Jumaat, 12 Februari 2010

Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong !!




Video menunjukkan pelajar Sek Men St. Augustine, Betong Sarawak melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube.
Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya.

Anwar Kecewa Zahrain Keluar Parti

PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kecewa dengan keputusan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk keluar daripada parti itu.
Katanya tidak pernah dibangkitkan dalam parti atau dengan beliau isu pertelingkahan peribadi Zahrain dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Untuk menghukum Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, kita tidak boleh terima.
"Jadi beliau ditegur atas alasan itu," katanya kepada pemberita selepas prosiding Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan beliau untuk membatalkan kes liwat melibatkan beliau di sini hari ini.
Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, mengumumkan keputusannya hari ini dengan alasan beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - BERNAMA

Video : Ahli Parlimen Bayan Baru,Datuk Zahrain Istihar Keluar PKR






Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Peletakan jawatan tersebut menepati ramalan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semasa muncul dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3, Isnin lalu yang menyebut beberapa pemimpin PKR akan meletakkan jawatan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi kerana hilang kepercayaan serta tidak mengendahkan aduan ahli parti.

Pada sidang media khas di sini hari ini, Zahrain turut memberitahu buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya akan bergerak secara Ahli Parlimen bebas.

"Saya juga tidak bertemu dengan mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kemasukan saya dalam parti lain.

"Saya adalah orang yang bebas," tegasnya.

Menurutnya lagi, tindakan yang diambil adalah atas keputusannya sendiri dan tanpa berbincang dengan mana-mana pihak telebih dahulu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan segera, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Zahrain.

"Ia dijangka dan ia akan membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk mengendalikan sebuah gabungan dan memenangi keyakinan rakyat," katanya.Mstar

Peguam PAS gesa Jawatankuasa Pas Pusat ‘buka balik’ kes Hasan, Khalid



KUALA LUMPUR, Feb 12 — Dilihat sebagai perkembangan yang jarang-jarang berlaku, penasihat undang-undang PAS menggesa jawatankuasa pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.
Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau akan meminta jawatankuasa pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akanmelihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.
“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.
Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan keputusan jawatankuasa disiplin itu dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.
Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran.

Video & Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Ceramah DS Anwar Dan DS Nizar Di Batu Caves






Liputan: Nagabersembor@telokbakong.com





Ceramah Pakatan Rakyat yang bertajuk "FITNAH Ke 2?" bersama YB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dan MB Pakatan Rakyat Perak Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin , bersama YB Azmin Ali dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, Seri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves. Ceramah berkenaan bermula pada jam 9.00 malam.

Lebih kurang 10 ribu penyokong dan simpatis kepada PR telah hadir untuk mendengar penerangan dari YB Dato Seri Yop Nizar, Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan lain-lain pimpinan PR. YB Azmin Ali meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat masuk hingga ke depan dewan sehingga ada yang duduk di atas pentas ceramah, hadirin memenuhi dewan dan dianggarkan lebih kurang 2 ribu orang tidak dapat memasuki dewan.



Semasa Dato Seri Anwar Ibrahim mula berucap pihak Polis pihak polis meminta penganjur "off"kan pembesar suara diluar dewan, Dewan Sri Siantan Jalan Sungai Tua, Batu Caves.



Dalam ucapanya YB Azmin Ali meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya memboikot UTUSAN Meloya (UM) sampai bangkrap kerana terlalu banyak berita-berita fitnah terhadap pimpinan PR. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin memberi penerangan senario isu penghakiman Mahkamah Persekutuan tentang kes rayuan beliau mengenai jawatan MB Perak serta menyatakan komitmen PR Perak untuk terus berjuang menjatuhkan BN di Perak demi kesejahteraan rakyat. Manakala Dato Seri Anwar Ibrahim pula menerangkan sekitar isu kes tuduhan liwat yang sedang dibicarakan.