Sabtu, 3 April 2010

Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM

KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"Hrkh

PRK Hulu S’ngor :Analisis dan Faktor Kemenangan PR

Oleh : Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof
Desas-desus awal tahun 2010 ialah pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai. Perkara itu disahkan menerusi blog Dato Seri Anwar Ibrahim (http://anwaribrahimblog.com/, 18 September 2009). Maka, sejak itu timbul sangkaan kemungkinan kekosongan kerusi bagi parlimen Hulu Selangor.
Selepas itu, pada Januari 2010 timbul lagi propaganda  BN yang memainkan isu kononnya berlaku peletakan jawatan ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad. Namun perkara itu dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran KeADILan Hulu Selangor pada 2 Januari lalu. Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa.
Menurut Pengarah Strategik PKR, Tian Chua Chang berkata, timbul peletakan jawatan MP Hulu Selangor itu ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan  mengadakan satu program Umno di kawasan itu. Sedangkan sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.
Namun, takdir Ilahi siapa yang sangka. Pada jam 9.30 malam Jumaat 25 Mac lalu, ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zanal Abidin telah kembali ke rahmatullah di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.
Dalam rakaman takziah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Harakahdaily, 26 Mac) menzahirkan bahawa pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan politik yang lebih baik di Malaysia. Beliau juga berharap semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

Guna gambar Pakatan untuk ceramah Umno

KEPALA BATAS, 3 April: Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.
Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan  Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.
Ia digantung untuk satu majlis ceramah  di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Ucapan Terbaik Tentang Arak di Parlimen

Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010

Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.
Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.
Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.
Kuantiti pengambilan perkapita setanding dengan Eropah iaitu 11 liter setahun dan sungutan rakyat terutama yang beragama Islam, arak, dan terutamanya bir terlalu mudah didapati di kedai-kedai.
Jumlah rakyat yang terlibat dengan pengambilan arak semakin meningkat dan pendedahan kepada arak semakin awal iaitu umur anak-anak remaja yang terdedah pada arak juga semakin rendah.
Pada tahun 1976, Spencer dan Navaratnam telah membuat satu kajian yang menunjukkan 19% pelajar sekolah menengah bandar mengaku minum arak, 1% mengaku kerap meminum arak, 3% mengaku minum arak sulingan iaitu spirit yang tinggi kandungan alkohol sekali sebulan, dan 5.6% minum bir dengan lebih kerap lagi.