Selasa, 25 Mei 2010

Benarkah Ramai Wakil Rakyat Umno Terengganu Kini Bergelar Jutawan?


KUALA TERENGGANU – Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit! Benarkan begitu?

Padahal, dengan elaun sebagai wakil rakyat dan khidmat yang terpaksa diberikan bagi melayani kehendak rakyat, adalah mustahil para wakil rakyat boleh menjadi jutawan.
(Gambar - Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya)

Kecuali, mereka yang telah menjalankan perniagaan sebelum dipilih wakil rakyat, namun adalah tidak munasabah bagi seseorang bekas penjawat awam, tiba-tiba boleh mengumpul harta jutaan ringgit.

Sebagai contoh ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Walaupun sesetengah pihak mempertikaikan nilaian tersebut, sehingga kini, beliau sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikannya.

Tinjauan Buletinonline ke perkarangan rumah tersebut mendapati, memang ianya sebuah rumah (kalau boleh dipanggil begitu) yang cukup besar.

Berdasarkan pengamatan wartawan Buletinonline ia mempunyai lima buah rumah kecil yang disatukan menjadi sebuah banglo mewah.

Anwar Desak Najib Bentang Isu Tanah KTMB Di Parlimen Jun Depan

SHAH ALAM 25 Mei - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas laporan berhubung isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di sidang parlimen Jun ini.
Menurutnya, kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan namun penyelesaiannya harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.
"Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam.
"Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” mengejutkan kerana beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan teliti.
'Kenyataan bersama Najib kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara seperti Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kongres PKR mahu dedah ‘rahsia’ MP, Adun keluar parti?

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR diKota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.
“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Analisa : Kalau DS Anwar jadi PM..............

Oleh: notan

"Assalamualaik
um.....Mungkin ada yang melenting apabila membaca tajuk di atas tetapi apakan daya persetujuan telah dicapai bahawa seandainya PR menang PRU di peringkat pusat, DSAI akan dilantik sebagai PM.Marah macam mana pun,benci macam mana pun, tohmahan macam mana pun, seandainya keputusan PRU begitu dan ketika itu DSAI masih hidup selamat, insyallah jadilah beliau PM.

Langkah DSAI menuju tangga PM tersekat dua kali, kali pertama dulu semua orang tahu apabila beliau dihumbang keluar dari UMNO oleh Mahadir dan kali kedua sesudah PRU 12 bilamana PR(ketika itu masih dikenali sebagai BA) gagal memenangi PRU dengan fix deposit BN yang masih utuh di Malaysia Timur.
Kini persetujuan itu kekal yang bermakna DSAI akan jadi PM sekiranya PR menang PRU 13 nanti dan DSAI masih berada di luar.Persetujuan yang dibuat dan dicapai oleh pemimpin tertinggi PR yang terdiri dari pemimpin tertinggi PAS, PKR dan DAP serta SNAP(yang baru menyertai PR).