Rabu, 20 Oktober 2010
Muflis: Umno Akan Merayu, Elak Pilihanraya Kecil DUN Kuala Nerang
Membangun Bersama Islam: Kelantan terajui perubahan,suka duka 20 tahun Pas memerintah Kelantan
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM....
Dua dekad Membangun Bersama Islam: 1990–2010
Pada 21 Oktober PAS setelah dua dekad di bawah kepemimpinan ulama’ didapati Kelantan yang dipacu oleh asas-asas keagamaan terus maju ke hadapan. Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.
Kerajaan BN tinggal hutang
Namun, di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kemenangan berlaku kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pentadbiran turut mewarisi hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Sehingga 2006 hutang tersebut mengecil kepada RM635 juta. Sehingga kini, beban hutang itu terus dibayar.
Penyokong UMNO Tumbuk Pegawai Kerajaan Pulau Pinang
Pada 18 Okt 2010, sekumpulan penyokong UMNO yang berjumlah lebih dari 50 puluh orang telah cuba merosakkan rancangan Pegawai Penyelaras, Latif Abdullah dan Ustaz Roshidi untuk mengedarkan terbitan buletin Kerajaan Pulau Pinang, Suara CAT.
Seorang dari mereka yang dikenali sebagai Zuri telah menumbuk Latif di pipi kiri dan kanan. Walaupun Latif cuma bersabar, dia diserang lagi dengan tendangan lutut. Anggota polis yang bertugas menjaga lalu-lintas di jalanraya telah cuba merenggangkan keadaan. Di dalam pergelutan itu, Latif telah terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, butang baju dia tertanggal dan kakinya luka.
Latif telah membuat laporan polis dan dia ditemani anggota polis ke hospital untuk pemeriksaan.
Haji Anuar dan Latif berharap Adun DUN Bertam akan memberi nasihat kepada penyokong UMNO mereka supaya jangan bertindak kasar begini di masa hadapan. cmlimguaneng
PRU 13 : 50 Kerusi Parlimen BN Dalam Bahaya
Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."
"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.
Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.Malaysiakini