Rabu, 23 Jun 2010

Nafi 2/3 BN Agenda Lama,PR Ke Arah Memerintah Malaysia


Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.
Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim (gambar kanan) terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.
"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama.  Kami akan memerintah di negara ini.  Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya.  Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.
"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.
"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas.  Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate).  Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)?  Kerana mereka takut!"
Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian?  Ini persoalan yang harus anda tanya."
Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat.  Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.

JI: Dr Asri, mufti Perlis dakwa mainan kotor BN

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Dua pemimpin agama termasuk bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin(gambar kiri) mendakwa pendedahan wujudnya peranan Jemaah Islamiah (JI) sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan “mainan politik kotor kerajaan” untuk mengalih isu semasa.
“Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.
“Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu,” kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Selain Asri, seorang lagi pemimpin agama yang mengeluarkan pendirian itu ialah Dr Juanda Jaya(gambar kanan) iaitu Mufti Perlis yang juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kedua-dua mereka menambah, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas JI yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Malah mereka mendakwa kerajaan pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

Umno Perak Tolak Pemberian Lesen Judi Sukan

KUALA LUMPUR: Selepas Johor, hari ini Badan Perhubungan Umno Perak membuat ketetapan yang sama bagi menolak sebarang bentuk perjudian termasuk judi sukan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir(gambar) berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri itu yang mahu kerajaan menghentikan cadangan pengeluaran lesen pertaruhan judi.

"Sebagai mewakili sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, Umno Perak mengambil pendirian menolak cadangan untuk memberikan lesen perjuadian ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Selain itu Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, bantahan berkenaan juga bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu menggunakan isu berkenaan sebagai modal 'politik benci' terhadap kerajaan.

"Tindakan pihak tertentu yang cuba memanipulasikan isu untuk dijadikan modal 'politik benci' dan mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan perlu dihentikan segera," katanya.

Katanya lagi, Umno Perak mengambil pendirian berkenaan juga adalah berdasarkan prinsip agama dan diikuti oleh keresahan rakyat yang tidak selesa dengan desakan pihak tertentu untuk memaksa kerajaan mengeluarkan lesen judi.

"Adalah diharapkan agar kerajaan dapat membatalkan hasrat yang dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk meluluskan pengeluaran lesen judi," katanya.Mstar

Khairy Kemuka Rayuan Saman Malu RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Para peguam bagi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah untuk mengemukakan hujahan bertulis berhubung rayuan Khairy dalam kes saman malu bernilai RM100 juta oleh Anwar terhadapnya.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menetapkan 19 Julai untuk pengurus kes seterusnya selepas menemui para peguam di kamarnya hari ini.

Khairy memfailkan notis rayuan terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar terhadapnya dalam saman malu itu.

Pada 31 Mei, Nazri menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan permohonan itu dengan kos untuk mengetepikan keputusan penghakiman ingkar oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Dis, 2008 selepas Khairy gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu.

Nazri memutuskan bahawa serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaan Khairy.

Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu berhubung kenyataannya dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini sekitar 20 Feb 2008 dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com., bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu, antara lain, bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

Bernama

Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?



Dr Asri masih dalam perbincangan dengan Umno?
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini.
The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.
“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.

Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel


Ekoran serangan terhadap armada Kebebasan ‘Freedom Flotilla’ yang mengorbankan 9 warganegaranya, Turki telah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel

(Gambar - Kapal Mavi Marmara yang diusahakan oleh sebuah NGO Turki IHH, sebelum diserang tentera Zionis Israel)

Terbaru, Turki telah membatalkan perjanjian membekalkan air dengan rejim tersebut untuk jangkamasa 20 tahun yang ditandatangani pada tahun 2000.

Akhbar nasional rejim Israel menegaskan pembatalan perjanjian tersebut adalah hukuman bagi negara haram itu, yang telah menolak permintaan masyarakat antarabangsa supaya ‘memohon maaf’ kerana menyerang konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Negara haram itu juga telah menolak dan tidak mahu membayar sebarang pampasan kepada keluarga yang syahid dalam kejadian tidak berperikemanusiaan itu.


Menurut perjanjian air terbabit, Turki akan menjual sekitar 1.75 bilion kaki padu air setiap tahun kepada Israel.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa pembatalan projek air bukanlah tanda pertama kemarahan Turki atas insiden Freedom Flotilla.

Turki turut membekukan rancangan untuk membekalkan Israel dengan gas alam dari Rusia menggunakan paip bawah laut -ikhwannet