Khamis, 5 November 2009

Tolak permohonan Nizar Mahkamah Perlu Beri Penjelasan








Angkatan Muda Keadilan memandang serius tindakan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan korum penuh dari Menteri Besar Pakatan Rakyat Nizar Jamaluddin.

Ketika dihubungi TVSelangor, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kes sebegini penting harus dihadiri korum penuh 11 hakim kerana bukan sahaja nasib negeri Perak diadili, wibawa badan kehakiman negara juga turut dibicarakan.

" Inilah masanya mahkamah sepatutnya menunjukkan bahawa badan kehakiman adalah bebas untuk kes seberat ini. Dalam kes yang akan menjadi landmark, kes yang mencatat sejarah yang tersendiri di dengar oleh 11 orang hakim" katanya.

Beliau berkata para hakim yang terlibat dalam kes ini perlu mengemukakan hujah yang jelas menjustifikasikan penolakan permohonan ini.

Ini perlu kata Shamsul kerana penolakan ini memberi kesan kepada persepsi rakyat yang prihatin dengan kes ini.

" Pertamanya penolakan institusi kehakiman itu jelas menunjukkan bahawa apa yang disebut sebelum ini sebagai penurunan prestasi atau pun persepsi bahawa badan kehakiman ini tidak lagi bebas adalah benar-benar telah berlaku" tambahnya lagi.TVS

Pendaftaran Pakatan Rakyat Petanda Evolusi Politik Tanah Air-Aziz Bari





Tindakan Pakatan Rakyat memohon secara rasmi untuk mendaftar sebagai sebuah parti mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.

Malah menurut pengamal perundangan, Profesor Aziz Bari, sudah sampai masanya kematangan Pakatan diterjemahkan melalui cara ini.

" Dalam rangka kita hendak mewujudkan sistem dua parti daripada perspektif rakyat, ini benda yang tidak dapat tidak atau pun mesti dilakukan kerana ini adalah kesempatan terbaik dalam tempoh lebih 50 tahun negara merdeka".

Ujarnya tindakan Pakatan Rakyat itu juga memudahkan rakyat untuk membuat dua pilihan yang jelas.

" Bersedia atau tidak, saya tidak rasa ia bukanlah perkara yang terlalu penting, yang penting sudah ada dan sudah nampak potensinya. Apa yang menjadi masalah saya rasa halangan dan sekatan" tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Aziz berpendapat tindakan Pendaftar Pertubuhan dilihat sebagai terpaksa kerana desakan rakyat yang memerlukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

" Saya merasakan pendaftar pertubuhan itu sendiri semacam terpaksa dan kalau kita bercakap dari sudut perundangan, ini hak rakyat dan bukan kuasa mereka. Jadi tidak perlu berterima kasih kepada pendaftar kerana ini bukan bersifat ihsan, ini memang sesuatu yang memang hak rakyat".

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP.

Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya dan juga permasalahan kecil yang melibatkan ikatan rasmi ketiga-tiga parti ituTVS

PGSM dan Dr Asri berdamai

DAMAI... Pertemuan tertutup antara bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz; dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip di salah sebuah hotel di ibu negara hari ini berjaya mencapai keputusan positif.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu.

PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.

"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata, beliau akan memberi komen berhubung perkara ini setelah melihat sendiri permohonan maaf itu secara rasmi.

"Saya hanya akan beri komen setelah melihat permohonan maaf itu secara hitam putih," katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini Mohd Asri mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Isa, Jamil Khir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara hari ini.

Pertemuan itu dalam usaha untuk menyelesaikan apa jua salah faham di antara mereka dalam suasana harmoni dan baik.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan mStar Online di Menara Star hari ini, Mohd Asri berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati bak seperti kata pepatah Melayu; “Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Bagaimanapun Mohd Asri enggan mengulas lanjut mengenainya sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang lain yang turut terlibat dalam pertemuan itu.

Pendekatan ini katanya, bersesuaian dengan amalan dan ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya agar saling bermaaf-maafan dan menerima sesuatu perkara itu dalam keadaan berbaik sangka.

"Kami telah mengadakan pertemuan, saya harap sesuatu yang baik akan dapat dicapai daripada pertemuan ini... kita tunggu sahaja berita dari pihak sana," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam itu.

Pertemuan ini dipercayai hasil daripada kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa sebelum ini yang sedia bersemuka dengan Mohd Asri bagi menjelaskan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas mufti itu.

Manakala penglibatan Jakim dalam pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariah kerana Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

Zamihan dipetik berkata, pengkhususan sebenar Mohd Asri ialah Bahasa Arab dan Sastera, bukan Syariah.

Mohd Asri, 38, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sebaliknya melabelkan kenyataan Zamihan sebagai satu fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, difahamkan juga penglibatan Jamil Khir dalam pertemuan tersebut adalah sebagai 'orang tengah' bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran isu berkenaan terutamanya dakwaan yang mengatakan Dr Asri adalah pengikut fahaman wahabi.mstar

Kes Rayuan Ds Nizar | Ada kelainan di Mahkamah Persekutuan pada hari ini

5 kerusi Hakim, menandakan lima Hakim akan memutuskan kes Menteri Besar Perak pada hari ini.

Ds. Nizar bersama dengan peguam Chan yang sampai pada jam 9.10 pagi tadi. Ramai wartawan yang menunggu ketibaan Ds. Nizar untuk merakamkan penghakiman yang bersejarah pada hari ini.

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili UMNO hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam UMNO cuma yang pasti ada kepentingan.

Keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah merekia sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti.

Bila bertanya secara jujur dengan hujjah yang dikemukakan oleh Peguam Hj. Sulaiman Abdullah dengan jelas membuktikan bahyawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah sehingga sekarang.

Apapun saya tidak selayaknya untuk mendahului keputusan mahkamah yang akan diumumkan mungkin pada hari ini atau setelah semua hujah kedua belah pihak didengar oleh 5 hakim yang ditetapkan.idhamlim.blogspot.com

Royalti Minyak Kelantan | PM ‘berbohong’ kepada Dewan Rakyat dan Rakyat Kelantan





Isu Royalti Petroleum: PM ‘berbohong’ kepada Dewan Rakyat dan Rakyat Kelantan – Soalan tambahan MP PAS Kubang Kerian kepada soalan asal No. 1. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tuntutan royalti minyak Kerajaan negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas. [4 November 2009]

Royalti minyak Kelantan, Tok Guru Nik Aziz tunai nazar tetapi terkilan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan Kerajaan Negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Katanya, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ihsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” katanya.

K:erajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

:Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.

:Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kerajaan Negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana wang ihsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.

“Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama UMNO Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ihsan,” katanya.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kel:antan (Kafa) berharap melalui pemberian wang ihsan itu, Kerajaan Negeri dapat menaik taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini yang agak uzur.- Bernama

4 melompat 2 letak jawatan,PKR akan perketat pemilihan calon wakil rakyat-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan terdapat segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, katanya, parti perlu memperhalus proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan.

“Saya tidak nafikan ada di kalangan wakil rakyat dari PKR tidak memberi khidmat dengan baik dan ada yang sudah melompat. Ini merupakan kesilapan parti memilih calon dahulu.

“Kita perlu perbaiki sistem pemilihan calon supaya dapat memastikan wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sejak Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, beberapa wakil rakyat pembangkang telah keluar dari parti. Yang terbaharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah.

Anwar berkata, beliau menemui Badrul Hisham 7 bulan lalu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya setelah terdapat laporan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa Badrul Hisham juga tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jangankan sidang DUN, saya sendiri datang ke kawasan beliau pun beliau tidak muncul. Saya tidak nafikan bahawa beliau tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya,” katanya.

Mengenai penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Anwar menyifatkannya tidak wajar kerana Asri layak beri ceramah agama.

Menurutnya, tujuan peraturan penceramah perlu mempunyai tauliah daripada kerajaan negeri adalah untuk memelihara Islam tetapi peraturan ini tidak perlu digunakan untuk menghalang seseorang mengeluarkan pendapat.

“Saya ada minta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid (Ibrahim) supaya, jika perlu, meminta penjelasan daripada Jabatan Agama sembahkannya ke hadapan Sultan Selangor.

“Ini supaya dapat memastikan hukum Islam dan perlaksanaannya itu tidak mencerminkan imej yang tidak baik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes tuduhan liwat yang dihadapi, Anwar pihaknya tidak melengahkan proses perbicaraan itu, tetapi pihak pendakwaan tidak mahu menyerahkan bukti dan dokumen yang diperlukan.

“Kita bukannya mahu semuanya, tetapi sebahagian bukti dan dokumen yang ada. Ini laporan polis pun tidak diberi,” katanya. SH

Mahkamah benarkan mayat Teoh Beng Hock digali semula




SHAH ALAM: Mahkamah koroner di sini, hari ini membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai proses bedah siasat itu, termasuk bila dan di mana ia akan dilakukan, hanya akan ditentukan oleh mahkamah Isnin depan.

Koroner Azmil Muntapha membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan keluarga Teoh untuk menggali semula mayat mendiang bagi menentukan punca sebenar kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu, yang ditemui mati selepas jatuh dari bangunan Plaza Masalam di sini, Julai lalu.

Permohonan itu dibuat berikutan keterangan Dr Pornthip di mahkamah yang mendakwa terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan daripada segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.

"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memohon mahkamah supaya membenarkan Dr Pornthip menghadiri proses bedah siasat itu dan membuat pemerhatian bagi membolehkannya menyediakan laporan forensik.

"Kami juga memohon supaya Dr Pornthip dibenarkan untuk memberi keterangan sekali lagi ke mahkamah ini dan membentangkan hasil laporan forensiknya.

"Kami merasakan pendapat Dr Pornthip adalah amat relevan dalam prosiding inkues ini bagi membantu mahkamah membuat penemuan mengenai sebab-sebab kematian mendiang dan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematiannya," kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa Dr Pornthip sedia menghadiri bedah siasat bermula 14 Nov depan. BERNAMA