Ahad, 26 Julai 2009

Zamri lawan Nizar:UMNO sambut baik langkah Tok Guru


PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyambut baik kesediaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melupakan sengketa dengan Umno sambil menegaskan "Umno tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan PAS."

"Kita menyambut baik apa yang dikatakan oleh Nik Aziz kerana selama ini halangan untuk PAS bincang dengan Umno adalah Nik Aziz.. jadi apabila beliau (Nik Aziz) telah menghulurkan salam, maka kita kena sambut baik dan pintu rundingan sentiasa terbuka.

"Saya yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno masih lagi membuka minda untuk kita duduk berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi.

"Tidak pernah dalam sejarah perpaduan itu merugikan dan tidak pernah dalam sejarah perpecahan itu menguntungkan," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Selayang di Selayang hari ini.

Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau bersedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.


Muhyiddin: Pertemuan serius dengan PAS dibincang MT Umno Jumaat

Pada majlis, Ahmad turut mengumumkan Program Inisiatif Tawan Selangor (PINTAS) untuk menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Menurutnya, langkah tersebut perlu dimulakan dari sekarang kerana Selangor merupakan sebuah negeri penting dan memiliki sumber kekayaan yang banyak berbanding negeri-negeri lain.

KOMEN BENDAHARI UMNO

Dalam pada itu, Bendahari Umno, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mahu kenyataan Nik Aziz itu dianggap sebagai suara parti, bukan individu.

Menteri Kewangan kedua itu berkata, sebelum ini Nik Aziz secara terang-terangan menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar parti itu baru-baru ini.

Nik Aziz juga, katanya, sebelum ini memberikan kritikan pedas terhadap Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikutan sokongannya terhadap idea kerajaan perpaduan.

Enggan pisang berbuah dua kali, Husni berkata, kenyataan itu seharusnya dinyatakan sebagai pendirian dan keputusan daripada parti bagi mengelak ia disalahgunakan untuk kepentingan politik dan individu semata-mata. "Bila betul dia (Nik Aziz) kata nak bersama Umno demi perpaduan ummah, dia kena bagi pendirian sebagai parti", kata beliau dipetik oleh Bernama selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kepong di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Nik Aziz supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya itu bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan anggota PAS.

Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu meminta Nik Aziz supaya tidak mengubah pendiriannya, meskipun mendapat desakan daripada mana-mana pihak.

SUMBER:mstar.com.my

Zamri lawan Nizar:Isu Pegang Lilin,Penjelasan Datuk Sri Nizar




Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.

”Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.

”Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohammad Nizar mengulas kenyataan Harun bahawa beliau tidak sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Selain kenyataan Harun, Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar Mohammad Nizar berdiri di sebelah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sambil memegang lilin.
Malah kata Harun, Pas sendiri telah membuat garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri para pemimpin serta ahli parti itu.

Pada masa sama, Harussani pula menyifatkan tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau tidak menyalahkan Harun, Zambry mahupun Harussani kerana membuat komen terhadapnya itu.

”Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah.
”Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul,” katanya.

Mohammad Nizar berkata, pemberita yang melaporkan berita salah itu membuat fitnah besar dan beliau akan menuntutnya semasa di akhirat.


sesamaislam

Pasca Manek Urai: Ibrahim Ali mahu cetus huru hara???



.KUALA LUMPUR, 25 Julai : - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara. Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) � dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA � mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu."Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah.Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Harakahdaily/-

Zamri lawan Nizar: Harussani dan orang politik


Zamri merayu supaya Harussani tidak dikritik kerana dia bukan ahli politik. Nampaknya Harussani kini perlu dibela oleh MB Umno itu dek serangan ke atasnya. Dia kelihatan seperti tidak lagi dihormati.

Banyak perkara yang kita boleh salut dengan Harussani. Antaranya, pendedahan murtad, ketegasannya menyanggah SIS, menentang Islam Liberal dan menghapuskan ajaran sesat.

Berbanding beberapa mufti seusianya di negara ini, dia dikira paling lantang.

Kelantangannya dalam beberapa hal menjadikan dia disukai oleh orang-orang Pas. Malah orang-orang Pas akan berduyun-duyun mengerumuni ceramahnya di masjid kerana terpukau dengan kelantangannya itu.

Orang Pas kebanyakannya tahu mufti ini bukan Pas. Malah beberapa pemimpin Pas pernah mengunjunginya dan berbindang dengannya. Mufti ini dihormati kerana pendiriannya selari dengan Pas dalam isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan Islam. Itu sahaja.

Namun selepas BN tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu, mufti ini nampaknya bukan bercakap membela Islam tetapi lebih untuk membela Umno. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyalahkan Nizar dan menyokong Zambry.

Sepatutnya beliau mengambil sikap menjadi pendamai dalam kemelut di Perak dan bukannya menyebelahi Umno. Beliau juga tidak perlu menyebelahi Pas. Kenyataannya yang menyalahkan Pas dalam insiden di Perak menghitamkan imejnya.

Beliau tidak perlu bekerja untuk Umno sama seperti beliau tidak perlu bekerja untuk Pas. Beliau boleh membela Islam dan mempertahankannya walau pun Perak dan negara ini diperintah oleh Pas. Justeru mengapa perlu beliau membela Umno?

Mungkin Mufti Kelantan tidak selantang Harussani, namun mufti itu lebih profesional. Setakat diketahui, beliau tidak pernah bercakap atas warna Pas walau pun sudah mencecah 20 tahun Kelantan diperintah oleh Pas. Begitu juga Mufti Selangor dan Kedah setakat ini.

Apabila mereka tidak mencelup diri dengan warna politik tertentu, maka mereka kekal dihormati dan disanjung oleh semua walau pun mereka tidak lantang.

Apabila Mufti Perak menentang Sure Heboh, melawan SIS, menghentam Islam Liberal, itu bukan bermakna beliau bersama Pas. Cuma sikap Mufti itu yang selari dengan Pas dalam isu-isu itu menjadikan dia disukai oleh Pas. Beberapa pemimpin Umno pula kritikal dengan mufti itu dalam isu itu.

Maksudnya yang menjadikan Harussani dan Pas kelihatan selari adalah isu yang ditangani dan pendirian terhadap isu-isu itu.

Tetapi apabila Mufti itu secara nyata bercakap bukan atas isu tetapi atas warna parti politik tertentu, maka dia dikira telah mengundang orang Pas untuk membentuk pendirian terhadapnya, Mufti Perak adalah Umno.

Apabila telah ada label itu, maka Mufti Perak perlu menerima hakikat bahawa dia akan disisihkan oleh orang Pas. Tidak mustahul kehebatannya membela Islam selama ini akan turut pudar ditelan warna Umno yang disokong dan dibelanya itu.

Justeru, sebelum warna kehebatannya pudar, Mufti Perak wajar membersihkan dirinya daripada warna Umno dan dia kembali kepada warna asalnya, warna pembela Islam.

Mufti Perak itu perlu tahu, Umno bukan pembela Islam.
- Zolkharnain Abidin