Jumaat, 24 September 2010

I'Da World : Jawapan Tim. Menteri Besar Kelantan

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat bumiputera itu.

"Sebagai orang politik, kami didatangi oleh sesiapa sahaja, malah memang pegawai syarikat yang mendakwa mewakili I'Da World datang jumpa saya di rumah.

"Dia ada ceritakan kepada saya mengenai projek-projek yang mereka rancang nak buat... tapi pada waktu itu dalam hati saya sudah terdetik bahawa mereka ini berkhayal dengan projek-projek itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Laporan media hari ini menyebut, Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abd Rahim Abd Wahab terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

Malah Abd Rahim mendakwa mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran I'Da World di Kelantan, malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Ahmad dalam pertemuan berasingan.

Mengulas mengenai pertemuan itu Ahmad berkata, beliau sudah menerangkan kepada wakil syarikat berkenaan mengenai prosedur yang perlu diambil bagi melaksanakan apa jua projek di negeri itu.

"Mereka nyatakan banyak perkara, nak buat projek di Tumpat dan Rantau Panjang.

"Tapi awal-awal lagi saya sudah nyatakan bahawa mereka kena buat permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan selepas itu ia perlu mendapat kelulusan Exco," katanya.

Ahad lalu, I'Da World mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek RM4 bilion itu diserahkan kepada Nik Din Nik Mat, yang juga adik kepada Nik Abdul Aziz, yang dijemput menerimanya sebagai mewakili Kerajaan Kelantan ketika majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kota Baru.Mstar

Video : Biadab !!!! Quran Dibakar Di Utara England





LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.

Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.

Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.

Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

RM 4 Bilion : Lagi Cerita Tentang I'DA World Group

Sebuah akhbar tempatan melaporkan dua pengarah syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd yang mencetuskan kontroversi kerana menyumbang RM4 bilion kepada Pas Kelantan baru-baru ini sedang berhadapan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini kerana, menurut akhbar tersebut, kedua-dua pengarah itu dan syarikat mereka gagal menjelaskan kompaun yang dikenakan SSM yang kesemuanya berjumlah RM20,400 pada April lalu kerana melanggar peraturan di bawah Akta Syarikat 1965.

Kesalahan yang dilakukan syarikat yang didaftarkan di SSM pada 3 April 2007 itu adalah gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan gagal menghantar penyata laporan tahunan dan untung rugi syarikat itu.

Zahida Rafik Nafi Kahwin Menteri....

KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.

Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.

"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.

Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.Kosmo

Panass !!! Artis Zahida Rafik telah berkahwin dengan menteri Umno secara senyap sebulan lalu??



Oleh: Pria Malaya

Nampaknya hubungan 'istimewa' antara seorang artis tanah air, Zahida Rafik dengan seorang VVIP merangkap menteri dan pemimpin tertinggi Umno kini semakin hangat dan rancak diperkatakan...

Dulu Bung Mokhtar berjaya mengambil hati Zizie, kini giliran seorang lagi artis tanah air di'ngorat' oleh seorang VVIP merangkap menteri..




Siapakah menteri yang dimaksudkan?..tak lain dan tak bukan, orang yg dimaksudkan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal..

Berdasarkan sumber2 (di bawah), Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan telah berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan..perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup...



Kalian boleh rujuk ketiga2 sumber penulis dibawah, dimana2 ketiga-tiganya adalah dari laman web berunsur hiburan, gosip dan artis yang terkenal (famous) di kalangan peminat hiburan tanah air...