Rabu, 23 September 2009

Selamat Hari Raya-Jen Endoro | Nizar News




Selamat Hari Raya - Jen Endoro meraikan Anak Kelantan Perantauan dalam Majlis Mesra Aidil Fitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan pada 2 Syawal 1430/ 21 September 2009 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu.

Turut Hadir Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaakob dan para Exco Dato’ Husam Musa, Dato Mohd Amar, Dato’ Anuar Tan, Dato’ Takiyuddin Hassan, Mej (B) Md Anizam Abdul Rahman, Dr Fadli Hassan dan Che Abdullah Mat Nawi serta Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN.thinking of life

Warna warni Majlis Perkahwinan Ala Beris Pak Abu.

Selamat Pengantin Baru Nurul Shahida dan Ramali

Kerangka lembu Poksu Meli he..he..he..
Gotong royong untuk menyediakan jamuan tetamu.Amalan mulia yang masih di amalkan di Beris Pak Abu
Gulai kawah yang di sediakan secara gotong royong untuk tetamu,berbaju hitam Hj Said tukang masak gulai kawah tersohor Beris Pak Abu
Ketibaan rombongan pengantin lelaki
Tetamu di kalangan muslimin
Mengenal menantu,adat dalam majlis perkahwinan yang masih di amalkan di Besut dan Kelantan
  • Kiri sekali pengapit bagi pihak pengantin lelaki,kanan pengapit bagi pihak pengantin perempuan
Selamat pengantin baru,Nurul Shahida Ismail dan Ramali Bin Hassan
Antara tetamu di kalangan muslimat yang hadir
Para tetamu di kalangan muslimat sedang menjamu selera

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi anak saudara Ambo Nurul Shahida Ismail kerana di temukan jodoh oleh Allah.Beliau yang juga anak Ketua Cawangan Pas Beris Pak Abu Hj Ismail Hussain dan Hjh Aminah Muhammad (Kakak Ambo) bertemu jodoh dengan jejaka pilihan keluarga Ramali Hassan. Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah ini di hadiri hampir 500 tetamu.Dua ekor lembu di tumbangkan untuk jamuan kepada para tetamu. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NURUL SHAHIDA DAN RAMALI SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU.

Info
ringkas istilah berkaitan majlis perkahwinan dalam loghat Kelantan:
  • Tue khijo-Ibu atau bapa pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan.
  • Anok daro-Pengantin perempuan.
  • Anok tuno-Pengantin lelaki.
  • Bekwoh-Kenduri.
  • Jung kako-Pelayan tetamu
  • ngele-Duit yang akan di hadiahkan tetamu kepada "tue khijo".
  • ngenal-Pengiring pengantin lelaki dikalangan wanita akan bertemu dan menghadiahkan duit untuk pengantin perempuan.
  • nyambut nattu- Majlis menyambut ketibaan pengantin perempuan dan pengiringnya oleh pihak pengantin lelaki.
  • Par-Bekas yang di gunakan untuk meletakkan barang hantaran.
  • Make slerok-Makan secara layan diri.
  • Ngidae-Makan secara hidangan.
  • Blarok-Mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
P/S : Penduduk Besut bertutur dalam loghat Kelantan dan mengamalkan adat dan budaya Kelantan sepenuhnya.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

SPR harus baiki sistem undi Pos-Anwar | Nizar Zambry



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihanraya membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.

Beliau melahirkan rasa tidak senang dengan kaedah mencurigakan yang digunakan oleh SPR dalam mengendalikan pengundian pos.

Kata Anwar, sekiranya pengundian pos dijalankan secara telus dan adil, Pakatan Rakyat dapat memberikan saingan yang sengit terhadap Barisan Nasional walau siapa pun calon yang diletakan oleh parti perkauman itu semasa di Pilihanraya Bagan Pinang nanti.

"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung, pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.

Beliau ditemui dalam satu majlis terbuka Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor othman di Penanti. Turut hadir ke majlis rumah terbuka, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Haji Abas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Khamis lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malayasia (SPR) membantah penggunaan Borang 2, tempat mengundi dan kaedah berkempen untuk pengundi pos.

Memorandum berkenaan mendesak SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Pakatan Rakyat menegaskan peraturan mewajibkan pengundi pos mengisi Borang 2 merupakan satu pencabulan ke atas prinsip kerahsian undi. Pemuda PR melihat tiada sebarang alasan yang munasabah kenapa Borang 2 ini diperlukan, apatah lagi dengan mewajibkan pengundi pos mendedahkan nombor kertas undi yang diberikan kepadanya.

Peraturan Borang 2 ini juga jelas bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau agen untuk mendapatkan atau mendedahkan maklumat identiti pengundi dan juga nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi.TVA

Kelantan tetap tuntut royalti minyak-Tok Guru |Nizar


KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan masih tidak berputus asas dalam mengemukakan tuntutan royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun matlamat awal kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunggakan royalti minyak itu telah melepasi matlamatnya sebelum hari raya Aidilfitri.

“Kerajaan Negeri akan terus berikhtiar agar Allah membuka pintu hati pimpinan Kerajaan Pusat melunaskannya.

"Rundingan di peringkat pegawai kedua-dua pihak (kerajaan dan persekutuan) sedang dilakukan bagi memastikan kelancaran proses kelulusannya, bagi pihak saya, hanya mampu berdoa.

"Kita masih mengharapkan supaya rundingan untuk menyelesaikan isu royalti minyak antara kerajaan negeri dan pusat memberi kesan positif," kata beliau.

Mengenai kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed bahawa Kerajaan Pusat akan merangka lebih awal perancangan pembangunan untuk Kelantan bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Nik Aziz berkata, bagi pihak kerajaan negeri mengalu -alukan dan menyifatkan sebagai kenyataan positif.

Menurutnya, Kelantan sebagai salah sebuah negeri anggota persekutuan, negeri ini patut mendapat hak yang sama seperti negeri lain.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan itu baru-baru ini, bagi memastikan negeri itu tidak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain dalam tempoh pelan pembangunan lima tahun itu.

"Kita harap kenyataan pemimpin UMNO seperti itu menjadi kenyataan demi menolong rakyat dan negeri ini," kata Nik Aziz. - Bernama

Pemuda Pas sudah bosan dengan Pemuda Umno | Nizar lawan Zamri


PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, yang sebelum ini yakin pertemuan pertama wacana ilmiah dengan Pemuda Umno pusat dapat diadakan sebelum bulan Ramadan berkata, beliau "sudah bosan" dengan rakan sejawatannya dari Umno.

"Saya sudah bosan dengan helah bermadah daripada Pemuda Umno... kenapa tidak mengatakan persetujuan untuk mengadakan pertemuan?" kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

"Kami sudah lama menunggu... belum ada persetujuan... kalau Ketua Pemuda Umno hendak berdolak dalik, apa yang Pemuda PAS boleh buat?" kata Nasrudin lagi.

Sehubungan itu kata Nasrudin, beliau tidak lagi "bergantung harapan yang tinggi" bahawa wacana itu dapat diadakan.

Pada 20 Julai lalu, Nasrudin memberitahu mStar Online bahawa sekurang-kurangnya pertemuan pertama dapat diadakan bulan depan.

Dewan Pemuda PAS yang mengadakan mesyuarat selepas 26 Julai lalu telah membentuk sebuah jawatankuasa teknikal ke arah merealisasikan wacana membabitkan Pemuda PAS dan Umno.

Jawatankuasa teknikal itu membincangkan format, tempat dan masa wacana.

Surat berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa teknikal itu, yang sepatutnya disertai wakil Pemuda Umno dan PAS, dengan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, dikatakan telah dikemukakan kepada Sekretariat Pemuda Umno.

Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini, 1 Julai lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan.

Bagaimanapun kata Khairy, Nasrudin sepatutnya menemuinya sendiri jika mahu membincangkan format wacana, bukannya melalui pihak ketiga.

Perkara-perkara yang dipersetujui untuk difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.mstar

Nizar seru rakyat Perak buat perubahan besar besaran | Nizar lawan Zamri


IPOH, 23 SEPT:Bagi mantan Menteri Besar Perak Pakatan Rakayat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Syawal ini perlu dijadikan iktibar dan persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat.


Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis.

"Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zalim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, polis dan kehakiman.

"Tolak mana-mana yang berjuang di atas prinsip perkauman dan 'assobiyah' kerana itu tiada tempat dalam Islam.

"Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalangannya mereka yang hidup-matinya, perjuangannya kerana bangsanya atau kaumnya," jelas Nizar dalam perutusan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam perutusannya itu, beliau merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Katanya hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

"Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

"Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya," katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

"Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

"Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!" katanya dalam perutusan tersebut. _harakahdaily