Ahad, 12 Disember 2010

Tok Guru Nik Aziz Kini Dirawat Di HUSM Kubang Kerian

Harakahdaily hanya melapor sepintas lalu keadaan Tok Guru,untuk besarkan KLIK PADA GAMBAR


KOTA BARU, 12 Dis − Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.

Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

“Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.

“Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.

Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. − Bernama

Ulasan Tinta Hijau DKB

Sama sama kita berdoa untuk kesihatan Tok Guru Nik Aziz,difahamkan walaupun dirawat di hospital,beliau masih menjalankan tugas tugas MB....

Singapura Anggap Najib Pemimpin Lemah, Opportunis

KUALA LUMPUR 12 Dis - Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara.

Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks

Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat.

Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama.

Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah.

Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan.

Liwat 2 : Anwar ‘tolak’ pendedahan WikiLeaks

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan Twitter pagi ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.
Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.
“Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.
Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”
Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.
“Ia satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula tidak dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dalam mesej Twitternya.
Terdahulu, The Malaysia Insider melaporkan, tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagai hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya.
Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.
“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.
Laman web WikiLeaks berjanji akan menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Dapat Kuasa, Cara DAP..

Oleh ROZAID A. RAHMAN

ADA seorang pembaca telah menulis kepada penulis dan bertanya, bagaimana DAP memilih barisan kepimpinan negerinya kerana dia sedikit keliru. Keliru kerana walaupun Teresa Kok mendapat tempat ke-11 dalam pemilihan barisan 15 anggota Jawatankuasa DAP Selangor tetapi dia terpilih pula sebagai pengerusi.
Jadi pembaca setia Mingguan mStar itu bertanya, bagaimanakah DAP memilih barisan kepimpinannya?
Bagi mereka yang tidak tahu, eloklah penulis bentangkan di sini sedikit sebanyak cara DAP memilih pemimpin. Sistem pemilihan kepimpinan pusat dan juga negeri DAP jauh berbeza dengan parti-parti politik nasional yang lain.
Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pusat atau Negeri hanya bertanggungjawab memilih barisan jawatankuasa negeri yang terdiri daripada 15 orang anggota menerusi undi sulit. Selepas 15 anggota jawatankuasa pusat atau negeri ini terpilih, mereka (15 anggota ini) pula akan mengundi (juga secara sulit) untuk memilih pengerusi, timbalan pengerusi, naib-naib pengerusi, setiausaha agung dan lain-lain jawatan utama dalam parti.
Oleh yang demikian, kem mana yang memperolehi wakil yang paling ramai dalam barisan jawatankuasa negeri lah yang akan menentukan siapakah di antara ‘calon’ mereka yang akan menjadi pengerusi.
Dalam kes di Selangor, terdapat dua kem yang bersaing hebat untuk mendapat pengaruh perwakilan. Satu kem diterajui Tereka Kok yang juga merupakan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara. Satu kem lagi diterajui Teng Chang Khim, Speaker Dewan Undangan Negeri.
Dalam pemilihan di peringkat jawatankuasa negeri, Teresa memperolehi tempat ke-11 dengan hanya 437 undi sementara Teng Chang Khim di tempat keempat dengan 524 undi.
Tetapi oleh kerana calon-calon dari kem yang diterajui oleh Teresa lebih ramai yang dipilih menduduki jawatankuasa negeri, Kok terpilih sebagai pengerusi mengalahkan Teng. Kok mendapat lapan undi berbanding Teng tujuh undi untuk jawatan pengerusi DAP negeri.
Begitulah sedikit sebanyak demokrasi cara DAP. Walaupun perwakilan meletak Teresa di tangga ke-11, tetapi akhirnya dia yang menjadi pengerusi kerana yang meletakkan dia ke kerusi itu adalah kumpulan elit yang terdiri daripada 15 orang ahli jawatankuasa sahaja. Syabas YB Teresa.

Kepincangan Pemilihan PKR terus didedah

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING Jpemilihan 2010AYA: Kepincangan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir baru-baru ini terus didedahkan satu-persatu oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat dalam blog sharpshooter.blogspot.

Beliau mendakwa tiada laporan keputusan terperinci bagi cabang-cabang Negeri Sarawak di laman web rasmi PKR seperti mana keputusan cabang-cabang lain.

Pengendali blog tersebut turut mempertikaikan apabila keputusan pemilihan di cabang-cabang lain seluruh negara yang dipaparkan di laman web yang sama sebelum ini secara tiba-tiba hilang sehari selepas beliau mendedahkan beberapa keputusan yang meragukan.

Malah katanya, ketika Kongres berlangsung, Pengerusi Tetap AMK hanya mengumumkan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemenang tanpa mengumumkan berapa jumlah undi yang diterima oleh Shamsul dan lawannya Badrul Hisham Shaharin.

Berdasarkan rekod, belum pernah terjadi dalam mana-mana pertubuhan politik, NGO mahupun SPR sendiri yang mengumumkan keputusan rasmi pemilihan tanpa menyatakan jumlah undi yang diterima oleh calon-calon.

Analisa yang dibuat oleh pengendali blog itu turut melaporkan calon Ketua AMK, Badrul Hisham telah berjaya menewaskan pencabarnya, Shamsul bagi cabang-cabang di seluruh Semenanjung dengan majoriti 119 undi.

Pertikaian belum dijawab

Namun Badrul Hisham tewas teruk di tiga cabang di Sabah dengan jumlah kehadiran pengundi yang meragukan seramai 600 orang di Cabang Batu Sapi sekaligus menjadikannya satu pertikaian besar yang belum dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Beliau menggesa pemimpin PKR agar tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melaporkan kepincangan yang berlaku, sebaliknya hendaklah menyalahkan pihak-pihak yang melakukan kepincangan tersebut.

Sementara itu, dalam satu entri yang lain dalam blog yang sama, menggesa agar Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak memandang ringan dan mengambil mudah terhadap keputusan soal selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) kerana ia bukanlah propaganda yang datangnya dari pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Keputusan yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.FMT