Khamis, 13 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Kes Hassan Ali dan Ronnie Liu selesai

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu. Image

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. - azm

Harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Lawak bodoh dari Zamri

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V.Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lepas apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga anggota DUN kawasan Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

"Dia cuma mahukan saya memberi respons dan keutamaan komen kepada dia saja. Saya rasa tidak perlulah sebab saya tidak pernah iktiraf dia pun, sebelum (melantik Speaker) yang baru memang ya, tetapi selepas itu saya tidak pernah lagi iktiraf dia.

"Jadi saya tidak mahu tahu apa yang dia lakukan, sebab itu saya kata 'Siva oh! Siva', saya kasihankan dia, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan memperkasa dan insentif kepada Persatuan Belia Negeri Perak di kediaman rasmi di sini hari ini.

Semalam, Sivakumar yang juga Adun Tronoh dan bekas Speaker mengumumkan penggantungan Zambry selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Sivakumar yang masih menganggap dirinya sebagai Speaker dan mengetuai sebuah jawatankuasa yang dipanggil 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan' itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.

Selain itu, Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Zambry juga berkata pakatan pembangkang hanya mahu menunjukkan bahawa keadaan di Perak tidak stabil dan rakyat berada dalam keadaan tidak aman.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi mereka. Saya yakin mereka tahu bahawa kerajaan di Perak hari ini berada dalam keadaan baik, ekonomi mula rancak dan pelabur mula datang. Jadi, bagi mereka langkah terbaik untuk 'menggoncang' semua ini adalah melalui keadaan huru-hara sana sini di mana orang ramai akan merasa tidak selamat," katanya.

Katanya beliau tidak mahu terpengaruh dengan 'rentak tarian' yang dimainkan Sivakumar dan pakatan pembangkang kerana semua tindakan mereka adalah taktik 'perang psikologi'.

Ketika ditanya mengenai persidangan DUN akan datang yang dijangka lebih 'panas', beliau berkata pihak kerajaan melakukan apa yang terbaik.

"Biarkan mereka dengan apa yang nak jadi, apapun kita buat dengan cara terbaik. Seluruh dunia menyaksikan siapa yang memulakan dulu (pada sidang DUN 7 Mei lepas). Siapa yang mula menyeberangi kawasan kita...mereka tidak pernah menyatakan tindakan ganas mereka," katanya.

Semalam, bekas Speaker itu turut mengumumkan 'persidangan DUN Perak' akan diadakan pada 2 September ini pada 10 pagi dan sidang itu tidak perlu mendapat perkenan Sultan Perak kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan beliau mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.BERNAMA

Sekali lagi Zamri buat lawak bodohnya.Apakah seorang yang berpendidikan tinggi seperti beliau cuba memmperbodohkan rakyat sekali lagi.Manusia yang paling gila kuasa di Malaysia ini meraban sekali lagi.Ya gila kuasa,kalau beliau tidak gila kuasa tentunya beliau membubarkan Dun Perak dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.Beliau sememangnya bacul.Setahu Ambo seseorang Speaker hanya boleh di lucutkan jawatan melalui undi dalam sidang Dun.Ha..ha..ha..bodohnya Zamri,berapa lama masa yang diambil oleh BN untuk mengadakan sidang Dun selepas merampas Perak secara haram.Dan Sivakumar masih Speaker yang sah semasa mereka merampas Perak ha..ha..ha..sekali lagi bodohnya Zamri.Apakah undi yang dibuat terhadap Sivakumar semasa sidang Dun Perak yang kecoh itu sah.Sedangkan Duli Tuanku Raja Nazrin belum merasmikan sidang,ha..ha..ha..dan sekali lagi bodohnya Zamri.Lawak sungguh...lawak...

Zamri lawan Nizar:Perginya Ust Asri Rabbani

Takziah Ustaz Asri 'pergi tak kembali'


Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvT9Z0Tc_L0bevw-6aaU32eRk9-7XzLFNZgBalVN0z1L-NnwftL8JGIo_5apF2V7EneKGdIfGMKb1A3jtVeNftSlJMgOQoY1Zv8LvVhn03o200s2Ll3i3JmIK_4n1GB1W_pVnPbGJOuwhf/s400/Rabbani+Nadamurni.jpg

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana Ke Mana' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.Pemuda Besut

Zamri lawan Nizar:Bukan Nordin M.Top tapi Ibrahim




J AK ARTA - Polis Indonesia hari ini mengesahkan mayat lelaki yang ditembak mati di Teman ggung pad a Sabtu lalu bukan Noordin Mat Top tetapi sebaliknya pengganas lain yang dikenali sebagai Ibro him.
:Ibro him, 37, dipercayai suspek utama yang merancang dan mengatur serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton pada 17 Julai lalu.
:Menur ut, Ketua Pusat Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Eddy Saparwoko, pengesahan identiti Ibrohim adalah hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu.

:Eddy berkata, ujian DNA dengan sampel daripada keluarga Noordin didapati tidak padan tetapi sebaliknya padan dengan sampel daripada anak lelaki dan perempuan Ibrohim yang tinggal di Kuningan dan dengan itu mayat berkenaan disahkan sebagai Ibrohim.
:Menurut polis, Ibrohim yang bekerja sebagai penata bunga di hotel JW Marriott dan menghilang sejak 17 Julai menjadi buruan kerana disyaki membawa bom dalam tiga kotak masuk ke hotel itu dengan menggunakan van pengangkut bunganya.
:Pada sidang media itu juga polis mengumumkan hasil ujian DNA ke atas Dani Permana, yang berasal dari Bogor, disahkan sebagai pengebom di Hotel JW Marriott.
:Dua ujian DNA yang sudah selesai dijalankan juga mengesahkan bahawa pengganas yang ditembak mati dalam satu lagi operasi di Bekasi pada 8 Ogos lalu di mana polis turut menjumpai 500 kilogram bahan peledak, ialah Air Setiawan, 28, dan Eko Joko Santoso, 27.
:Menurut Ketua Perhubungan Awam Markas Besar Polis Indonesia, Nanan Soekarna, Air juga terlibat dalam pengeboman di kedutaan Australia pada 2003 sementara Eko merupakan pembuat bom yang digunakan dalam letupan di kedua-dua hotel mewah itu.
:Nanan bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan untuk memburu Noordin dan anggota kumpulan pengganasnya, tetapi berkata beliau percaya Noordin masih berada di Indonesia.
:“Sekarang fokus polis bukan terhadap Noordin sahaja tetapi juga merangkumi orang lain yang direkrut olehnya,” kata beliau. Sinarharian

Zamri lawan Nizar:Lucut kerakyataan hina Sultan-Harussani

Mesra bagai isi dengan kuku

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.utusan

Nampaknya Mufti Perak ini terus menyerang Pakatan,ambo syorkan beliau letak jawatan dan jadi ahli politik.Kalau dah gian sangat bertanding je di Permatang Pasir habis cerita.Negara ini ada undang undang,dakwalah di mahkamah mereka menghina raja.Dan bagaimana pula mereka yang hina islam?bila Tok Peti kita ini nak nasihat Rosmah supaya mengenakan tudung dan ambo nak tanya apa hukumnya perempuan yang mendedahkan aurat.Dan mana lebih besar dosa mereka yang hina raja dan hina Allah.Sesungguhnya menolak hukum Allah itu sebesar besar dosa dan apa pendirian Harussani.Kita semua tahu golongan yang menolak hukum Allah,tak payahlah ambo sebutkan di sini.Nampaknya Tok Peti ini selesa bersama mereka.Untuk merungkaikan permasaalahan umat islam di negara ini,ambo cadangkan satu debat antara Harussani dan mana mana Ulama Pas di adakan.TV 9,bila lagi inilah masanya....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT


Zamri lawan Nizar:Negeri PAKATAN mesti lebih baik




Oleh Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Alhamdulillah , PRU ke 12 lalu menyaksikan Pakatan Rakyat menang bergaya . 5 buah negeri termasuk Kelantan yang berjaya dipertahankan sejak 18 tahun yang lalu sebelum Perak dirampas secara tidak bertamaddun oleh UMNO dan BN.

2. Kemenangan adalah ujian . Apakah kemenangan itu akan menjadikan kita bersyukur lalu kita tunai amanah dan tanggungjawab dengan sejujurnya atau kita kufur dengan kita mengabaikan amanah dan menjadikan kita tidak jauh beza dari kerajaan UMNO dan BN yang berjaya ditumbangkan itu.


3. Apabila kita menentang UMNO dan bersaing dengan mereka di dalam pilihanraya ertinya paling tidak kita mahu berbeza dengan UMNO atau kita mesti menjadi lebih baik dari UMNO . Berbeza dan lebih baik dari aspek moral pemerintahan dan pentadbiran samaada politik , ekonomi mahupun sosial .

4. Justeru itu , kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun memasuki tahun kedua , mestilah mempunyai pelan besar dan jelas untuk beranjak dan bergerak jauh kehadapan untuk menjadi lebih baik dari pemerintahan UMNO dan BN sebelumnya .

5. Tentu sukar dan masih terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Rakyat berubah dalam semua perkara , tetapi Pakatan Rakyat boleh bermula dalam perkara asas yang telah dipersetujui oleh semua parti secara asasnya dan kemudian secara sistematik bergerak perlahan tetapi terancang untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan akhirnya layak serta wajar disokong oleh seluruh rakyat negara ini yang inginkan keadilan , keamanan dan kesejahteraan

6. Bermula dengan rasuah yang mesti dihapuskan secara total kerana tiada siapa yang boleh membenarkan rasuah lantaran ia adalah amalan keji yang boleh meruntuhkan tamaddun atau peradaban manusia . Kemudian bertindak tegas terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran atau pemerintahan setelah kuasa kerajaan berada di tangan . Seluruh pemimpin Pakatan Rakyat khasnya yang dipilih menjadi ADUN mestilah mempamerkan disiplin yang tinggi sebagai pemerintah , pengurus dan pentadbir kerajaan

7. Seterusnya , langkah cepat dan pantas mesti dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah mengekang pertumbuhan negatif dalam gejala sosial hari ini . Kerana , apabila kita menjadi kerajaan , maka politik bukan lagi segala - galanya tetapi juga mesti dilihat kepada kebajikan dan kawalan sosial agar rakyat tidak terjebak dan terdedah kepada risiko yang kelak tidak lagi mampu dibendung .

8. Pertumbuhan negatif pada sosial dan budaya masyarakat hari ini mencetus suasana tidak aman dan meletakkan rakyat rasa terancam ekoran jenayah , rompakan , ragut , rogol , seks bebas , pecah rumah , gengsterisme , perasugut dan 1001 penyakit yang berurutan dari pertumbuhan tersebut .

9. Ianya mesti ditangani secara bijak dan serius oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sekurang - kurangnya melalui dua usaha bersepadu .

Pertama : Pendidikan Minda Rakyat . Lakukannya secara terancang dan jujur serta bersungguh . Selain wujudnya institusi pendidikan secara langsung seperti sekolah , kolej dan universiti , kerjaan Pakatan Rakyat memerlukan satu institusi tidak langsung yang mampu turun dan serap ke segenap minda anggota masyarakat . Agar mereka menjadi rakyat yang benar - benar bertamaddun , bestari , tinggi moral , berintegriti dan maju .

Kedua : Penguatkuasaan peraturan atau undang - undang . Tentu sahaja terdapat mereka yang sukar dibentuk dan didisiplinkan melalui pendidikan , sebalik mereka perlu peraturan untuk mengekang kemahuan mereka yang salah sekaligus mendisiplinkan mereka . Pastikan segala punca yang mencetus minda dan jiwa salah [ kotor dan bhatil ] dalam diri masyarakat dapat disekat dan dihapuskan .

10. Sudah menjadi tanggungjawab pemerintah yang diberi mandat untuk memastikan segala kefasadan dan kemungkaran tidak berleluasa justeru ia merosakkan aqal budi , jiwa naluri dan peri laku seorang insan yang sepatutnya membesar dan dewasa dengan nilai fitrah yang suci .

Kefasadan dan kemungkaran yang membawa kepada kerosakan kepada aqal , jiwa dan akhlak tidak terhenti setakat arak atau minuman keras sahaja . Tetapi juga judi dengan segala jenisnya , kelab malam dengan segala bentuk operasi tidak bermoralnya , saloon dan rumah - rumah urut yang menawarkan khidmat seks atau perlakuan tidak bermoral , penjualan VCD lucah dan separa lucah yang beroperasi bebas , konsert artis yang keterlaluan dan pergaulan bebas serta penghamilan anak di luar nikah yang semakin rutin dan diterima sebagai hak individu dalam masyarakat .

Kerajaan Pakatan Rakyat dengan segala keupayaan dan kuasa yang dimiliki biarpun terhad , mestilah menggunakannya semaksima mungkin kuasa yang ada demi melahirkan sebuah negeri [ atau negara kelak - insyaallah ] bimbingan Pakatan Rakyat yang benar - benar berbeza malah jauh lebih baik dari kerajaan UMNO dan BN . Jangan nanti kita hanya berbeza pada nama sahaja . Mereka UMNO dan BN sementara kita ialah Pakatan Rakyat !

Nota Tambah :

1. Judi : hanya menjadikan rakyat hilang daya berdikari . hanya bergantung nasib pada daun terup atau buah dadu dan sebagainya . Kalah judi membawa kepada hutang dan perasugut untuk mendapatkan wang . Seringkali keluarga terabai malah terhimpit ditengah - tengah kesempitan hidup yang sengaja dicipta lalu mereka mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Selain agama mengharamkannya [ tiada agama yang menghalalkannya ] , ia adalah jenayah ekonomi dan sosial yang meruntuhkan peradaban manusia dan menjadi amalan mereka yang tidak beragama .

2. Arak : Menghilangkan aqal , sedang kemulian manusia terletak kepada kecerdasan dan kepintaran aqalnya .Aqal yang hilang dan rosak hanyalah menyamatarafkannya dengan binatang yang tidak berhak memiliki tamaddun apalagi menguasai sebuah kerajaan dan pemerintahan . Bagaimana mereka mahu memimpin insan yang beraqal demi menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kestabilan politik negara kalau mereka sendiri hilang [ tiada ] aqal . Hilang aqal atau mabuk boleh mencetus tindakan luar kawal dan dari sini jenayah selalu terjadi . Kalau memandu kereta sahaja dikira salah kerana mabuk apakah memandu dan memimpin rakyat tidak salah apabila mabuk [ hilang aqal ] justeru itu hapuskan arak .

3. Kelab Malam dan Pusat Hiburan : Ia adalah pusat nafsu bermaharaja lela . Inilah tempatnya di mana pil ectasy , syabu dan segala nama lain bagi dadah , arak membuih , tarian lucah serta berpelukan dan bertelanjangan sehingga ke awal pagi dalam sebuah kelab malah semua aktivitinya adalah aktiviti yang tidak bermoral . Layan nafsu dan curang terhadap rumahtangga . Malah mengeksplotasi wanita untuk menjadi alat pemuas nafsu lelaki jalang . Hilang maruah dan harga diri dijual dan dilacurkan demi sebuah kepuasan tanpa had.

4. Pergaulan dan Seks bebas : Menuju ke arah free sex dan melahirkan sebuah masyarakat yang tidak bermoral . Institusi kekeluargaan kian runtuh dan maruah diri menjadi rendah dan tergadai . Tiadalah kasih sayang justeru mereka bebas bergaul dan lebih cemar dunia ini apabila lahirnya anak tanpa bapa yang sah [ di luar nikah ] . Percubaan untuk menghalalkan kehamilan luar nikah adalah usaha dan percubaan yang tidak rasional dan bermoral . Selain bercanggah dengan agama , ia melambangkan peribadi yang tidak ada akhlak dan asas moral yang murni malah lebih ketara ialah bercanggah dengan adab dan adat ketimuran . Kalau pun tidak muslim , kita kan orang timur !


5. Konsert Artis yang Keterlaluan dan VCD Lucah : Hiburan tidaklah salah , tetapi yang salahnya ialah keterlaluan . Artis yang tampil dengan pendedahan aurat yang ketara , pula berpakaian seksi dan merangsang nafsu liar . Membina minda yang songsang dikalangan anak - anak muda yang memuja mereka sebagai artis . Begitulah juga kesan VCD lucah yang semakin berlambakan tanpa kawalan dan pembenterasan yang berkesan . Menjadikan rakyat beransur - ansur rasuk pemikiran kuning dan lucah