Jumaat, 20 Ogos 2010

Misteri ratusan ikan muncul di tepi pantai

BEBERAPA orang menangkap sejumlah besar ikan dengan mudah di sebuah pantai di bandar Naic, barat daya Manila semalam.

MANILA, Filipina - Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.

Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.

Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.

Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.

Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.

Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi

Kontroversi Khutbah Di Pulau Pinang Hanya Rekaan Umno


PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar) mendakwa, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti Imbang Penuhdengan jelas," katanya.Mstar

Nurul Izzah Cabar Zahid Heret Petualang Sebenar Skandal Scorpene

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengheret petualang sebenar yang telah menggunakandana negara untuk membayar komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene.
Menurut Nurul Izzah, Ahmad Zahid tidak boleh menunding jari dan menuduhnya sebagai penderhaka sedangkan penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan yang tinggi kepada kroni dan pembelian alatan atau pun kos projek yang berganda demi memenuhi poket masing-masing.
"Kenyataan saya dalam temubual bersama akhbar Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac lalu bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal," jelas Nurul Izzah.
Katanya, apabila Ahmad Zahid menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan beliau itu, Menteri diingatkan kenyataan yang serupa dikeluarkannya di dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang menyatakan masalah teknikal yang sama dihadapi oleh negara lain di seluruh dunia.
"Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?
"Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos lalu bertajuk kapal selam sertai latihan terbitan dalam Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
"Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas laporan polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi," ujar Nurul Izzah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjawab dakwaan Menteri Pertahanan menuduh beliau seorang penderhaka.

Umno Dan MCA Sama Saja-Anwar

Gambar Fail

DAMANSARA – Pakatan Rakyat (PR) membidas tindakan MCA yang disifatkan untuk menjaga kepentingan entiti perniagaan kaum Cina dengan mempersoalkan ekuiti Bumiputera baru-baru ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MCA dilihat bersikap seperti UMNO kerana menjaga kepentingan kekayaan segelintir pihak sahaja.

“Mereka ini tidak boleh lari dari kerangka pemikiran UMNO kerana hanya memikirkan peratus untuk jaga kepentingan masing-masing.

“Dalam perdebatan MCA tersebut, isu peratus hanya untuk peniaga-peniaga besar Cina bukan majoriti,” katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, berbanding dengan PR yang menitiberatkan kepentingan majoriti rakyat kerana isu peratus ekuiti Bumiputera tidak mampu menyelesaikan masalah asas rakyat.

Beliau turut mengulas berhubung penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di Kelantan sebagai alternatif kepada kekuatan ekonomi iaitu ‘tangible assets’.

“Dinar emas memberikan satu alternatif iaitu transaksi melalui dinar ada kekuatannya tersendiri yang mana harus diberi ruang untuk sokongan.

“Namun apakah ia untuk seluruh sistem sudah tentu tidak, tetapi ia merupakan satu permulaan yang realistik kerana ada satu hujah yang cukup kukuh untuk mempertahankannya,” katanya.

Menurutnya, penggunaannya perlu di berikan secara bertahap dengan Kelantan memperkenalkannya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara menyeluruh.SH

Bila Nurul Izzah Usik Zahid Hamidi


Oleh Mohd Sayuti Omar
MURIH (marah) sungguh Ahmad Zahid Hamidi kepada Nurul Izzah sampai mengatakan Puteri Reformasi itu menderhaka kepada negara. Sebabnya kerana Nurul Izzah kata kapal selam tidak boleh menyelam. Saya rasa sebelum ini sudah banyak orang kata kapal selam kita tidak boleh menyelam, tetapi mereka itu tidak pun dimurihi Zahid sedemikian rupa.
Apakah kerana Nurul Izzah mendedahkan perkara itu kepada 'surat kobar', (Kompas) Indonesia menyebabkan Zahid naik angin? Begitukah? Zahid marah kerana katanya tuduhan Nurul Izzah itu tidak betul dan ianya satu kenyataan yang jijik. Kata Zahid tuduhan Izzah itu bohong. Buktinya kata beliau kalaulah kapal selam itu tidak boleh menyelam macam mana ia boleh sampai ke Teluk Sepagar, Sabah dari Perancis.Betul juga?

Pun begitu kenyataan Zahid itu boleh dipertikiakan juga. Siapalah tahu kalau sepanjang seperjalanan dari Perancis itu kapal selam itu berjalan sambil tenggelm timbul. Sekejap Imbang Penuhtenggelam dan sekejap timbul? Tidak pula ada rakaman video perjalanan kapal berkenaan. Zahid perlu menunjukan video perjalanan kapal selama berkenaan bagi menolak tuduhan kapal selam itu dah masuk air.

Zahid boleh menafikan dengan apa juga alsan. Itu tugasnya. Beliau diletakkan di kementerian itu pun untuk dijadikan gam ataupun plaster bagi menutup mana-mana lubang yang tembus dan tiris dikementerian itu selama ia dipegang oleh orang lain sebelum ini. Mungkin Nazjib Razak sudah mengenal pasti orang yang layak menjadi plaster atau gam hanya Zahid saja.

Jadi menjawab dan membela kementerian itu adalah tugas utama Zahid yang berbayar. Manakala Nurul Izzah boleh mendakwa demikian kerana kapal itu sebelum ini disahkan sebagai rosak - tidak boleh menyelam. Kalau tidak silap, Zahid juga yang membuat kenyataan kapal itu mengalami kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam lama. Kerana kalau menyelam lama kapal itu akan kelemasan.

Keadaan kapal itu diketahui semasa hendak mengada demoktrasi, bagi menunjukkan kehebatan dan kecanggihan kapal yang menelan belanja untuk membayar komisyen saja sebanyak RM400 juta.

Video : Pusat beli belah Plaza GM Chow Kit runtuh




KUALA LUMPUR 19 Ogos – Sebahagian lantai di tingkat dua, pusat beli-belah Plaza GM, di Lorong Haji Taib, Chow Kit, runtuh jam 3.30 petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, setakat ini empat mangsa yang dipercayai terhempap sudah dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan.

Tidak dipastikan sehingga ini jumlah pengunjung ke pusat beli-belah berkenaan ketika kejadian tetapi difahamkan plaza itu menempatkan lot pemborong untuk pelbagai barangan dapur.