Ahad, 6 Jun 2010

Rayuan Vincent Tan,Pulau Pinang tetap tak benar judi sukan-Guan Eng

Gambar Fail
PULAU PINANG, 6 Jun — Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan acara sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn Bhd yang diberi lesen untuk menganjurkan pertaruhan itu mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.
Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, katanya kepada pemberita di sini.
“Walaupun kami sentiasa bersedia untuk berbincang namun sehingga kini kami tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu,” katanya.
Lim mengulas laporan hari ini yang memetik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan sebagai berkata Berjaya Corporation Bhd akan merayu kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.
Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini. Bagaimanapun Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp Bhd. — Bernama

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pemuda DAP pun bantah lesen judi bola,baca DISINI.Pemuda pas toksah kira la sejak dulu lagi bantah bukan hanya judi bola bahkan semua bentuk perjudian.Selain diharamkan dalam islam judi juga membawa kesan yang sangat negetif pada masyarakat.Tapi heran ye mana suara pemuda Umno,mana suara Perkasa yang kononnya bela islam.Haprak betul...ceh bela islam konon,bila tiba tang ni senyap je macam pondan takde pun suara2 membantah dari mereka...sama2lah kita fikirkan.....

Israel Ada Senarai Nama Yang Mahu Dibunuh Atas Mavi Marmara


SEPANG: "Tentera Israel mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal."
Itu pendedahan Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin berikutan penemuan beberapa bukti daripada tiga anggota komando Israel yang berjaya ditahan semasa insiden serangan tentera rejim Yahudi ke atas Mavi Marmara Isnin lalu.
Katanya, penggunaan peluru getah itu adalah alasan semata-mata kerana terdapat bukti komando rejim memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.
"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja.
"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh.
"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak.

Gambar : 12 sukarelawan Malaysia selamat tiba di tanah air

Dua belas sukarelawan Malaysia yang terselamat dalam serangan Israel tiba di KLIA awal pagi tadi. - Gambar Choo Choy May
Dr Mohd Arbai’e Syawal, dari Haluan Palestin, mencium anaknya Abdul Basyer sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA awal pagi tadi. - Gambar oleh Choo Choy May

SEPANG, 6 Jun — Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air pukul kira-kira 5.40 pagi tadi.
Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.