Selasa, 20 April 2010

DAP Cabar Umno Buat Pengakuan Tak Minum Arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor





KUALA LUMPUR, 20 April:
PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi.

"PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 paratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid adalah calon PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.

Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen.

"Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi.

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.

Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.Hrkh

Gambar:Tok Guru Nik Aziz Di Masjidil Haram Makkah


Tok Guru Nik Aziz adalah insan yang amat mulia, senantiasa di hormati oleh ramai jemaah.....syukur punyai pemimpin yang bersikap rendah diri, penuh ketaqwaan dan berkeperibadian yang amat tinggi...
Beliau senantiasa mendapat 'perhatian' ...alhamdulilah...insan yang amat mulia selalu di pandang tinggi oleh orang di sekeliling.....ituhlah janji allah pada kita semua....

Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi



Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

SNAP Secara Rasmi Sertai Pakatan Rakyat


Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.TVS

Umno-BN Tak Berani Kacau Pakatan Rakyat Selangor

KUALA KUBU BAHARU 20 Apr - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Umno dan Barisan Nasional tidak lagi berani mengacau pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana perpaduan anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri adalah mantap.
"Di Selangor kita tidak ada masalah kerana jumlah ADUN Pakatan Rakyat ramai. Kalau dia (Umno-BN) kacau-kacau pun dia bising saja. Saya yakin dan mereka pun takut nak lawan," kata Khalid ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa boleh memohon kepada Sultan Kedah untuk membubarkan DUN sekiranya ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar parti.

Bung Mokhtar Dan Zizie Mengaku Salah


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu.SH

Speaker Parlimen Tolak Usul Pindah Pengundi Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 20 April: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini menolak usul yang dikemukakan oleh Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) bagi membincangkan perubahan tempat mengundi yang melibatkan 14,000 pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang didakwa boleh mencetuskan suasana kelam kabut pada hari mengundi.
Fuziah (gambar) yang mengemukakan usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) berkata, usul itu perlu dibincangkan kerana ia melibatkan kepentingan pengundi-pengundi di Hulu Selangor yang akan menghadapi masalah dengan perubahan tempat mengundi itu.
"Saya memikirkan mengenai 14,000 pengundi yang akan mengalami masalah pada Ahad ini kerana mereka tidak tahu tempat mengundi mereka," katanya.
Bagaimanapun, usul berkenaan ditolak Pandikar atas alasan ianya bersifat politik dan hal-hal berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan suruhanjaya-suruhanjaya lain tidak boleh dibincangkan di Dewan Rakyat kerana ianya merupakan badan bebas.

"Apabila saya berkawan rapat dengan Tok Guru, kefahaman saya dalam agama jauh lebih baik.." - Zaid



"Apabila dah berkawan rapat dengan Tok Guru dan mendapat nasihat darinya, rasa faham dalam hal-hal berkaitan agama ini jauh lebih baik.... berbeza ketika saya berada dalam UMNO, yang mana ulama UMNO tidak memberikan pandangan betul dalam pelbagai hal agama..... menyebabkan orang seperti saya yang kurang arif agama tidak mendapat pandangan yang sewajarnya..." - Zaid Ibrahim