Selasa, 30 Mac 2010

Kenapa Khairy Bermati-matian Pertahankan APCO?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang cuba menggaitkan beliau dengan pegawai tinggi Apco Worldwide sebagai satu usaha mengalihkan persoalan sebenar yang membabitkan keselamatan negara.
Sambil menyifatkan dakwaan Khairy sebagai sebagai tidak berasas, Anwar turut mempersoalkan tindakan Khairy yang cuba melarikan diri daripada berbincang perkara pokok berhubung Apco.
"Saya kenal Khairy, saya juga kenal Najib, saya kenal Muhyiddin, jadi isunya apa?
"Isunya sekarang Apco memainkan peranan dalam kerajaan Malaysia dan pimpinan kerajaan Malaysia. Soal saya hadir dalam persidangan dengan orang Israel sebanarnya ramai juga hadir dalam persidangan termasuk dengan tokoh ulama Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, begitu juga saya hadir dalam persidangan persatuan Hindu, Kristian dan sebagainya, itu bukan isu.
"Isunya sekarang Khairy cuba nak lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha Ong dengan syarikat Ethos yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Video:Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia





Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu. "Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan. Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

Penganalisis :Perkasa Bukan Penentu Kuasa Politik


Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar, Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya kelmarin, dilihat tidak mampu memainkan peranan sebagai penentu kuasa politik sebaliknya hanya akan merugikan Umno dalam jangka panjang, kata pemerhati dan penganalisis politik.
Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perkasa hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno bukannya penentu kuasa politik.
“Kita tidak lihat Perkasa mampu mempengaruhi kuasa politik sebaliknya kewujudannya bersama Umno hanya akan melumpuhkan perjuangan mereka.
“Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Mohamad Agus memberitahu, majoriti ahli Perkasa adalah individu-individu yang telah menerima perjuangan Umno sejak dari dulu.

Krisis Istana Kelantan: Pakatan Mahu Pemangku Raja Bertindak

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan), yang mewakili anak-anak Kelantan di perantauan, semalam berharap agar Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hak dan kuasa baginda berhubung kemelut yang berlaku sekarang.
"Kami memohon ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan yang mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Perlembagan negeri Kelantan supaya memastikan negeri Kelantan berada dalam keadaan harmoni," kata Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak dalam satu kenyataan.
Katanya Pakatan melahirkan kebimbangan berhubung keadaan kesihatan Sultan Kelantan dan keutuhan institusi Kesultanan Kelantan berikutan penyiaran kenyataan-kenyataan yang mengelirukan di media dan internet.

Laporan Penuh Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak

Sumber gambar: BHarian.

Terkini 11.26 am : Kenyataan Dato Ngeh
Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis.

Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan.

Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?

Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Terkini 11.21 am : Kenyataan Speaker Sivakumar
Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk .

Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi.

Terkini 11.20 am : Kenyataan Media Ds.Nizar
Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi.

Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.

Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak.

Saya juga membisikkan kepada Ganesan tadi dia juga senyum.Kami dapat sms tadi kalau ada kekecohan dalam dewan, kami akan ditangkap, dan saya anggap benar kerana dalam dewan begitu ramai polis.

BN menggunakan cara mengasing-asingkan tempat laluan masuk dewan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Terkini 11.11 am : Kami meninggalkan dewan dan berjalan kaki menuju Wisma DAP
Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....

Terkini 10.54 am : Sidang Media
Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.
Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.


Terkini 10.46 am : Bacaan Doa
10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.
10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.
10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.
10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.

Tok Guru Nik Aziz Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.
Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.
Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.
Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.
Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).
Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Video Sidang Parlimen:Saifuddin Nasution Lawan Ibrahim Ali




MP Bebas Pasir Mas lawan PKR Machang dalam isu Judi - MP Pasir Mas cabar Machang mengenai isu judi sewaktu mencelah ucapan MP Bebas Kulim Bandar Baru.