Selasa, 26 Oktober 2010

Kenapa Tok Guru Nik Aziz Menangis Semasa Penamaan Calon Dun Galas?


Oleh: WFAUZDIN NS

Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.(Harakahdaily)

MENGAPA Mursyidul Am PAS juga MB Kelantan ini menangis tatkala kesekelian para penyokong PR begitu bersemangat untuk `mengubur'kan Umno sekali lagi di Bumi Serambi Mekah ini? Tiada siapa yang tahu melainkan Tuan Guru sendiri serta Allah SWT Tuhan yang menjadi tempat beliau mengadu.

Kita semua tahu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lemah jiwanya untuk menangis sedemikan rupa. Beliau telah ditekan dan diasak begitu hebat sepanjang perjalanan politiknya, apatah lagi semenjak beliau memegang jawatan MB Kelantan. Namun, beliau begitu kuat semangatnya, begitu juga tatkala keluarganya diburukkan bahkan pemergiannya ke Mekah pun menjadi fitnah oleh musuh-musuh politiknya. Saya cuba meneka apa yang ditangiskan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.

Pertamanya, beliau merasa sedih kerana masih ada umat Islam di Negeri Kelantan yang mahu menentang dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Apabila Umno yang mengaku Melayu Islam itu meletakkan calon untuk bertanding, ini bermakna parti sekular itu begitu serius untuk menumbangkan PAS di Kelantan. Mengapa Umno sanggup menentang PAS? Bagi Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya tiada sebab umat Islam di Kelantan khususnya menentang Kerajaan PAS. Apa penyelewengan atau salah laku sepanjang PAS memerintah Kelantan? Jika kemajuan atau pembangunan menjadi sebab, mengapa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak mahu membantu rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu dan berugama Islam itu? Tuan Guru merasa sedih bila memikirkan sampai bila rakyat Kelantan ingin di anak tirikan.

Panas !!! Video Aksi Joget Puteri/Wanita Umno Dihari Penamaan Calon N 45 Galas





Amacam hebat tak...yang tentunya kalau muslimat pas yang buat ni sah akan keluar Buletin Utama TV3 suku dengan bermacam macam ulasan yang negetif....

P/S: Tunggu fatwa ulama muda Umno,apa hukum berjoget dengan lelaki/wanita bukan muhrim....

Sekitar Hari Penamaan Calon Prk N 45 Galas
















11.30 pagi
: Pegawai pengurus pilihanraya memaklumkan telah menerima pencalonan dari dua orang calon.
Calon BN, Ab Aziz Yusof menyerah borang pencalonan pada jam 9.07 pagi, manakala calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed pula 9.33 pagi.
SPR juga menerima satu bantahan, bagaimanapun tiada calon yang ditolak pencalonan.
Sehubungan itu pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.
11.00 pagi: SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.

11.00 pagi:
SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.

10.07 pagi:
Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.
10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.
10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.


9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.