Selasa, 2 November 2010

PRK Galas : Memalukan !!! Program Mereka Gagal,Umno Cuba Ganggu Program Pas


Ceramah Umno yang hanya dihadiri 12 orang cuba mengganggu program Pas

Satu program kerajaan negeri yang telah diurusetiakan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan iaitu "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda" pada malam semalam telah dicemari gangguan oleh pihak UMNO.

Mereka secara tiba-tiba memasang lagu-lagu patriotik termasuk lagu UMNO serta mengadakan ceramah di dalam sebuah rumah kedai yang betul-betul berhadapan dengan khemah program kerajaan negeri.

Ketika para penduduk mula membanjiri kawasan program kerajaan negeri, pihak UMNO sengaja memasang lagu-lagu mereka dengan kuat. Walau bagaimanapun, lagu-lagu tersebut diberhentikan sebaik sahaja pihak penganjur program mula memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebaik selesai ucapan daripada Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Pusat, sekali lagi mereka memasang lagu-lagu patriotik dengan kuat.






Video & Gambar : Ceramah Nurul Izzah Di Dun N 45 Galas




Kaum Cina Galas menunggu ketibaan Nurul Izzah
Ketibaan Nurul Izzah disambut mesra
Hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Nurul Izzah
Ceramah Ahli Parlimen Lembah Pantai ini berjaya menarik perhatian hadirin

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Kenali Soberi Shafii,Tokoh Umno Kelantan Yang Istihar Keluar Parti Semalam

Mungkin ramai antara kita terutama penduduk luar Kelantan yang tidak berapa mengenali Soberi Shafii,yang keluar Umno semalam,beritanya "DISINI". Setelah 38 tahun berjuang dalam parti rasuah itu tiba tiba beliau meninggalkannya.Kenapa beliau meninggalkan Umno ? jawapannya ada "DISINI".
Di samping itu jika diperhatikan tulisan dalam blognya "DISINI",beliau sebenarnya sudah lama mengkritik Umno walaupun tidak secara direct.Disini ambo kongsi sedikit maklumat tentang jawatan yang pernah beliau sandang dalam NGO dan Umno :

"

Untuk paparan lebih jelas 'KLIK ' pada gambar

Harga Petrol Naik 5 Sen Mulai Esok


Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini ialah RM2.15 per liter, demikian menurut laporan. . Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. Imbang Penuh Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.
Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.
Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adalah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.
Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.Malaysiakini