Isnin, 1 Februari 2010

Video Dan Gambar Sekitar HIMPIT Besut/Setiu " Orang Mude Geng Kite "


Pemuda Besut berkonvoi Motosikal ke Program HIMPIT Besut/Setiu






Ucapan EXCO DPPP Ust Nik Abduh Nik Aziz
Ucapan Ketua DPP Kaw Besut,Ust Zulkifli Kadir
Ucapan Ketua Pemuda Pas Terengganu,YB Ust Mohd Nor Hamzah
Ucapan Perasmian oleh Tim. Ketua DPP Pusat,Ust Azman Sapawi
Pelancaran " Orang Mude Geng Kite " oleh Tim. Ketua DPP Pusat
Ust Azman Sapawi sedang menampal stiker " Orang Mude Geng Kite "
Motor Pas
Pameran Motor Klasik
Santai!! Pemuda Pas Cawangan Beris Pak Abu,Besut
Sebahagian motosikal Pemuda dari Besut yang menyertai konvoi
Berkumpul mengikut Dun masing masing
Ikrar Pemuda " Orang Mude Geng Kite "

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Gambar:Wakil Kedutaan Amerika Temui DS Nizar

Oleh : alhusseyn


al-Husseyn punya
Ipoh 1 Feb : Kunjungan hurmat Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika ke Pejabat PAS Perak pagi ini merupakan satu satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak , khususnya terhadap DS Ir Nizar Jamaluddin.

Turut mengiringi beliau menemui Majlis Dewan Harian PAS ialah Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, En Ravi Manickam.

Tetamu dari Kedutaan Amerika tersebut berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin PAS Perak hampir satu jam lebih.

S/U Kerja Exco Selangor Kesal SPRM Di Peralat





Setiausaha Kerja kepada Exco Selangor, Hussien Ahmad dukacita kerana SPRM dipergunakan oleh pihak tertentu untuk membuat pertuduhan fitnah terhadapnya.

Beliau berkata penahanannya oleh SPRM berpunca daripada fitnah anasir-anasir yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan kontrak pasir.

Pegawai kanan kepada EXCO Yaakob Sapari itu dibebaskan tanpa syarat setelah ditahan reman selama lima hari minggu lalu.

“Pasir adalah sumber alam yang di bawah YB Yaakob, tapi sebenarnya YB Yaakob sebagai Exco Sumber Alam, tapi pasir ini adalah bawah jagaan anak syarikat kerajaan Selangor yang bernama Kumpulan Semesta Sdn Bhd jadi ini yang berlaku apabila setiap permohonan terpaksa dihantar kepada pihak KSSB, tapi malangnya melihat mereka ini tidak faham prosedur yang sedia ada dan saya terlibat dengan konflik untuk menjatuhkan saya kerana tak dapat kontrak pasir”, katanya yang ditemui baru-baru ini.

Hussein ditemubual dalam program Apa Khabar Selangor terbitan TV Selangor di Shah Alam.

Hussien turut disoal siasat SPRM atas lawatannya ke Hangzhou, China pada Oktober lalu di bawah program lawatan kerja usahawan yang ditanggung kerajaan negeri.

“Kita pergi ke Hangzhou sebagai usahawan, tapi dalam ramai-ramai itu, rupanya terselit 2-3 orang yang kita tak dapat terima keinginan dia itu, yang dia mahu bukannya usahawan, tetapi pasir, tapi kita tak tahu, tuduhan yang kita terima dia kata semasa dalam perjalanan itu pergi Hangzhou, tuduhan dia telah memberi saya 10 ribu yuen untuk saya meluluskan permit pasir dan juga gambar China, apa yang saya tahu, saya tak pernah meluluskan permit pasir, kerana saya tak pernah meluluskan permit pasir dan saya tak boleh meluluskan permit pasir begitu juga YB Yaakob Sapari”, jelasnya lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan terhadapnya didalangi oleh golongan terdesak Imbang Penuhdalam Umno-Barisan Nasional yang mahu menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)

Lagi Pemimpin BN Sertai Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR : Ketika gerombolan BN sibuk melobi dan cuba merasuah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk wakil rakyatnya agar melompat parti, pada hari ini pemimpin mereka pula yang berhijrah untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing kepada erapakatan.com di sini hari ini.
Menurut Chiew, ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Wong Chin Yong secara rasminya telah meninggalkan parti lamanya itu untuk menyertai gagasan PR melalui DAP.
“Beliau memohon menyertai DAP sejak Jumaat lalu dan hasil mesyuarat kepimpinan parti (DAP) hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima beliau,” katanya.

Isu Royalti:Pas Pertahankan Ku Li



> malaysiakini

Royalti minyak: Ku Li sentiasa konsisten, kata Setiausaha Agung PAS

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sentiasa konsisten dalam isu royalti minyak Petronas, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini.

Ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai Exco kerajaan negeri Terengganu yang turut memperjuangkan royalti minyak untuk Terengganu sebelum ini, katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin Umno menghentikan tohmahan kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) kerana menyokong pendirian Kelantan mendesak royalti minyak dari kerajaan pusat.

"Saya bertanggungjawab meletak fakta yang tepat (supaya) dan tak timbul Tengku Razaleigh tidak konsistan atau tidak," jelasnya.

"Saya nak nasihat kerajaan (Persekutuan) berhentilah mengkritik Tengku Razaleigh, hormatilah fakta (perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan Petronas)."

Menurut beliau, Tengku Razaleigh sebenarnya konsistan memperjuangkan hak rakyat sejak PAS mewakili kerajaan Terengganu memfailkan tuntutan minyak ke atas mahkamah di mahkamah pada 2001 lagi.

"Sewaktu kita (PAS) buat tuntutan minyak di Terengganu di mahkamah, Tengku Razaleigh sangup menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri ke atas Pusat dan Petronas," jelasnya.

"Sewaktu itu, tak timbul lagi kes Tengku Razaleigh tidak konsisten atau konsisten seperti yang Umno BN tohmah sekarang."

Jelasnya lagi, kerajaan Persekutuan telah membuat rayuan di mahkamah supaya menghalang Tengku Razaleigh dari menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut.

"Macam mana kerajaan (Persekutuan) sanggup menerima saksi seperti Tengku Razaleigh, sedangkan beliau sendiri antara yang menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan Terengganu dan Petronas."

Tambahnya lagi, Tengku Razaleigh sendiri sanggup duduk sepentas dengan beliau bersama-sama Pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (UiAM) dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas enam tahun yang lalu.

Jangan ke mahkamah

Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri Kelantan supaya tidak memfailkan saman, sebagaimana yang dilakukan oleh PAS sewaktu memerintah kerajaan negeri Terengganu.

"Apabila kita memfailkan saman, kita tidak lagi bebas mempersoal tuntutan hak (royalti minyak) itu dan hanya perlu menunggu perbicaraan seperti yang berlaku di Terengganu," jelasnya.

Ditanya tentang pendirian kerajaan Kelantan sekiranya kerajaan Pusat bersedia memberikan wang royalti melalui Tengku Razaleigh sendiri, Mustafa menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu konsisten hanya menerima royalti minyak sahaja.

"Kalau wang ehsan, kerajaan persekutuan boleh beri atau tidak, boleh beri sedikit atau yang sepatutnya...saya fikir kerajaan (pimpinan) Tok Guru konsisten menuntut royalti minyak."

"Tengku Razaleigh pernah tawar menjadi saksi dalam kes tuntutan royalti minyak (oleh) Kerajaan Terengganu sebelum ini, saya tak fikir kerajaan Pusat akan membenarkan Tengku Razaleigh menguruskan royalti minyak rakyat Kelantan."

Khamis lalu, Tengku Razaleigh mencadangkan kerajaan Kelantan menilai semula kedudukannya dalam kerajaan Persekutuan kerana rakyat Kelantan dinafikan hak menikmati royalti minyak sejak beberapa tahun lalu.

Disebabkan pidato tersebut, beberapa pemimpin Umno sanggup menuduh Tengku Razaleigh 'tidak konsisten' memperjuangkan kepentingan kepentingan parti Umno. Hrkh

Video:Azan Akui Ada Tawaran Untuk Lompat Parti




Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.

Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.

“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.

“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya.TVS

Video:Apa ke Jadahnya ! Gadis Remaja Berpeleseran Sehingga 3 pagi







KUALA TERENGGANU – Sungguh mengejutkan! Pada jam 3 pagi, masih ada anak-anak gadis remaja, mundar mandir di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu?
Mereka dapat ditemui di sekitar dataran Shahbandar dan pantai Batu Burok pada malam-malam tertentu, terutama dihujung minggu.

Aksi mereka pula, persis anak-anak jalanan di kota-kota besar, seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu, dan bukan seperti anak-anak sebuah negeri yang digelar Darul Iman.

Adakah ini menandakan bahawa Kuala Terengganu kini semakin ‘maju’ atau sebenarnya ia sedang mundur ke belakang, menjadi sebuah kota jahiliyyah moden?

Di dataran Shahbandar, kehadiran ‘kumpulan peleseran’ itu boleh diperhatikan, tiba secara berpasang-pasangan menaiki kereta atau membonceng motosikal.


Yang berkereta mungkin akan keluar berdua-duaan, menghirup angin malam sambil duduk-duduk dibangku-bangku batu yang disediakan.

Atau, mereka boleh sahaja terus tinggal didalam kereta, meneruskan apa jua ‘adegan’ tanpa takut sebarang teguran atau tindakan serbuan dari Penguatkuasa.

Gelagak bersosial serta ‘bersahaja’ anak-anak muda tersebut amat memalukan dan menjadi ‘semakin hangat’ apabila tiba waktu dinihari.

Ada anak-anak gadis belasan tahun, yang berpakaian umpama orang puteh yang ‘tinggal di Eropah’, dengan ber‘mini’ skirt dan memakai ‘singlet’ sahaja.

Bahkan di Batu Burok, apabila di perhatikan dengan teliti, gerak geri dan tingkah laku mereka membuktikan, mungkin ada aktiviti yang ‘lebih berat’ sedang berlaku.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi dapat menyaksikan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah menjadi pemandangan biasa, tanpa batasan.

Ketika warga kota lain dibuai mimpi, sekitar jam melewati 2.30 pagi, beberapa gadis remaja dilihat berkeliaran, samada di taman permainan atau di pantai.

Mereka kelihatan, seolah-olah menunggu-nunggu kedatangan seseorang.

Gadis remaja itu kemudiannya akan didekati beberapa pemuda, mereka bertegur sapa dan berbicara lebih kurang.

Selang beberapa minit, gadis itu dilihat menuruti kumpulan pemuda tersebut, samada berkereta atau dengan menaiki motosikal

Persoalannya, apakah benar wujud golongan remaja yang ‘tidak berumah’ dan ‘mencari makan’ di Bandaraya KT sebagaimana yang hangat diperbualkan?

Jika tidak, apa ke jadahnya, mereka berpeleseran tanpa arah tujuan, pada dinihari jam 3 pagi.BO