Khamis, 29 April 2010

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Dakwaan Kickdefella : Ulasan Pimpinan Pas Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan menafikan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bahawa parti itu terlibat dalam konspirasi perang gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan dakwaan Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)itu sebagai satu pembohongan yang terancang.
"Apa yang disebut itu sebagai satu dakyah yang jauh daripada kebenaran... ia tak betul sama sekali.
"Semua yang dicakapkannya tidak benar, saya pasti segala pembohongan yang dilakukanya telah dirancang untuk mencemarkan imej PAS," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan.

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang

KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.
Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar), di Dewan Negara di sini hari ini.
Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.
Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih saying kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

Ibrahim Ali Saman The Sun

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.
Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.
Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.
Katanya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan yang didakwa berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

Lagu “PAS hina Sultan” nyanyian Umno Sumbang


KUALA LUMPUR : Umno semakin terdesak untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat dan Sultan khususnya di Kedah sehingga terpaksa mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Sebelum ini Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah membangkitkan dua soalan dalam sidang DUN.

Mohd Nasir dalam sidang DUN bertanya sejauh manakan bidang kuasa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, soalan pertama yang diutarakan Nasir jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah.

Kes Aminulrashid tuntut reformasi menyeluruh institusi polis


Kita baru sahaja dikejutkan dengan satu lagi kes tembakan polis, melibatkan Aminulrashid Amzah, pelajar 15 tahun yang meninggal dunia di Shah Alam. Kejadian terbaru ini sebahagian daripada 'insiden tembakan untuk membunuh' (shoot to kill) yang menjadi semakin serius akhir-akhir ini.

Saya hadir bersama-sama YB Yaacob Sapari, YB S Manikavasagam, dengan peguam-peguam keluarga Aminul, iaitu N Surendran, Latheefa Koya dan Puspawati Rosman ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 April lalu ketika keluarga pelajar itu membuat laporan polis terhadap insiden tersebut. Sukar membayangkan penderitaan yang dialami keluarga Allahyarham kecuali kita sendiri pernah melalui pengalaman serupa.

Aminul dimaklumkan keluar bersama rakannya dengan kereta Iswara kakaknya pada awal pagi 26 April. Menurut pihak polis, dia cuba melanggar pihak polis sebelum anggota polis menembak tayar kereta tersebut. Polis kemudian mendakwa menjumpai parang di dalam Iswara tersebut. Imbang Penuh

Rakan Aminul yang bersamanya memberi keterangan berbeza: mereka sedang pulang dari restoran, dan kebetulan memotong sebuah kereta polis yang kemudian mengejar dan menembak mereka. Kereta tersebut berhenti dan rakan Aminul cuba merangkak keluar tetapi ditendang dan ditumbuk ketika cuba menyerah diri. Dia kemudiannya melarikan diri sebelum membuat laporan polis kemudian.

Rasuah; Apa Cerita ADUN Kemasik, ADUN Kijal, Dua Datuk dan 70 Orang Ahli Politik Terengganu?


Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya embuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam.

Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.



“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.

“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya

Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama ! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi.

Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!

Hulu Selangor: Satu Renungan Untuk Najib Dan BN

Oleh ramziredang

"Semasa kempen di Rasa,Hulu Selangor, Najib mengumumkan bantuan RM3juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika BN menang. Namun begitu pengundi Cina tetap memilih PKR. Mereka sedikitpun tidak mempedulikan pengumuman perdana menteri. Begitu juga halnya dengan pengundi Cina di Kuala Kubu Baru, Hulu Yam, Kalumpang, Serendah dan kawasan kawasan pengundi Cina yang lain. Semua statistik menunjukkan BN sudah tidak berjaya lagi menawan hati pengundi Cina, malah boleh dikatakan mereka ditolak secara total, jika rentetan pilihanraya Bukit Gantang dan Hulu Selangor digunapakai. Imbang Penuh
Bagi BN ini tentunya menghairankan mereka, tetapi tidak bagi PR. Kesimpulan pertama yang dapat dirumuskan ialah, PR telah muncul sebagai pemerintah alternatif yang dinanti nantikan oleh rakyat selama ini.
Dengan jelas dan nyata BN memang tidak pernah belajar dari kesilapan. Sindrom politik 'gula gula', 'umpan', 'menabur janji' dan 'cucuk hidung' masih membelenggu fikiran sebahagian besar pemimpin BN. Mereka masih membawa isu pembangunan, bantuan kewangan dan projek 'mee segera' sebagai membuktikan keikhlasan mereka memerintah.