penanda aras bagi BN mengukur kestabilan pengaruh di kawasan kebal yang dikuasainya khususnya negeri Johor. Di masa yang sama, Dun Tenang juga menguji kemampuan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu Umno dan BN yang telah berakar sejak lebih 50 tahun lalu.
Satu lagi aspek penting yang patut dilihat adalah perubahan ' rupa dan pendekatan' parti-parti dominan Cina dalam meraih sokongan masyarakat Tionghua dalam suasana real politik yang ada.
Aspek paling ketara dilihat sepanjang PRK Dun Tenang adalah perubahan pada rupa, wajah dan pendekatan MCA dalam memperdagangkan isu ketika berkempen. Di masa yang sama, komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemimpin DAP dalam membantu calon PAS juga berjalan seiring dengan wajah dan pendekatan parti itu yang begitu kontradik dengan persepsi dan tanggapan majoriti masyarakat Melayu negara ini; khususnya yang mempunyai kecenderungan politik terhadap Umno dan BN.
MCA yang dikenali sebagai parti kerabat BN yang moderat, moden dan toleran dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini tiba-tiba muncul sebagai sebuah parti 'ekstremis sekular' yang tidak langsung mahu menghormati adab, tatasusila dan ajaran agama (dalam konteks ini Islam sebagai agama rasmi negara). Ini dapat dilihat daripada isu bersalam calon PAS dengan pengundi lelaki, usaha menakut-nakutkan kaum Tionghua dengan konsep negara Islam dan momokan terhadap hukum syariah khususnya hudud pada kelompok pengundi yang sama.
Malah anak Presiden MCA yang mewarisi kerusi parlimen Labis daripada ayahnya, pergi lebih jauh dengan berbohong kononnya calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina yang menjual arak di kedai kopi yang diusahakannya. Chua Tee Yong @ Chua Jr bagaimanapun gagal memberikan sebarang bukti terhadap dakwaannya itu apabila dicabar PAS. Malah berdolak-dalih kepada media apabila diminta mendedahkan perkara sebenar.

Ahli Parlimen Padang Serai Umum Keluar PKR Jadi Ahli Parlimen Bebas


KUALA LUMPUR, 29 Jan — Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Gopalakrishnan( gambar ) sebagaimana telah dijangkakan sejak awal tahun lalu mengumumkan keputusan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
“Ya, saya melepaskan semua jawatan dan saya sudah keluar PKR... sekarang saya wakil rakyat Bebas,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.
Ketika ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti atau Konsensus Bebas, Gobalakrishnan berkata: “Buat masa ini saya akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, saya bergerak sendiri... saya Bebas.”
Sebelum ini beliau berkata tidak akan keluar parti, biar pucuk kepimpinan memecatnya ekoran kecaman keras terhadap parti.
Beliau menolak akan menyertai parti Kita yang kini diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang November lalu turut keluar PKR.
Gobalakrishnan (gambar) juga menghadiri majlis pelancaran parti itu di ibu negara 19 Januari lalu.
“Saya tidak menyertai (parti Kita),” katanya lagi.
Menjawab soalan sama ada sudah memaklumkan PKR tindakannya, wakil rakyat itu menambah: “Parti sudah tahu, saya sudah membuat pemakluman menerusi blog (dan Twitter) dan juga media, mereka tahu.”
Pagi tadi bekas calon naib presiden PKR itu mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Beliau yang juga ketua PKR cabang Padang Serai pada Mei lalu didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang kerana didapati bersalah terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Dengan itu beliau berhadapan dengan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Rayuannya masih didengar.

Dari Wad 3 Hospital Daerah Besut


Salam...hari ni blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit di update dari Wad 3 Hospital Besut.Nak buat macamana terpaksa bergilir dengan isteri menjaga anak bongsu kami yang ditahan dihospital.
Walaubagaimanapun blog THDKB tetap akan diupdate seperti biasa.
Ambo tetap akan membawakan kepada anda berita2 terkini terutama perkembangan PRK Dun Tenang.
Kat sini ya Allah berukband celcom lembab gila.Tapi untuk update blog tu bolehlah,untuk upload video rasanya susah sikit...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Terkini : Ahli Parlimen Padang Serai Lepaskan Semua Jwatan Dalam PKR


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan, yang juga anggota Parlimen Padang Serai, mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam PKR. Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Jumaat, 28 Januari 2011

PRK Tenang : Bongkar !!! Bukti Video & Gambar Umno Gunakan Masjid Untuk Berpolitik




Bendera Umno dan BN diperkarangan Masjid
Tidakkah ini boleh disifatkan sebagai menggunakan Masjid untuk tujuan politik yang selama ini ditentang keras Umno
wanita berbaju merah,perhatikan juga canopy dibelakang tu.Umno berbohong,kononnya tidak boleh berpolitik di Masjid tapi mereka sewenang wenangnya menggunakan Masjid Jamek Labis untuk berpolitik...

Fikir fikirkanlah...

P/S : Terima kasih kepada blogger Pria Malaya yang memberitahu tentang video ni untuk ambo upload ke youtube terima kasih juga kepada pemilik video ini facebooker Lutfi Ahmad Samm

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Biadab !!! Akhbar Harian Metro Didakwa Hina Islam


Oleh: isma daud

Kebolehan yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang adalah untuk seseorang itu membesarkan syariatnya tetapi sayang sesetengah orang nikmat kepandaian dan kebolehannya digunakan untuk mempersendakan ajaran dan suruhan Allah SWT.

Terbaru isu bersalam yang digembar-gemburkan oleh media sempena Kempen Pilihanraya Kecil Dun Tenang sehingga ada yang sanggup melukis kartun dengan niat sinis menghina muslimah dalam isu bersalam ini.

Kartun dalam Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.

Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri!

Gambar ini jelas menunjukkan perasaan prejudis orang cina dengan digambarkan melalui peniaga wanita cina terhadap wanita muslimah Islam. Apa lagi yang mahu disampaikan oleh kartun seperti ini? Tidak lain dan tidak bukan ianya bertujuan jahat semata-mata menimbulkan perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.

Penutupan ‘laman Rosmah’ di JPM bukti kerajaan takut



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin (bertudung merah jambu) berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.
Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.
“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.
Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.
“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.
Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

PRK Tenang : Perbezaan Ketara Calon Pas Dan Calon BN Yang Jarang Diketahui Umum

Calon Pas Normala Sudirman dan Calon BN Azhar Ibrahim di hari Penamaan Calon PRK Dun Tenang

Salam...kali ni ambo nak berkongsi tentang perbezaan ketara antara calon Pas dan calon Umno PRK Dun Tenang,apa yang hendak dikongsikan disini bukan dari segi politik yang semua orang dah tahu tapi dari aspek kehidupan kedua calon.Ni bukan fitnah ni bro tapi kenyataan yang sah dari kedua calon.Siap dengan bukti print screen lagi,korang lihat je kat bawah ni :

Nabi Muhammad SAW merupakan idola cikgu Mala,sudah semestinya kerena beliau mewakili parti yang memperjuangkan Islam...
Sementara calon BN menjadikan bekas PM Dr Mahathir sebagai idolanya,ya la bro puak2 sekular ni lebih suka jadikan idola mereka seseorang yang sealiran dengan mereka,baru ada klass gitu he..he..
Cikgu Mala juga mendengar muzik.Bagaimanapun beliau lebih meminati muzik nasyid yang lebih bercorak keislaman...

Video : PRK Tenang,Samseng ' Cemplak Buat Kecoh ' Lagi


Dengar dan lihat ucapan ringkas Saudara Shamsul

Semalam di Cemplak' terpaksa pindah lokasi
Felda Cemplak, LABIS

Setelah membuat kecoh pada malam kelmarin sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berceramah di Felda Cemlak, petang Khamis, 27 Januari, 'Samseng Umno' membuat kecoh lagi.

Kali ini mereka membantah program 'Semalam di Cemplak, satu program malam kesenian Islam yang dianjurkan bersama oleh jentera PAS Terengganu bersama ANAK.

Ketegangan secara berdepan yang bermula kira-kira jam 5.30 petang, apabila seoImbang Penuhrang lelaki yang difahamkan selaku Pengerusi Belia Felda berkenaan memberitahu para petugas PAS dan ANAK supaya tidak mengadakan program di padang bola tersebut.

Kebetulan, sebuah bangunan yang didakwanya sebagai pusat belia terletak berhampiran pentas dimana para petugas sedang membuat persiapan program.

Selain 'pengerusi belia' itu, seorang lelaki yang dimaklumkan sebagai 'ahli Rela' telah bertindak memberi amaran.

Para petugas PAS dan ANAK berkeras akan meneruskan program kesenian tersebut kerana ANAK telah mendapat kebenaran 'permit' dari pihak polis.

Atas campurtangan 'pihak atasan' sekumpulan polis telah datang ke lokasi kira-kira jam 6.30 petang.

Atas alasan, BN telah membuat persiapan untuk suatu program yang akan dihadiri oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, polis telah meminta ANAK berpindah ke lokasi lain.

Timbalan Presiden ANAK saudara Shamsul dalam menghadapi tekanan pihak keselamatan tersebut mengambil langkah berundur setapak dan berjanji bekerjasama untuk memindahkan program ke suatu lokasi lain.BO

Mesti Lihat !!! Perbezaan Ketara Antara Pemimpin Pas Dan Pemimpin Umno Di Dun Tenang

Perhatikan gambar gambar dibawah,perbezaan ketara antara pemimpin Pas dan pemimpin Umno :

Mursyidul Am Pas merangkap MB Kelantan makan bersama rakyat sambil bersila.Lebih 20 tahun menjadi MB Kelantan tidak menghalang Tok Guru bermesra dengan rakyat tanpa mengira status kedudukannya.Lambang pemimpin yang berjiwa rakyat...
Begitu juga dengan isteri MB Kelantan dan calon Pas Dun Tenang,Cikgu Mala yang kelihatan tidak kekok bergaul dengan masyarakat kampung dan makan dengan sekadarnya bersama mereka...Gambar dari blog pro Pakatan Pria Malaya.

Blogger Ajak Calon BN, PAS Berdebat

LABIS - Sebuah kumpulan blogger yang bergerak secara 'independent' dibawah nama Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group - KUBIT) mencadangkan pula supaya suatu debat atau apa-apa program bersemuka diantara calon PAS Normala Sudirman dan calon BN Mohd Azahar Ibrahim..

Ketua kumpulan blogger berkenaan, Sharifuddin Abdullah berkata tujuan pihaknya menganjurkan debat tersebut adalah kerana kempen pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang gagal menyerlahkan isu-isu sebenar mewakili pengundi-pengundi di DUN tersebut.

(Gambar - Sharifuddin, berbaju biru gelap, duduk dikanan Dato' Imbang PenuhMahfudz Omar, muncul dalam sidang media PAS)

"Kami berada disini bagi mewakili rakan-rakan blogger KUBID yang kini telah dianggotai lebih dari 50 orang bloggers seluruh Malaysia. Kami mendokong misi dan visi yang menjurus kepada politk berpengetahuan untuk semua,

"Sangat Mengecewakan. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan setelah melihat kempen-kempen yang dijalankan terutamanya kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang tidak seperti yang diharapkan,"ujarnya yang membuat kemunculan spontan dalam sidang media harian PAS di pusat Operasi PAS, disini.

Menurutnya, antara isu-isu penting yang tidak di beri keutamaan oleh kedua belah pihak samada BN atau PAS adalah soal politik integriti dan kewibawaan calon,