Khamis, 30 Julai 2009

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu

Usrah tetap di teruskan walaupun hujan,tahniah atas komitmen yang diberikan
Isu semasa lebih banyak membincangkan program yang akan di laksanakan
Demi menambahkan kemesraan dalam perjuangan

Roti canai je??? takpelah kami datang bukan untuk makan he..he..

Alhamdulillah minggu ini Usrah diteruskan walaupun hujan agak lebat.Sememangnya kami telah bersepakat walaupun apa yang terjadi Usrah kami tidak akan di abaikan sama sekali,walaupun dengan kehadiran 2 orang sekalipun ianya tetap diteruskan.Usrah ini adalah satu program yang paling penting bagi cawangan kami.Di sinilah kami berbincang tentang perjalanan dan hala tuju cawangan kami.

Minggu ini Usrah di adakan di rumah Ambo,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.Benar sememangnya rumah Ambo di kaki Bukit Puteri Jerteh Terengganu.Usrah minggu ini diadakan agak ringkas kerana kami di jemput membaca Surah Yaasin untuk salah seorang warga kampung kami yang uzur.Selepas tahlil yang ringkas kami terus kepada isu semasa.Kami hanyakan membincangkan program batu bata kami dan program menziarahi orang sakit.Semua setuju untuk menziarahi orang sakit sebaik sahaja selesai usrah.

P/S:Minggu depan usrah diadakan di Madrasah Hj Hussin sempena majlis jamuan bulanan Pas Beris Pak Abu.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Himpunan ISA Kenyataan media Ketua Penerangan Pas Perak



Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Hal atau haram disisi hukum Islam.Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di perak, dan kita berbangga kerananya.3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.Demikianlah kenyataan saya.30 July 2009Drs. Khalil Idham LimKetua penerangan PAS Perak.

Zamri lawan Nizar: BN larang kerjasama dengan Pakatan


Oleh Mat Zain Mat Isa

Sudah agak kerap kedengaran seruan oleh para pemimpin utama negara agar semua pihak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Sama ada Perdana Menteri atau timbalannya, kedua-dua mereka sering menyeru parti-parti pembangkang agar mengenepikan sentimen politik dan perbezaan lain.

Semua pihak disaran bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi negara. Dikatakan, fokus utama kini bukannya berpolitik sepanjang masa, tetapi menyelesaikan masalah rakyat, terutama dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dan sebagainya.

Agak muluk dan ikhlas bunyinya seruan itu. Malang bagi BN, khususnya Datuk Seri Najib Razak sendiri, apabila seruan beriya-iya terhadap parti-parti lawan itu rupa-rupanya masih gagal dihayati dan dipraktikkan anak-anak buahnya sendiri.

Tindakan terbaru oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar, yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali gus menjadikan seruan Najib itu suatu yang remeh dan tidak berwibawa.

Dalam kenyataan disiarkan akhbar 22 Julai lalu, menteri itu mengarahkan kakitangan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya di empat negeri Pakatan agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat pembangunan negeri, daerah atau kursus anjuran kerajaan negeri berkenaan.

Menurut Noh, arahan berkuat-kuasa serta-merta itu dilaksanakan berikutan kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan didakwanya gagal memberikan kerjasama kepada kementeriannya. Antara yang disebutnya termasuk tidak pernah menyalurkan peruntukan kewangan kepada jabatan dan agensi kementerian untuk menjalankan program dan projek berkaitan pembangunan pertanian dan masyarakat petani, nelayan dan penternak di negeri terbabit.

Arahan itu sedikit sebanyak menyukarkan rakyat memahami sikap dan pendirian sebenar BN dalam mencorakkan hubungan 'kerajaan dengan kerajaan' (G to G) dengan Pakatan. Sekejap dianjurkan kerjasama melangkaui batasan parti semata-mata untuk kepentingan rakyat. Kini datang pula larangan kerjasama itu diberikan walau pun ia jelas merugikan masyarakat.

Namun, bagi sesiapa yang mengenali Noh, kenyataan kerasnya Rabu lalu bukan perkara baru. Beliau memang antara pemimpin BN yang sering ada masalah untuk menzahirkan sikap kompromi dengan parti lawan.

Sebelum ini sudah banyak dipertikaikan tindakannya mensyaratkan perakuan pemimpin politik dalam pengagihan bantuan oleh jabatan dan agensi di bawah kementeriannya. Sebaik mengambil alih teraju kementerian itu, Noh telah memindahkan kuasa meluluskan bantuan atau memilih peserta program pertanian yang selama ini di tangan pegawai kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Arahan itu bukan sahaja mencabar profesionalisme penjawat awam, malah mendedahkan program kementerian kepada unsur salah guna kuasa dan diskriminasi atas merit politik.

Isu diskriminasi atau pemboikotan BN terhadap kerajaan negeri diperintah parti lawan adalah suatu yang sering dibangkit. Jika sejak dua dekad lalu hanya Kelantan dan Terengganu (ketika di bawah PAS) menjadi mangsa, tabiat buruk BN itu makin melebar selepas pilihan raya umum lalu.

Bekas Perdana Menteri pernah menegaskan kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan negeri yang dikuasai pembangkang dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Katanya, tidak akan ada sebarang diskriminasi atau pemboikotan BN terhadap kerajaan negeri diperintah Pakatan.

Bunyinya sangat adil dan bertanggungjawab. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Sebilangan kes dialami lima negeri (termasuk Perak) menjelaskan keadaan sebenar.

Antara contoh agak ketara, pada 2 April 2008, Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman mengumumkan kementeriannya membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) yang sudah dimeterai dengan Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak dapat bekerjasama dengan pembangkang.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa diwujudkan di bawah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan anggotanya akan dilantik kementerian. Manakala dana RM1 juta setahun yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri tersebut akan diberi kepada MTPN.

Apa yang berlaku terhadap program sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 satu lagi contoh betapa BN sangat serius meminggirkan negeri-negeri diperintah Pakatan.

Sambutan kemuncak perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun lalu mengikut perancangan awal sepatutnya diadakan di Kedah. Segala persiapan untuk sambutan itu telah dibuat. Namun ekoran perubahan tampuk pentadbiran negeri, ia dipindahkan ke Melaka pada saat akhir.

Satu lagi contoh agak klasik ialah dasar dibuat Ketua Menteri Melaka memboikot Kelantan dan Terengganu. Arahan yang dibuat pada April 2000 itu melarang kakitangan agensi kerajaan negerinya mengadakan lawatan rasmi ke dua negeri di perintah PAS itu. Sekatan di atas sentimen politik itu bagaimana pun gagal menjejaskan kedua-dua negeri tersebut.

Dengan perubahan pucuk kepimpinan BN dan seruan kerjasama lebih rancak kini, kita menyangka segala cerita perlakuan buruk BN yang mendiskriminasi dan memboikot Pakatan tadi akan menjadi akademik. Agak memeranjatkan, masih ada kalangan menteri yang mewarisi sikap primitif dan terlampau itu. - mks. _

Sumber: Detikdaily

Zamri lawan Nizar: Penyokong Pakatan,MIC bertembung

Foto The Star oleh Azhar Mahfof

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.

Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.

Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings.

Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.

Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.

Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.

Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.

Sumber:mStar Online

Zamri lawan Nizar: Pergi jahanam UMNO- Penjelasan Tok Guru.


Hujah 'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

sumber, Harakahdaily

Betul Tok Guru,betul amat tepat sekali.Sebelum ini bermacam tohmahan dilemparkan pada Tok Guru.Banyak kenyataan Tok Guru di putar belitkan.Apabila kena batang hidung sendiri nak terasa hati pula,puih apa punya UMNO.Yang terbaru Utusan Meloya,sampai mintak maap pun.Jangan biarkan Tok Guru,saman je, saman biar mereka sedar sikit.Saman Tok Guru biar mereka bengkrap.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT