Jumaat, 9 Oktober 2009

Waran tangkap untuk Salahudin Ayub? TV3 berbohong!!!


Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno


TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

Umno yang gagal bukan Pas Kelantan-Tok Guru










KUALA LUMPUR, 9 Okt:
"Jika ingin melihat contoh parti yang gagal melaksanakan tanggungjawab pada rakyat serta bercelaru di Negara ini, ianya adalah parti Umno dan rakan rakan dalam Barisan Nasional (BN)".

Itu antara reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS.

"Jika dia (Muhyiddin) kata rujuk Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS, saya pula nak kata Umno dan BN contoh parti yang bercelaru serta membawa banyak masaalah," ujarnya kepada media di pejabatnya semalam.

Muhyiddin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tuan Guru bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin itu sambil menyifatkan orang nombor dua pemimpin Negara itu sebagai sengaja ingin �membutakan mata� bagi menutup kemajuan serta pembangunan pesat Kelantan.

Sambungnya, beliau hanya ingin memberikan jawapan yang sama sebagaimana menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang turut mendakwa perkara yang sama.

Tambahnya, sekiranya Kelantan mundur serta kuasa membeli rakyat rendah, pelabur tentunya tidak akan melabur lagi di negeri itu.

"Kenapa nak cari nahas kerugian kalau Kelantan mundur,�soalnya.

Menurutnya lagi, kerana Kelantan semakin maju antaranya boleh dilihat pada pasaraya besar sebagaimana yang terdapat di negeri lain seperti Tesco, Giant, Parkson, juga turut terdapat disini disamping pasaraya lain seperti The Store, Pasiffic, Billion, Pantai Timur Hypermarket dan lain lain lagi.

Sambungnya, beliau juga dijangka akan merasmikan sebuah pasaraya baru Nirwana minggu hadapan.

Beliau juga turut menambah, kerana kemajuan juga bank yang berteraskan Islam di negeri itu semakin bertambah ekoran kesungguhan kerajaan negeri yang mengutamakan dasar Islam pada pentadbirannya.

"Jika sebelum ini hanya ada Bank Islam, namun kini bank bank lain juga turut menggunakan kaedah Islam dalam usaha memberi peluang pada masyarakat menggunakannya tanpa riba,"ujarnya lagi._harakahdaily

(Video) Tok Guru Nik Aziz bersama pengundi Cina di Bagan Pinang


Video oleh: Buletinonline


Tonggak kekuatan Pakatan.


Kedatangan Tok Guru di sambut meriah oleh semua kaum.Org cina salam siap cium tangan. Wow!! amazing.


Hentikan Undi Pos serta merta-Salahudin


TELUK KEMANG, 9 Okt: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari penamaan calon.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi�"

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun; didapati terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Dalam kes yang berkaitan, Salehuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salehuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salehuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir.

Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini._harakahdaily

PRK bagan Pinang | Zulkifli tinjau proses pengundian Undi Pos


PUSASDA, TELUK KEMANG - Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera.

Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.

“Sambutan luar biasa ini juga membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa undi tentera hanya milik Barisan Nasional adalah omongan kosong”.


“Ini terbukti apabila Zulkifli Mohd Omar memasuki dewan pengundian, ramai anggota tentera yang berbaris dan bersalaman dengan beliau”.


Kata Hj Anwar Hashim lagi, beliau diberitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera turut mengambil peluang tersebut dengan bertegur sapa dengan Zulkifli Mohd Omar lalu mengucapkan “syabas” dan “meminta calon PAS meneruskan perjuangan”.

Sementara itu, Pemuda PAS semalam mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Walau bagaimanapun, kata Hj Anwar Hashim, dengan sambutan hangat terhadap calon PAS, Zulkifli Mohd Omar semasa anggota tentera membuang undi pos tersebut menunjukkan bahawa mereka menolak rasuah.

“Ia juga membawa erti bahawa anggota tentera memilih calon yang lebih bersih berbanding calon yang tercemar”, tambahnya.BO

PRK Bagan Pinang | Komposer terkenal berkempen untuk Pas









Di pagi Jumaat yang mulia ini,ibu segala hari ambo bawakan lagu berunsur islam yang begitu menghiburkan untuk renungan kita bersama.Dengarkan Komposer Pak Long, pencipta lagu Al Jannatu, nyanyian Mawi menghiburkan pengundi DUN bagan Pinang di UPU Taman Estern pada 5 Oktober 2009 sambil melancarkan albumnya Selagi Ada Rindu.jiwokelate 2009