Rabu, 26 Mei 2010

Video : Khalid Samad cabar Ezam bertanding kerusinya





Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang. Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara. Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu Imbang Penuhdalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.
"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator). "Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN. "(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.
Ezam pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas. Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.
"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar. Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.
Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi. "Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini "Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.
"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.Malaysiakini

Pas sedia letak calon bukan Islam di Sarawak

SHAH ALAM – Pas bersedia meletakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang baru diiktiraf secara rasmi minggu lalu sebagai calon untuk mewakili Pas dalam pilihan raya Sarawak.

Bagaimanapun, ia bergantung pada calon pihak lawan meletakkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandingi , kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya, Pas melalui perlembagaan yang akan dipinda akan memberi peluang kepada bukan Islam menjadi calon bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

“Pada pilihan raya umum 2008 lalu, ahli Kelab Penyokong Pas yang bertanding tidak boleh menggunakan lambang bas dan bertanding atas tiket bebas.

“Selepas ini, melalui perlembagaan yang dipinda, mereka boleh bertanding dan menggunakan bendera Pas ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tanah KTMB: Kenapa tidak serah royalti pada Kelantan


KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya.Hrkh

Di label biadab,anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap Umno

Vell Paari masih yakin yang Umno dibelakang rancangan untuk menepikan ayahnya dari MIC. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.TMI

Raja-Raja Perlu Peka Terhadap Isu-isu Melibatkan Melayu dan Agama


Oleh Mohd Sayuti Omar
PENGHARAPAN dan pergantungan orang Melayu dan umat Islam negara ini kepada Raja-Raja Melayu begitu besar sekali. Raja-Raja menjadi tempat mengadu dan meminta sesuatu. Institusi raja telah menjadi ibu dan ayah kepada orang Melayu dan mereka beragama Islam.

Semua ini kerana kegahan dan kuasa yang diberikan kepada institusi itu dalam konteks sejarah dan perlembagaan negara ini cukup tinggi sekali. Terutamanya mengenai hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan juga berhubung kedudukan agama Islam. Raja-Raja adalah menjadi tonggak dan kepala kepada agama Islam di negara ini.
Jadi tidak hairanlah bila orang Melayu menghadapi apa-apa masalah mereka mengadu atau menyampaikan kepada Raja-Raja mereka dengan harapan Raja-Raja memberi pandangan, buah fikiran atau memutuskan atas kebaikan bersama. Bila timbul saja isu-isu yang sukar untuk diselesaikan dan memerlukan pandangan Raja-Raja maka orang Melayu dan orang Islam akan berarak ke istana, ataupun membuat himpunan simbolik bagi menyatakan perasaan mereka terhadap sesuatu itu kepada raja-raja.