Bangunan Umno Kota Bharu Kini Milik Pemuda PAS Kelantan

Mulai hari ini bangunan ini dimiliki PAS
 
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Video : Allahyarham Che Hashim Sulaima Dari Kacamata Kaum Cina Gua Musang



Masyarakat Cina di Kelantan sememangnya berbeza dari masyarakat Cina ditempat lain di Malaysia,baik dari segi adat budaya atau loghat pertuturan mereka.Cina Kelantan amat fasih bertutur bahasa melayu loghat Kelantan dan kadangkala kita sukar membezakan mereka dengan kaum melayu.
Mereka yang dikenali sebagai 'Cino Kampung ' di Kelantan telah ratusan tahun tinggal di Kelantan dan secara beransur ansur menyerap budaya melayu dalam kehidupan mereka.Video diatas membuktikan yang mereka sememangnya berbeza....

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

3 Artis Indonesia Didakwa Murtad

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.
Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi DJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright (gambar) juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Bajet 2011 : RTM sengaja malukan Najib?





Ucapan Najib semasa pembentangan belanjawan Malaysia 2011 mencuri perhatian apabila Najib sempat berbuat lawak sengalnya seakan-akan berpantun membacakan pengurangan cukai terhadap barangan kegunaan harian untuk tahun 2011.


Selain mendapat sorakan dan gelak ketawa para hadirin di dalam dewan, kedengaran juga hadirin yang melaungkan nama Rosmah, kerana menyifatkan unjuran belanjawan tersebut adalah idea Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri.

"Beg tangan kasut sut, baju kanak kanak dompet, pewarna rambut bola golf, barang kemas tiruan, bedak telco, lampu syampu langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian dalam, seluar dan seluar dalam..." Kata Najib sambil tersenyum malu.

Apa yang lebih menarik, jurukamera RTM seolah-olah sengaja untuk memalukan Najib apabila menumpukan kamera kepada Rosmah Mansor yang dilihat sedang tersipu-sipu saat Najib sedang membentangkan 'bajet idea Rosmah' itu. saksikan sendiri rakaman video di atas.