Selasa, 3 Ogos 2010

KRONOLOGI SIDANG DUN PERAK 3 OGOS

IPOH, 3 Ogos: Speaker BN, Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini kerana enggan berhenti dari berucap selepas diarahkannya.
1.35: Adun Pakatan Rakyat keluar dewan dan kini mengadakan sidang media di luar dewan.
1.25: Adun Pasir Pinji meminta Ganesan menarik balik pengantungan kepada Nizar. Ganesan mengumumkan amaran terakhir kepada Adun Pasir Pinji.
1.23: Nizar memohon peluang membuat rayuan, Ganesan bagaimanapun berkata tidak boleh merayu.
1.20: Ganesan akhirnya mengarahkan Nizar 'tinggalkan dewan' dan berkata Nizar digantung sehari. Bentara dewan diarah halau Nizar keluar.
1.00: Ganesan memberi amarannya terakhir supaya Nizar duduk tetapi Nizar bagaimanapun terus bertegas bahawa dia ada hak untuk berbahas, malah mencabar supaya berbahas selama 4 hari.
12.50: Nizar bertegas dia berhak berucap kerana dia adalah Ketua Pembangkang Negeri. Dua dua pihak sedang bersuara.
12.40: Ganesan meminta DS Nizar berenti berucap bagaimanapun Nizar tetap meneruskan ucapan. Pada masa sama Ganesan juga membenarkan Adun Slim berucap. Dewan gamat seketika.
12.35: Belum sampai 10 minit DS Nizar berucap, Ganesan memberitahu Nizar ada satu minit sahaja lagi. Pakatan Rakyat sepatutnya diberi masa 15 minit seperti diumum Ganesan sebelum ini.
12.33: Adun Tronoh, V.Sivakumar bangun mencabar pihak kerajaan untuk berbahas selama 5 hari. DS Nizar turut mencabar Zambry untuk berbahas selama 5 hari, namun tiada sebarang respon dari BN
12.30: DS Nizarmenyatakan bantahan waktu yang singkat untuk berbahas sedangkan katanya di parlimen diberikan sehingga 40 hari.
Sewaktu zaman PR memerintah, seluruh mediakatanya dibenar masuk membuat liputan dan tidak membenarkan polis masuk dan berkeliaran dalam dewam.
12.27: Luar Dewan- Pasukan keselamtan yang berkumpul di kedai mamak berhampiran mula menerima arahan dan kini bergerak masuk ke kawasan SUK.
http://media1.malaysiakini.com/277/4c7d7e00d6620a0cf2218615ba19b52a.jpg

Indonesia diaib siaran adegan seks di bangunan Parlimen


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan laman web lucah pada skrin maklumat terkini politik di depan bilik wartawan di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam.

JAKARTA, 3 Ogos — Indonesia yang digegarkan dengan skandal klip adegan seks artis-artis popular baru-baru ini, semalam berhadapan dengan detik memalukan apabila imej-imej lucah pula disiarkan di bangunan Parlimen.

Kejadian mencemarkan imej Parlimen itu disaksikan apabila secara 'tidak sengaja' disiarkan adegan seks menerusi skrin televisyen raksasa, yang disediakan untuk menyalurkan maklumat jadual harian sidang kepada umum.

Meskipun para pemberita berusaha untuk memutuskan siaran adegan itu, tetapi mereka gagal dan ia berterusan kira-kira 15 minit.Masalah itu akhirnya diatasi oleh pasukan keselamatan.

Imej-imej itu turut diakses oleh pemimpin-pemimpin Dewan Perwakilan menerusi oleh skrin televisyen masing-masing.

Adegan seks tegas melibatkan 'remaja muda' dan iklan berkaitan dipercayai diperoleh dari laman-laman web yang telah pun diharamkan oleh Singapura dan Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan, kejadian ini dialami ketika Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Tifatul Sembiring bercadang untuk membentangkan undang-undang menghalang laman-laman web yang membawa elemen lucah.

Pihak berkuasa Indonesia juga berusaha untuk mengatasi masalah bahan lucah menjelang bulan Ramadan, yang bermula minggu depan.

Justeru, Timbalan Speaker Taufik Kurniawan secara rasmi meminta maaf kepada Dewan Perwakilan dan sudah memulakan siasatan.

Ketua Setiausaha Dewan Perwakilan Nining Indra memberitahu gangguan itu berpunca daripada perbuatan pihak tertentu yang akses laman porno menerusi sistem komputer.

Katanya, pihaknya akan menggunakan rakaman CCTV untuk menyiasat punca kejadian.TMI