Ahad, 31 Oktober 2010

Video & Gambar : Biadab !!! Aksi Penyokong Umno/BN Mencaci Penyokong Pas Dan Menghina Tok Guru Nik Aziz




Huh..memalukan,rumah kata pergi,kubur kata mari masih gatal nak berjoget.Hasil tarbiah Umno !!!
Puteri Umno kat sebelah tu pun agaknya menyampah dengan gelagat melampau pakcik ni...
Celupar,aksi pakcik yang terlampau..
Yang pasti dia ni tentunya penyokong tegar Umno, "tele beh,kato ore Klate"...

Aksi biadab penyokong BN yang menghina dan mencaci penyokong Pas dan Tok Guru Nik Aziz yang sempat dirakam dihari penamaan calon yang lalu.Saksikan dan nilaikan sendiri.....

PRK Galas : Pas Masih Ketinggalan,Sokongan Sekitar 49%



GUA MUSANG, 31 Okt — Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah memasuki hari keenam, namun PAS masih menganggap parti itu sebagai ‘underdog’ dengan sokongan sekitar hanya 49 peratus — naik satu peratus berbanding awal minggu lalu.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui Barisan Nasional (BN) masih lagi mendahului dari segi sokongan pengundi. “BN masih lagi mendahului kita.
“Kita masih lagi anggap kita sebagai underdog dalam pilihan raya kecil ini.
“Disebabkan calon kita (Dr Zulkefli Mohamad) lebih baik dari calon BN (Abdul Aziz Yusoff) sokongan kita naik 49 peratus,” kata beliau pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.
Wan Abdul Rahim berkata kemenangan PAS di DUN Galas kini bergantung kepada undi orang Melayu yang mempunyai jumlah terbanyak di kawasan itu.
“PAS yakin undi Cina meningkat dan persaingan sekarang adalah pengundi Melayu yang akan menentukan kemenangan parti yang bertanding.
“Pengundi Melayu kini yang jadi sasaran dan untuk memastikan kemenangan PAS kita perlu mempertahankan kawasan yang dimenangi PAS terutamanya di Sungai Terah di mana kita mendapat undi 69 peratus pada 2008,” katanya. Ahli Parlimen Kota Baru itu juga berkata, PAS akan menubuhkan jawatankuasa khas keselamatan yang akan memantau mana-mana individu yang cuba menyogok pengundi-pengundi.

Video & Gambar : Ceramah Tok Guru Nik Aziz Bersama Anwar Dan Guan Eng Di Galas










Ceramah Perdana yang diadakan di Sungai Terah Galas yang membabitkan tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat...

Video : Gol Kemenangan Kelantan Pada Final Piala Malaysia 2010



Gol kemenangan oleh Badri Radzi


Gol penyamaan oleh Hairudin Omar


Kelantan Juara Piala Malaysia


Sambutan kemenangan pemain2 dan pegawai pasukan Kelantan

Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan,terjemahkan kemenangan pada PRK Galas nanti "pergi baju merah kelik baju hijau ".....