Jumaat, 23 Oktober 2009
Pemuda Pas Terengganu setuju Muktamar Khas di adakan sekiranya menepati Peruntukan Perlembagaan Pas
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline sebagai respon kepada perkara yang dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
”Kita tidak ada masalah, menyokong, sekiranya ia bertepatan dengan memenuhi kehendak menurut peruntukan perlembagaan PAS,”ujarnya.
Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.
Fasal tersebut menyatakan lagi, maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam posting terbarunya dalam laman weblognya www.blogtokguru.com. menyokong saranan seorang ahli akademik Dr Abdul Aziz Bari.
”Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16,” tulisnya, sebagaimana yang tedapat dalam lam weblog itu.
Tulisan Dr. Aziz Bari telah mendapat perhatian dan respon pro dan kontra dari beberapa pihak dalam PAS, termasuk dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Institut Kajian Polisi Negeri Terengganu (IKPNT) yang disiarkan dalam laman ini dua hari lalu.
Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Nor berkata Dewan Pemuda PAS Pusat akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan perkara tersebut.BO
Tian Chua masih Ahli Parlimen Batu-SPR
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Tian Chua masih kekal sebagai anggota Parlimen Batu selagi proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret semalam, belum selesai.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Tian Chua atau Chua Tian Chang yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.
"Saya difahamkan daripada media bahawa beliau akan memfailkan rayuan. Setakat yang kami tahu, proses (rayuan) itu belum muktamad. Jadi beliau masih kekal sebagai anggota Parlimen," katanya.
Keputusan mahkamah itu boleh menyebabkan Tian Chua kehilangan kerusi Parlimennya kerana mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang itu hilang kelayakan menjadi Anggota Parlimen jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Abdul Aziz berkata walaupun SPR memantau kes itu, ia akan hanya bertindak setelah menerima laporan rasmi daripada Speaker Parlimen mengenai perkara itu. BERNAMA
Anwar Ibrahim di Parlimen
Ketua Pembangkang: Etka tidak bermakna jika Hakim ... (1) - Dato' Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] membahaskan Rang Undang-Undang Etika Hakim 2008. jiwokelate 2009
Kita luluskan perumahan Tentera antara terbesar-Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang: Kita luluskan perumahan Tentera antara terbesar - Dato' Seri Anwar Ibrahim [PKR Permatang Pauh] mencelah ucapan BN Hulu Terengganu membahaskan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani.jiwoKelate 2009
Pengurusan Ladang Rakyat Terengganu jangan anayai orang kampung
SETIU – Sekumpulan 20 orang penduduk Kampung Lingai, Batu Rakit, berkumpul di hadapan pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) di Lembah Bidong disini, semalam, meminta pihak pengurusan ladang milik kerajaan negeri itu supaya jangan menganiayai mereka.
Wakil kumpulan tersebut Shafie Ngah, 52, berkata pihak pengurusan LRTSB sepatutnya menggunakan ’budi bicara’ berbincang dan memaklumkan sebarang tindakan dengan penduduk kampung supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Katanya beberapa penduduk kampung telah menerima kesusahan akibat dari tindakan pihak LRTSB yang ’seolah-olah’ sengaja menggali parit di laluan yang digunakan oleh orang kampung untuk mengail dikawasan ladang tersebut.
”Jalan (yang digunakan orang kampung) dia (LRTSB) gali parit, motosikal duduk dalam (kawasan ladang) tempat orang mengail,
”Kemudian puak-puak ni (orang kampung) tengok balik jalan orang dah gali (parit), (jatuh) dalam parit dua tiga orang, (terpaksa) usung motosikal, (kerana) tak sedar parit telah digali,”katanya.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Razali (Pok Li), 60, memberitahu, beliau telah terjatuh ke dalam parit kerana tidak menyedari laluan motosikalnya telah digali parit. (Gambar kanan - Shafie Ngah)
”Jalan dia korek parit, balik malam, jatuh parit, hala pergi tak ada apa-apa, hala balik tiba-tiba ada parit,”rungut Pok Li yang menceritakan kesusahan yang dialaminya.
Katanya parit tersebut digali sewaktu maghrib menyebabkan penduduk kampung yang pulang dari mengail pada waktu malam terjatuh.
Menurut Shafie, pihak LRTSB bertindak demikian kerana tidak membenarkan penduduk kampung masuk kedalam kawasan ladang untuk mengail ikan.
Katanya, sebelum ini, pihak LRTSB tidak menyekat keluar masuk orang kampung ke kawasan tersebut yang telah menjadi tempat sumber rezeki mereka.
”Sebelum ini, masa kita dulu (masa PAS perintah) bebaslah, kita boleh pergi (mengail), sejak dia (BN) perintah ni, keras sangat ni,”ujarnya. (Gambar kiri - Dato' Abu Bakar bersalaman dengan Pengurus Ladang, En manaf bin Bedo)
Katanya, pihaknya hadir ke pejabat LRTSB, untuk memohon dan merayu supaya orang kampung dibenarkan meneruskan aktiviti mengail di kawasan ladang tersebut.
Beliau menegaskan, aktiviti mengail merupa punca rezeki orang kampung yang telah diamalkan ’turun temurun’ sejak zaman ’orang tua-tua’ dulu.
”Kita nak minta, merayu kepada dia (LRTSB) maknanya (supaya) boleh mengail macam biasa, nak cari makan, bukan nak buat rosak kelapa sawit,
”daripada dulu lagi kita masuk (kawasan tersebut) daripada ’orang tua dulu’ lagi (sebelum ladang dibagunkan),”jelas Shafie.
Oleh yang demikian, satu perbincangan telah diadakan diantara penduduk kampung dengan pihak pengurusan ladang hasil inisiatif bekas Pengerusi LRT, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang kebetulan mengadakan lawatan ke kawasan Batu Rakit.
Dalam pertemuan itu, Pengurus Ladang, Encik Manaf bin Bedo, bagaimana pun bertegas tidak membenarkan orang-orang kampung masuk ke kawasan ladang.
Katanya, ia adalah kerana faktor-faktor kawalan dan keselamatan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran dan kecurian buah kelapa sawit.
”Kita tidak boleh benarkan kerana, yang pertama sekali tentang kebakaran, yang kedua kecurian,”ujarnya.
Walau bagaimana pun, Encik Manaf mengakui belum ada bukti berlakunya kebakaran yang berpunca dari kegiatan mengail orang kampung.
Beliau turut mengesahkan sehingga kini, belum ada kecurian buah kelapa sawit yang berlaku dikawasan ladang tersebut.
Justeru, beliau bersetuju menerima surat rayuan dari penduduk dan akan mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk dengan Pengerusi LRTSB, Wan Mohd Nizam, dipejabat LRTSB Kuala Ibai, bagi menyelesaikan perkara berkenaan,BO