Isnin, 25 Januari 2010
Gambar Aduka Taruna Serah Diri Di IPD kota Bharu
Gambar:Tian Chua Eksiden
P'raya kampus: Proses penamaan calon panas
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.
Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).
Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.
Berita selanjutnya di sini: http://www.malaysiakini.com/news/122790
Zaid sokong tindakan disiplin terhadap Zulkifli
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyokong tindakan disiplin dikenakan kepada Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar baru, Zulkifli Nordin kerana mendakwa Zulkifli sering membuat tindakan yang melampau.
Zaid merujuk kepada tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
"Saya harap parti lebih serius kali ini untuk ambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media di kediamannya pagi tadi.
Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zulkifli akan menghadapi tindakan disiplin oleh parti kerana sering melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam dan luar parti.
MPT PKR akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap Zulkifli.
Zaid berkata, Zulkifli sebagai seorang pegamal undang-undang seharusnya lebih arif berhubung isu-isu yang dibangkitkan.
"Saya kecewa dengan Zulkifli Nordin. Sepatutnya dia peguam, dia faham maksud keputusan mahkamah itu dan faham enakmen, perlembagaan. kalau tidak setuju beri hujah dia, bukan dengan cara buat laporan polis," katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyeru semua wakil rakyat Pakatan Rakyat lebih bertanggungjawab dalam mengambil sebarang tindakan dan memahami dengan mendalam sebarang isu yang timbul dan berusaha memberikan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat.
"Saya harap bukan sahaja Zulkifli tapi semua wakil rakyat yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab harus diambil tindakan.
"Saya menyeru kita faham apa isu sebenar, apa larangan sebenar berkenaan kalimah Allah ini," katanya.
Zaid turut menjelaskan, tiada apa yang kontroversi berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald kerana Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah jika ianya khusus untuk orang Kristian, bukan bertujuan untuk pengembangan agama mereka.
"Ahli politik kena lebih bertanggungjawab jelaskan kepda rakyat, jangan tambahkan lagi kekeliruan dalam isu ini," tegasnya.
Sebelum ini, Zulkifli pernah menimbulkan kekecohan apabila menyertai demonstrasi membantah tindakan Bar Council yang mengadakan seminar membincangkan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil.Hrkh
MB Perak Yang Sah,Mahkamah Persekutuan Umum Keputusan 9 Feb Ini
Beliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.
Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .
"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" Katanya dalam kenyataan itu.
KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.
Video:Anwar Hampir Di Tangkap Di Kg Kerinci
Oleh Pria Malaya
Malam tadi penulis berada di Kampung Kerinci, join ceramah DS Anwar Ibrahim bersama Nurul Izzah, MB Khalid dan saudara Mahfuz Omar..terus terang, memang bersemangat dgr ceramah DS Anwar, tetapi malang tak puas..tak sampai setengah jam, polis sudah dikerahkan menggagalkan ceramah DS...
Keadaan tika tu memang tak terkawal, hampir2 mencetuskan ketegangan..dalam kelam kabut diatas pentas, org ramai cuba rapat ke pentas sambil menyorak sekumpulan anggota polis yg berada diatas pentas...dibahagian belakang, beberapa orang anggota polis dari unit Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU kelihatan cuba memasuki pagar kawasan ceramah...
Suasana terus tegang...DS terpaksa beralah untuk menghentikan ceramahnya..ketika inilah (ketika membuat ucapan penutup termsuk untuk mengaminkan doa), pihak polis menghalang sehingga suasana menjadi kelam kabut, tidak lama selepas itu elektrik dimatikan, pentas menjadi gelap..ceramah akhirnya dibatalkan awal dari jangkaan..
Semasa hendak bersurai, satu objek terbang melintasi mata penulis lalu mnghinggap badan seorang anggota polis yang ketika itu juga hendak bersurai..rupanya ada seseorg membaling botol air dari atas pentas tanda tak puas hati cara polis bertindak...polis tu tak boleh leh buat apa terus beredar..penulis pun sama, tak boleh buat apa, tersenyum lebar...:)
Apa pun, satu je nak btau, tindakan polis membuat provokasi seperti dlm kes malam tadi sebenarnya mampu membangkitkan darah muda kami, melonjakkan semangat juang anak muda, mengenang kembali era reformasi dahulu..paling tidak pun, mewujudkan 'isu' utk dibincang oleh pakcik dan makcik dikampung2 bahawa Umno memperalat polis, atau polis menjadi barua Umno....'terima kasih' diucapkan..:)
Akhir kalam, insyallah, golongan anak muda akan berdepan dgn rejim Umno/BN dlm PRU ke-13 nanti demi perubahan Malaysia..Allahuakbar!SUMBER