Gambar Gambar Kejadian Letak Babi Di Perkarangan Masjid


Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Lokasi bahan bukti pertama


Lokasi bahan bukti ke dua


shoot gambar dari bawah jeep forensik berjaya merakam bukti sebenar


ajk masjid


Polis ketika membantu anggota forensik

LAGI GAMBAR KLIK DISINI

Ahli Umno Terlibat Serang Gereja-Azmin Ali




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Aduka Taruna perlu mohon maaf di depan hakim dan keluarga diraja Johor-Rais Yatim



KUALA LUMPUR, 27 Jan — Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.
“Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

2 Kepala Babi di Masjid Taman Datuk Harun



Pig heads left at two mosque

KUALA LUMPUR - Siak Masjid Jumhuriyyah, Taman Datuk Harun Petaling Jaya terkejut awal pagi tadi apabila terlihat sebuah beg plastik yang mencurigakan dibahagian belakang pintu masjid berkenaan. Beliau mensyaki pada awalnya ialah seorang bayi yang dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun setelah pihak pengurusan masjid memanggil pihak polis untuk menyiasat, maka mereka mendapati bahawa bungkusan itu mengandungi dua kepala babi beserta beberapa keping duit seringgit.

Pihak polis masih belum mengetahui motif sebenar tindakan provokasi tersebut. Setakat ini, belum ada kaitan yang boleh dibuat samada ia adalah respon daripada beberapa kes serangan gereja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan yang serupa berlaku di Masjid Taman Sentosa.

Turut hadir melawat tempat kejadian ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari. -ANN

Hishamudin tak mahu terima memorandum, rakyat tak mahu jumpa Umno


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.

Memorandum tersebut dirancang untuk diserahkan kepada Hishamudin selepas mesyuarat Perhubungan Umno minggu lalu

(Gambar - sudahlah menumpang program kerajaan, pergi mengacau sekolah tempat budak-budak belajar - Sekolah Menengah Teknik di warnai bendera Umno)

Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak).