Selasa, 27 Julai 2010

Didakwa ‘bercinta’ dengan Saiful,timbalan pendakwa raya digugur dari pasukan pendakwa


KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.
Tan Sri Abdul Gani Patail(gambar) mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Abdul Gani (gambar) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.
“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

Video : Pertemuan Dengan Mufti Perak-YB Dr Hasan Ali





Penjelasan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengenai pertemuannya dengan Dato' Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, semasa merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 25 Julai 2010.


Apa Maksud Menjadi Isteri Perdana Menteri ?


Oleh IZMAS
KALAU di zaman lima perdana menteri (PM) sebelumnya, kita kerap mendengar cerita isteri perdana menteri yang taat mengekori suaminya dalam banyak acara resmi sebagai ‘pengiring’ setia, tetapi di zaman PM keenam ini, kita menyaksikan isteri beliau yang kelihatan aktif seaktif dan sesibuk tugas suaminya.
Jika dulu, kita sekedar mendengar dan melihat isteri PM menjadi ketua dan penaung persatuan isteri-isteri menteri kabinet, pertubuhan-pertubuhan amal dan penaung persatuan sukan, tetapi hari ini kita menyaksikan keterlibatan isteri PM yang jauh ke hadapan – yang tidak dilakukan oleh isteri-isteri PM sebelumnya.
Beliau terlibat dalam banyak persatuan dan pertubuhan sosial, pelajaran, ekonomi dan banyak lagi yang tidak dibuat isteri-isteri PM sebelumnya. Tindakan itu harus dipuji kerana rajin dan aktifnya beliau meluangkan masa dan tenaga dalam aktiviti yang jarang dilakukan ister-isteri PM sebelum beliau. Patut diberi pujian tinggi kerana membantu tugas suaminya yang memang diketahui sibuk dengan acara resmi dan tidak resmi sebagai orang nombor satu negara.
Namun, aktiviti beliau itu sudah dikatakan agak berlebihan dan seolah-olah sudah menjadi salah seorang anggota kabinet suaminya yang sibuk dengan agenda dan urusan kerajaan. Beliau memberi ucapan dan meresmikan upacara formal – mewakilli suami atau atas kapasitinya sendiri - yang menyentuh dasar kerajaan yang sepatutnya dilakukan ahli keabinet atau menteri yang bertanggungjawab. Hal ini tidak berlaku dalam era PM sebelum beliau.

Perlantikan Idris Sebagai Pengarah Pilihanraya Umno Malapkan Kem Ahmad Said


"Ah...sudoh lah...jadi gini pulok, kacau sunggoh....," komen seorang penyokong kuat Menteri Besar Terngganu, Dato' Ahmad Said apabila dibeitahu bahawa musuh 'bossnya' telah dilantik sebagai Imbang Penuhpengarah pilihanraya Umno.

Berkali-kali dia menelefon minta pengesahan, betulkan Idris telah dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Pilihanraya Umno yang baru.

Tampak jelas kedengaran dari nada suaranya, kegembiraan kem Ahmad Said dua minggu lalu kini menjadi kelam semula, seolah-olah mentari terik yang memancar kini diselubungi awan hitam, gelap.

Panas Tidak Sampai Ke Petang

Selepas usul bahagian Kemaman untuk mengembalikan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada orang tempatan, geng-geng Ahmad sudah berkira-kira. Mencongak-congak, siapa akan diletakkan di dalam DUN mana.

Sekiranya Naib Presiden Umno, Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengotakan kata-katanya, mahu berjumpa dengan Presiden dan Timbalan Presiden dan menyampaikan 'hasrat tersirat' Ahmad Said, maka Ahmad berpeluang cerah menjawat balik jawatan tertinggi Umno Terengganu itu.

Zahid pun memang diperkatakan orang, sedang menyembunyikan sesuatu. 'Ada Udang Di Sebalik Mee', bak kata pepatah moden anak-anak zaman IT. Sekiranya Zahid berjaya dalam 'deal' untuk mengembalikan jawatan Pengerusi kepada Ahmad, maka cerahlah beliau naik 'setakuk' lagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin.

Kalau Zahid berjaya membawa suara dari Terengganu itu, maka undi bahagian-bahagian Umno Terengganu pada pemilihan akan datang akan menjadi miliknya, bagi memudahkan langkahnya menendang Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang punya cita-cita sama, menjadi Timbalan Presiden Umno.

Namun, Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak, mungkin telah mencium 'bau-bau busuk' cubaan untuk menumbangkannya, lalu beliau melantik Idris menjadi Pengarah Pilihanraya.

Sebab itulah, panas tidak sampai ke petang, kini mendung telah memalapkan cahaya kem Ahmad Said.

Baca Lagi dari Sumber>>