Ahad, 21 November 2010

Lantik Rosmah menteri agar tidak "kacau" kerajaan


drs-khalil IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.
“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.
“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim dalam blognya, yang dipetik harakahdaily.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.
Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.
"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.
"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.
Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran
Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

Satu Lagi Rombakan Kabinet?

PETALING JAYA: Besar kemungkinan satu rombakan Kabinet akan dilakukan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkira-kira tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka diadakan tahun depan.
Rombakan itu yang dijangkakan pada bulan depan akan membolehkan beliau membentuk sebuah jentera yang kuat bagi membantu melaksanakan transformasi dasar-dasar dan ekonomi yang ditetapkan sebelum PRU berkenaan.
Difahamkan, rombakan yang akan berlaku tidak seperti rombakan pertama sejurus selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan bukan juga yang kecil yang dibuat tahun lalu.
Bagaimanapun, ia akan menjadi agak ketara apabila sekurang-kurangnya tiga menteri mungkin terpaksa memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.
Salah seorang daripada mereka yang disebut-sebut adalah muka lama dalam era Tun Dr Mahathir Mohamad manakala yang lain menyertai Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Antara beberapa pilihannya ke Kabinet adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Latiff Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Beberapa sumber berkata, Perdana Menteri tidak mungkin membawa wajah baru di kalangan Senator kerana sudah terdapat lima menteri yang dilantik melalui kedudukan seperti itu.
Perubahan Jemaah Menteri dijangka berlaku sebaik sahaja Najib yang juga Presiden Umno menyusun barisan barunya dalam kepimpinan parti di beberapa negeri.
Rombakan yang akan berlaku bakal memberi kesan kepada Umno meskipun terdapat kemungkinan berlakunya beberapa perubahan dalam potforlio untuk beberapa menteri dan timbalan menteri.
Kegusaran pimpinan parti di perhubungan negeri akan dapat diketahui apabila ia dipercayai menjadi agenda mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat dan sumber-sumber parti mengatakan perubahan berkenaan akan diumumkan pada hari yang sama.

Pondok Kuning Atas Kubur Jadi Tanda Tanya

INILAH pondok kubur berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat yang mencetuskan tanda tanya penduduk.

TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu.

Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.

Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh.Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun.

Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga.Kosmo

PAS dan Pakatan Rakyat 'jangan dilihat seperti Umno'!



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Menjengah hampir tiga tahun Pakatan Rakyat menerajui beberapa kerajaan negeri, dan dalam usia PAS yang sudah menjangkau lebih 50 tahun, PAS dan gabungan Pakatan Rakyat harus menilai selama mana lagi gagasan ini mahu membiarkan kerajaan Umno/BN terus menerajui kerajaan pusat.
Sejak bercerai dengan kerajaan Perikatan bersama BN pada awal 1970-an, PAS meneruskan dasar Islam dan misi dakwahnya mengikut kelangsungan demokrasi yang dijalankan BN secara pincang.Media-media milik Umno/BN mencanangkan seolah-olah PAS sebagai sebuah pergerakan yang sangat ekstrem, tertutup dan tidak mampu mentadbir negara.
Namun segara kritikan itu tak memudarkan semangat PAS menyertai lentera demokrasi yang dilukiskan Umno/BN, dan natijahnya kesabaran PAS dibayar dengan kemenangan pada tahun 1990 di Kelantan dengan bantuan Semangat 46.
Maka naiklah nama-nama seperti Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Abdul Halim Rahman dan Dato' Omar Mohammad yang sejak dahulu menjadi tulang utama menggerakkan PAS di Kelantan.
PAS kemudiannya menang di Terengganu pada tahun 1999, dalam era reformasi, dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dinobatkan selaku Menteri Besar memimpin kerajaan yang membawa dasar Islam sebagai terasnya.
Namun, pada tahun 2004, PAS hilang kuasa di Terengganu, dan hampir jatuh di Kelantan akibat 'tsunami' imej Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.
PAS bersama teman-teman pembangkang lain terpaksa meniti arus demokrasi songsang lakaran Umno/BN, namun apapun zaman ini mengkehendaki PAS terus menatap wajah demokrasi yang sugul dan bisu.
Lantaran itu PAS dan beberapa NGO serta parti pembangkang meraikan himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) pada akhir 2007 bagi membangkitkan semangat menentang demokrasi songsang ajaran Umno/BN.
Natijahnya, PAS menang di Kelantan, Kedah dan Pakatan Rakyat yang terbentuk hasil dari tahaluf siyasi pasca Pilihan Raya Umum 2008 memberikan Pulau Pinang ditadbir DAP, sementara Perak (PAS) dan Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).