Rabu, 2 Jun 2010

Gambar Terkini Sukarelawan Malaysia Yang Dibebaskan Israel

Jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Latif (depan, tiga dari kiri) dan 11 lagi rakyat Malaysia tiba di Amman, Jordan Rabu selepas dibebaskan oleh Pasukan Pertahanan Israel.
Dua belas rakyat Malaysia ditahan tentera Israel selamat tiba di Amman dengan diiringi Duta Malaysia di Jordan Datuk Abd Malek Abd Aziz (depan, dua, kanan).

Kes liwat: Anwar tinjau semula kondo esok

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau semula Kondominium Desa Damansara di sini, yang tertangguh semalam, pagi esok bagi membuktikan wujudnya unsur alibi dalam kes liwat yang beliau hadapi sekarang.
Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair menerusi pesanan SMS kepada wartawan hari ini mengesahkan bahawa polis telah memberi pasukan pembela lampu hijau untuk melawat kondominium tersebut.
Sankara berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada polis, pasukan pembela akan mempunyai akses ke unit milik Hassanuddin pada pukul 9 pagi esok.
“Hanya tiga peguam dan pelanggan dibenarkan akses ke kondominium,” katanya.
Usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menemui kegagalan untuk meninjau kondominium itu ekoran kekeliruan berhubung unit.
Pasukan peguam bela Anwar mahu melawat unit 11-5-2 Kondominium Desa Damansara, tetapi kunci yang dibekalkan semalam adalah bagi unit 11-5-1 - tempat di mana kejadian liwat didakwa berlaku oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kelantan anjur kuliah, solat hajat khas kecam Israel

Tok Guru Nik Aziz menggesa Majlis Keselamatan PBB memberi teguran keras terhadap rejim Israel. — gambar fail
KOTA BARU, 2 Jun — Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai kuliah Jumaat dan solat hajat khas di Stadium Sultan Mohamed Keempat, Jumaat ini berhubung tindakan kejam Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kuliah khas itu sebagai menggantikan kuliah Jumaat yang kebiasaannya diadakan setiap minggu di Dataran Ilmu, di sini.
“Selaku Menteri Besar, saya akan menganjurkan satu kuliah kuliah pagi Jumaat lusa khusus berhubung isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV,,” katanya.
Sehubungan itu, Nik Aziz juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah serta menyediakan khutbah khusus mengutuk Israel dan Yahudi untuk para khatib menyampaikan khutbahnya kepada semua anggota jemaah solat Jumaat terdekat ini.

Wartawan Astro Awani Ceritakan Pengalaman Ditawan Tentera Israel


KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan hari ini.Mereka termasuklah dua wartawan Astro Awani.
Pagi tadi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra.
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.
Kesemua 12 rakyat Malaysia sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.
Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

12 Rakyat Malaysia Ditawan Israel Dibebaskan


KUALA LUMPUR : Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.Erapakatan

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Lawat Adun Limbongan Di HTAPP


WAKAF BERANGAN, 31 Mei – Program Jati Diri Ladang Rakyat petang ini di berakhir dengan suasana cemas apabila ADUN Limbongan jatuh pengsan semasa menanti peserta-peserta program berwudhu untuk mengadakan Solat Asar berjemaah.
Beliau kemudianya dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Rawatan awal di HTAPP merekodkan tekanan sistolik darah serendah 66 menyebabkan pengaliran oksigen dan nutrisi-nutrisi yang cukup pada organ-organ vital seperti otak, jantung, dan ginjal, organ-organ tidak berfungsi secara normal.
Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 9.30 mlm sejurus selepas mendapat lawatan dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz.
Lawatan lanjutan masih dijalankan di HRPZ II dan ditempatkan di wad 10 selepas mendapat rawatan CCU di Wad Temenggong (HDW) yang menempatkan pesakit semi kritikal pagi ini.