Sabtu, 3 Oktober 2009

ISA: Cadangan Mahathir tak masuk akal-Presiden GMI





Puluhan ribu rakyat Malaysia membanjiri Ibu Negara bagi menyertai Himpunan Mansuh ISA pada Ogos lalu.

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun mendapat perhatian orang ramai.

Menurut Presiden Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh berkata syor tempoh tahanan ISA satu tahun tersebut merupakan saranan yang tidak rasional dan praktikal jika ianya diwujudkan juga.

“Saya kira pertamanya, Dr. Mahathir adalah orang yang paling tidak layak sekarang untuk bercakap sama ada wajar atau tidak atau sama ada boleh dipendekkan atau tidak.

“Bagi GMI, saranan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya ISA dimansuhkan adalah lebih munasabah dan berperikemanusiaan.

“Jadi bagi saya wajar satu tahun atau dua tahun bukan soalan dipersoalkannya tapi yang sebenarnya adalah wajarkah ISA ini diwujudkan atau pun tidak kerana bagi GMI sendiri seorang itu tidak boleh ditahan tanpa bicara walaupun satu hari,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa soal berapa hari pun tempoh tahanan seharusnya tidak dijadikan agenda pihak tertentu ekoran pada asasnya apa yang lebih penting ialah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Jadi proses sekarang di bawah ISA tidak wujud wuang sama sekali jadi soal dua tahun, satu tahun atau pun enam tahun mahupun sebulan, bagi kita itu adalah soal praktikal bagi soal fundamental, soal asasnya adakah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Sepatutnya ruang pembelaan, penahanan dan ruang keadilan itu juga diberikan kepada seseorang dan kalau didapati bersalah sebelum dibicarakan, maka ia layak dihukum tetapi selagi itu tidak berlaku, seseorang itu tidak dibolehkan biar ditahan walaupun satu hari,” katanya.

Ibrahim menambah terdapat dua perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam hal ini iaitu soal keselamatan dan soal keadilan.

“Ada dua perkara penting di situ, soal keselamatan negara dan soal keadilan. Dalam soal keadilan ianya adalah sesuatu yang tinggilah dalam menentukan sesuatu undang-undang ataupun menentukan satu prosedur, proses dan sebagainya.

“Keadilan itu adalah tertinggi yang sebenarnya. Maknanya ianya tidak boleh digadaikan atas dasar untuk semata-mata atas isu keselamatan. Kalau pun kita membincangkan isu tentang keselamatan dan kestabilan negara, kita perlu melihat supaya peraturan dan undang-undang itu supaya ianya tidak memberikan atau menafikan hak keadilan dan juga hak seseorang,” katanya.

Difahamkan setakat ini terdapat lebih daripada 17,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang telah dianiaya oleh akta ISA ini semenjak ianya diwujudkan.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut sama ada boleh ISA digantikan dengan perbicaraan mahkamah, beliau berkata di negara ini terdapat undang-undang penjenayah tertentu yang boleh memahami kes-kes keganasan.

Jelasnya, undang-undang ini seharusnya diberikan peluang untuk berdiri dengan sendiri.

“Bagi kami kalau ISA hendak digantikan dengan perbicaraan sebenarnya boleh dan buat masa ini sebenarnya kita ada undang-undang criminal prosedur code yang boleh memahami kes-kes keganasan cumanya adakah kebijaksanaan di pihak peguam negara mahupun di pihak perundangan kita untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada ini.

“Kalau ada political will pun dengan kehendak politiknya yang kuat, perkara ini boleh dilakukan tinggal lagi ianya tidak dibuat satu kajian yang betul dan terperinci untuk digunakan undang-undang sedia ada dan kemudian melepaskan atau memansuhkan ISA,” katanya.TVA

Prk Bagan Pinang: Pas hadapi laluan sukar?

Penamaan Calon Prk Bagan Pinang:Tuan Guru Presiden mengetuai perarakan mengiringi calon Pas Zulkifli Mohd Omar.

PORT DICKSON: PAS mengakui populariti yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad menyukarkan partinya untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Bagaimanapun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin satu lonjakan sokongan akan berlaku dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita menyedari untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang, kita akan berusaha," katanya ketika ditemui pada proses penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan dua penjuru antara BN dan PAS.

PAS diwakili oleh Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Mengulas lanjut mengenai peluang PAS untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang yang menjadi kubu kuat BN selama ini, Abdul Hadi berkata, berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, beliau yakin sokongan pengundi akan beralih kepada partinya.

"Kita lihak corak sokongan pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kita dapat pertambahan sokongan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008...jadi tak mustahil ia akan berlaku di Bagan Pinang.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kita boleh menang," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Dalam pada itu Abdul Hadi turut menasihatkan para penyokong serta penceramah PAS supaya berkempen secara berhemah dan bermoral.

"Kita ada akhlak dan moral kita dalam berkempen yang berbeza dengan orang lain... jawatankuasa khas yang mengendalikan pilihan raya ini akan memastikan semuanya berjalankan dengan baik," katanya.mstar

Video dan gambar hari Penamaan Calon PRK Bagan Pinang







Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS




















































sumber:http://baganutama.blogspot.com

Terkini(Video): Pas/Umno satu lawan satu di Bagan Pinang



PORT DICKSON: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil, Abdul Wahab Shamsuddin sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang setelah masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi tadi.

Pada pilihan raya kecil tersebut, BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.mstar

Terkini(Video): Penamaan calon PRK Bagan Pinang




PORT DICKSON: Sehingga tamat tempoh proses pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada pukul 10 pagi tadi, hanya dua calon yang menghantar borang pencalonan mereka iaitu daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Perkara itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin selepas tempoh penyerahan borang penamaan calon yang berlangsung selama sejam tamat sebentar tadi.

Borang pencalonan akan mula dipamerkan pada pukul 11 pagi bagi proses bantahan.

Sementara itu, hasrat bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon Bebas terkubur apabila beliau gagal mengemukakan borang yang lengkap.mstar

20 Tahun Sokong Pas:Rakyat Kelantan Tak Kebuluran





TELUK KEMANG – Ahli Parlimen Wanita PAS bagi Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mengajak para pengundi dalam DUN Bagan Pinang membuat perubahan dengan memilih calon PAS, Zulkefli Mohd Omar.

Beliau berkata orang-orang Kelntan telah membuat perubahan sejak 20 tahun yang lalu dan menempa kejayaan demi kejayaan duduk dibawah kerajaan PAS Kelantan.

”Saya minta pengundi-pengundi kita disini, jangan takut buat perubahan, kami di Kelantan sudah 20 tahun menolak UMNO dan Barisan Nasional,

”dan kita buktikan satu kejayaan demi satu kejayaan, dan kita tidak kebuluran kerana berpegang dengan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah di UPU Teluk Kemang dekat sini.

Menurutnya memilih wakil rakyat DUN Bagan Pinang yang baik amat penting kerana ia akan mentadbir lebih 13,000 pengundi di DUN Bagan Pinang sebagaimana kita memilih seorang yang baik untuk mengimamkan solat.

”Kalau kita nak pilih imam di masjid, imam di madrasah untuk kita ikut dibelakangnya semasa solat selama lima minit, kita pilih imam dikalangan orang yang baik akhlaknya, orang yang taqwa,

”sedangkan orang yang nak kita tabalkan menjadi yang berhormat bagi DUN Bagan Pinang ini, bukan lima minit kita nak ikut dibelakangnya,”jelasnya.

Katanya, sanggupkah kita menjadi makmum kepada imam yang rasuah ? Sudah tentu kita tidak sanggup menjadi makmum (pengikut) kepada pmimpin yang tidak amanah!BO