Selasa, 23 Februari 2010

Pakar setuju bukan Melayu boleh jadi PM

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi (bawah), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.
Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:
“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).
“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.
“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.

Zambry dalam ketakutan

KUALA LUMPUR : Penolakan Menteri Besar Perak, Zambry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat (PR) sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN PR setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput.
Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN PR dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan  masih menerima aduan rakyat.
"Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat PR Perak.
Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali . Pertama di kediaman rasmi MB dan kedua di Cenderiang yang dihadiri oleh DYMM Sultan Perak.
"Sebagai Cina Islam saya mengesahkan sambutan Raya Cina tidak jadi masalah untuk orang Islam, cuma yang saya persoalan ialah pembaziran bila dibuat berulangkali" Jelasnya dengan nada kesal.Erapakatan

Pemuda Umno Koyak Surat Cabaran Debat Pemuda Pakatan

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.Hrkh

Tok Guru Nik Aziz Tonton Wayang

KOTA BHARU: Jarang kita mendengar ulama atau ustaz menonton wayang, namun lain pula bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila bersetuju hadir menyaksikan tayangan sebuah filem.
Sejarah itu akan tercatat pada 28 Febuari ini di Balai Islam, Lundang apabila Menteri Besar Kelantan dijangka hadir menonton filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi.
Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, tayangan filem berkenaan dijangka bermula jam 9 malam.
“Selain itu pihak penganjur turut menjemput pensyarah Jabatan Pengajian Media UM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengupas filem tersebut.
“Oleh itu, saya menjemput orang ramai hadir bersama-sama menonton filem bercorak kerohanian itu selain untuk berhibur, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya di sini.
Baru-baru ini, lebih 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ bahagian pertama yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC).
Tayangan filem tersebut diadakan sempena Hari Hiburan Islam yang turut menampilkan penulis asal cerita berkenaan, Habiburrahman yang didatangkan dari Indonesia.
Tayangan tersebut diadakan secara percuma dan ia merupakan box office di Indonesia 2009.Hrkh

Tokoh Pemikir Dunia,DS Anwar Tersenarai Di Tangga Ke-32


Sebuah Website antarabangsa Foreign Policy yang menyenaraikan tokoh-tokoh pemikir dari seluruh dunia telah menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 32 daripada 100 Global Thinkers yang diiktiraf oleh website berkenaan. Beliau yang juga ketua pembangkang dan penasihat umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia diikraf sebagai 'pemikir global' yang memperjuangkan demokrasi negara-negara Islam "for challenging the Muslim world to embrace democracy". Berikut screenshot dari website berkenaan (sila klik untuk membesarkan gambar)




www.foreignpolicy.com

Video : Wahid Endut Lawat To'kong Kg Cina Kuala Terengganu Terbakar.




Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi kebakaran To'kong Kampung Cina Kuala Terengganu


Lagi Catatan Boleh Di Baca DI SINI