Selasa, 13 Julai 2010

Berahim Ali Cadang Beruk Main Bola Kat Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.
Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
"Kita tahu bahawa semua binatang walaupun liar tetapi sudah terbukti boleh dijinakkan dan boleh dilatih. Saya nak tahu adakah kementerian bercadang memberikan subsidi atau apa-apa jua bentuk bantuan kepada rakyat atau mana-mana pihak untuk menjinakkan binatang seperti gajah, beruk dan monyet.
"Contohnya macam gajah, beruk dan monyet ini boleh dilatih main bola. Saya percaya bila dah pandai main bola, boleh dieksport atau boleh dijadikan tarikan pelancongan. Mana tahu esok-esok ada pertandingan beruk Kelatan lawan beruk Selangor di Bukit Jalil," katanya yang mengundang ketawa Anggota Parlimen yang ada.
Nasib spesies haiwan itu turut menjadi tumpuan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan isu berhubung kezaliman manusia terhadap kera sehingga ada yang sanggup memakan otak haiwan itu yang masih hidup semata-mata percaya ia mampu memanjangkan umur serta meningkatkan syahwat untuk lelaki.
"Mengikut cerita kawan-kawan, kepalanya dipotong separuh dan diletak straw dan disedut oleh manusia yang melanggan kera di restoran. Harap ini tidak berlaku di negara kita. Jangan biarkan kelakuan zalim ini berlaku," katanya.

Gandingan Pakatan tidak susut sokongan Melayu, rumus ‘retreat’ PAS


KUALA LUMPUR, 13 Julai — PAS yang baru menyempurnakan sesi pemukiman tiga hari bertegas bahawa parti itu tidak mengalami kemerosotan sokongan orang Melayu semata-mata kerana bekerjasama dengan PKR dan DAP menerusi ikatan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, PAS menolak andaian dalaman dan luaran parti berkenaan yang ia sedang berhadapan dengan situasi penurunan sokongan orang-orang Melayu.
“Retreat kami kali ini menyimpulkan bahawa sokongan Melayu kepada PAS merosot tidak berbangkit sama sekali, kami mendapati tiada asas langsung untuk mengatakan sokongan orang Melayu sudah merosot hanya kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat... tiada fakta dan tiada hujah kuat dalam hal ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Oleh itu kata beliau, tidak timbul soal keresahan dan kebimbangan bahawa PAS sudah mula hilang sokongan pengundi Melayu sejak kebelakangan ini.

Video : Sedetik DUA LAGENDA (Amy Search & TG Nik Aziz)





Kunjungan hormat ikon rock AMY SEARCH ke rumah TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ di Pulau Melaka selepas Subuh 25 Jun 2010.