Ahad, 24 Oktober 2010

Video : 12 Bas Ekspres Budaya Terbakar, Kerugian Dianggar RM6 Juta




KOTA BAHARU, 24 Okt - Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, Sabtu malam.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -- BERNAMA

Berita Gempar Sempena Persidangan Agung UMNO !!!

'Berita gempar' yang dicilok dari blog fanatik Umno..sila baca di bawah...

Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??


Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai “kawan kawan” UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!

sumber:http://lydiausm72.blogspot.com/2010/10/persidangan-agung-umno-semua-dangdut.html

p/s: Buktinya dah dilampirkan..sumber dari blog umno sendiri...kalau penyokong umno tak puas hati, sila 'terjah' blogger umno dahulu...


Terkini : Aziz Yusof Calon BN DUN Galas,Datin Linda Tsen Thau Lin Calon BN Parlimen Batu Sapi




GUA MUSANG, 24 Okt — Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof( gambar atas) dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.

Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.

Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Dalam perkembangan berkaitan Datin Linda Tsen Thau Lin(gambar kiri), isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Semalam, Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya.SAPP keluar BN hujung tahun 2008.Pakatan Rakyat yang akan diwakiliPartiKeadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calonnya 5 petang ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Chong daripada PBS dalam nahas jalan raya di Tanjung Aru pada 9 Oktober.Kawasan Parlimen itu mempunyai 25,582 pengundi berdaftar, termasuk 1,535 pengundi pos.Hari penamaan ialah pada 26 Oktober.TMI