Rabu, 17 Februari 2010

Umno resah fitnah ke atas Anwar mula jadi modal ceramah



KUALA LUMPUR : Fitnah yang terpalit ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menimbulkan riak gelombak resah dalam kalangan pimpinan Umno, BN ketika hal itu kembali hangat sebagai modal ceramah parti-parti pembangkang di mana-mana.

Bukit Aman misalnya mula memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa hal itu dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Laporan akhbar kini menunjukkan bahawa wujud ura-ura menangkap penceramah termasuk Anwar sendiri jika beliau terlibat membawa isu itu dalam setiap ceramah anjuran mereka, jika mahkamah mengeluarkan arahan.

Hal tersebut, menurut laporan media, boleh dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah. Ekoran itu, polis dikatakan sedang membuat pemantauan di semua ceramah politik khasnya yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara bagi memastikan arahan itu dipatuhi.

Sekitar Himpunan Pemuda BN Di Kedutaan Australia





Nampaknya Khairy sekarang dah jadi beruk,masa Himpunan Bersih dulu bukan main lantang tuduh Demontrasi tak bertamadun la hingga sanggup beliau menuduh kami umpama beruk2 di jalanan dan ulasannya di petik TV3 dan di lihat jutaan rakyat Malaysia.Ambo antara puluhan ribu yang menyertai himpunan tersebut dan di panggil beruk oleh Khairy.Sekarang amacam nampaknya Khairy "tepuk dulang memercik ke muka".Tak kiralah apa tujuan himpunan tersebut yang pasti Khairy dan juak2nya pun dah jadi beruk ha..ha..ha.Kata orang tua tua,terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya he..he..
Khairy pernah melebelkan Penunjuk perasaan Bersih sebagai "Beruk2 Di Jalanan" Allah Maha Besar,tuduhan Khairy nampaknya terkena ke muka sendiri.

Catatan Berkaitan Himpunan Pemuda BN Boleh Di Baca DI SINI

Tuduhan Blog Pro Khairy Kepada Peserta Himpunan Bersih DI SINI

Zulkifli Noordin gemar publisiti murahan

KOTA BHARU, 17 Feb: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.
Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.  
Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.
Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

Gambar : Presiden Pas selamatkan mangsa lemas





Tahniah Tuan Guru Presiden telah berjaya menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang pada 14 Feb 2010 di. Kejadian berlaku ketika Tuan Guru sedang berehat bersama keluarganya di tepi pantai tersebut.

Insya'Allah Video akan di upload di
http://trgkini.blogspot.com

Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia Siri 2


Kali ini kita tenang seketika membincangkan sebarang isu semasa di Malaysia. Apa kata kita layan sambungan daripada senarai kereta-kereta mewah orang kenamaan di Malaysia. Gambar kereta di atas adalah permulaan sahaja bagi gambar kereta-kereta mewah orang kaya di Malaysia. Ada banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama anda. Nak lihat kereta-kereta mewah seterusnya, milik beberapa VVIP di Malaysia?
Cantik bukan kereta-kereta mewah di atas ini. PFJ 1 dan BGJ 7 itu adalah kereta family Dato Ilyas yang merupakan Director of VW Cars Sdn Bhd. Kalau dahulu dia merupakan AP holder for Volkswagen. Sekarang tidak lagi, semenjak 10 November 2009 yang lalu. Kereta Nissan GTR and Bentley Flying Spur pun termasuk dalam koleksi kereta yang mereka ada. Tapi itula, gambar kereta tersebut tiada buat masa ini.
Kereta Bently ini adalah kenderaan rasmi Sultan Mizan
Kereta yang digunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berlangsungnya MAHA 2008 di Serdang.

Umno Sekadar Berarak Mengingati Tarikh Lahir Nabi


- hanya ‘Bermuka-muka’ hayati Maulidur Rasul
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Umno dan pengikutnya sebenarnya tidak faham bagaimana sebenarnya amalan menghayati sambutan Maulidur Rasul SAW.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Nik Salleh berkata apa yang Umno buat setiap kali kedatangan bulan Rabiulawal sekadar ‘bermuka-muka’.
Katanya, Umno gagal mendidik pemimpin dan ahli-ahlinya dengan berkesan melalui penghayatan Maulidur Rasul.
“Umno buat (maulidur rasul) sekadar ‘bermuka-muka’ sahaja kononnya, Umno hendak menghayati Islam.
“Dalam masa sama, dia (Umno) menolak syariat Rasulullah SAW, tolak hukum Islam yang menjadi sebahagian dari kehidupan manusia,” jelasnya
Bahkan, katanya program sambutan dengan perarakan yang dilakukan itu tidak mendatangkan keinsafan kepada rakyat.