Sabtu, 25 Julai 2009

Pasca Manek Urai:Temu Mata Tuan Guru Presiden Dengan Pimpinan Pas Kawasan Besut

Tuan Guru Presiden sedang menyampaikan amanat kepada pimpinan Pas Kawasan Besut
Sebahagian daripada yang hadir
Antara AJK Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut yang hadir,termasuk ketuanya Puan Nafisah Ismail,tiga dari kanan
Tuan Guru bersama AJK Dewan Pemuda Pas kawasan Besut termasuk Ketuanya Ust Zulkifli Kadir,duduk empat dari kiri.Blogger Besut,admin PEMUDA BESUT berdiri empat dari kiri,admin KOTA PUTERA.NET duduk pertama dari kanan dan admin TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berdiri dua dari kiri.
Bersama AJK Pas Kawasan Besut,duduk lima dari kanan Penasihat Pas Kaw. Besut Datuk Hj Hussin Awang,Duduk empat dari kanan YDP Pas Kaw. Besut Ust W.Azhar W. Ahmad .Turut serta Ketua Dewan Muslimat Pas Kaw. Besut Puan Nafisah Ismail duduk dua dari kiri dan admin THINKING OF LIFE berdiri tiga dari kiri

Hari ini seluruh pimpinan Pas Kaw. Besut terdiri dari Jawatankuasa Kawasan,Urusan Ulama',Pemuda dan Muslimat berkesempatan mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Pas Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bertempat di Bangunan Pas Kawasan Besut.Pertemuan yang diadakan selepas solat maghrib itu sempena dengan kehadiran Tuan Guru ke Besut bagi menyampaikan Ceramah Perdana beliau bertempat di Belakang Masjid Bandar Jerteh.
Dalam kesempatan itu Tuan Guru sempat menyampaikan amanat pada seluruh Pimpinan Kaw. Besut yang hadir disamping menjawab tiga soalan yang di kemukakan kepada beliau.Majlis ini diakhiri dengan sembahyang isyak berjemaah dan sedikit jamuan ringan.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

BEKAS PEMIMPIN MIC SERTAI PKR


Dalam kesibukan UMNO BN hendak mempastikan PKR berkubur dengan melakukan konspirasi terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Parti Keadian Rakyat terus menerima sokongan rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan rakyat.

Terkini, Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.

Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.

Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, penganggkuran dan kes jenayah.

Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu.

"Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya.

"Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam.

"Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau.

"Saya yakin dasa-dasar Keadilan akan membawa kita ke arah itu," ujarnya lagi.
Sumber:http://greenboc.blogspot.com/

Tok Guru Nik Aziz Sedia Lupa Sengketa Dengan Kerajaan Pusat


Nik Aziz: Kerajaan pusat bukan musuh, tetapi hanya lawan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Nik Aziz turut hadir pada majlis prapelancaran program itu di Kuala Lumpur semalam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana sudi menganjurkan program bersama ke arah menarik pelancong ke negeri pantai timur itu.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn Bhd itu dijadual berlangsung pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan pekarangan Stadium Sultan Mohamad keIV di sini.

Memberitahu pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-38 Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia di sini hari ini, Nik Aziz berkata, perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai baru-baru ini perlu dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

"Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya," katanya.

PAS menang tipis pada pilihan raya itu dengan majoriti 65 undi. BERNAMA

UMNO Kedah juarai isu babi



Zulkifli Yahaya

UNTUK kali ketiga Umno di Kedah telah berjaya menghasut orang kampung untuk mengadakan demonstrasi membantah (apa yang disifatkan mereka) kewujudan pusat ternakan babi di tempat mereka.

Demonstrasi yang diadakan di Sungai Tok Pawang itu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya membenarkan pembukaan pusat babi di kampung itu.

Demonstrasi pertama berhubung isu babi ini didakan di Jabi. Ia diikuti dengan demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Pendang. Semua dalang dalam demonstrasi itu adalah pemimpin Umno tempatan. Buktinya setiap kali demonstrasi diadakan, pemimpin Umno yang turut hadir muncul memberi ulasan.

Babi sangat sensitif dengan orang Melayu. Mudah sangat bagi Umno membangkitkan kemarahan orang kampung (yang tidak faham isu sebenar) terhadap pihak lain, terutamanya terhadap kerajaan negeri Kedah, iaitu hanya dengan menjaja cerita kononnya kerajaan negeri akan membenarkan pusat babi akan dibuka di kampung mereka.

Sejak dulu, kini dan selamanya, Umno akan terus menerus memperdaya orang Melayu dengan isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Saya pernah menulis keluaran lalu bahawa kewujudan pusat pemotongan babi tidak semudah membuka gerai roti canai tepi jalan. Tetapi hendak menjelaskan sesuatu isu kepada Umno bukan perkara mudah.

Hendak cerita bab hukum hudud terpaksa ambil masa berpuluh tahun untuk fahamkan mereka (itu pun sampai sekarang masih belum faham) inikan pula nak cerita isu babi yang tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab terdahulu dan tidak diajar pula di surau-surau.

Saya akan cuba menceritakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli-ahli Umno supaya lepas ini mereka tidak ghairah lagi untuk adakan demonstrasi demi demonstrasi setiap kali terdengar ura-ura pusat pemotongan babi akan diadakan di sesuatu tempat.

Cadangan dari pengusaha

Pertama, cadangan mewujudkan pusat pemotongan babi mestilah datangnya dari pengusaha. Ia bukan datang dari Menteri Besar atau anggota Exconya. Menteri Besar dan Exco bukan pengusaha babi.

Banyak kerja lain mereka nak buat untuk kesejahteraan rakyat. Pengusahalah yang mesti bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari tapak yang difikirkan sesuai.

Jika dalam setiap demonstrasi isu babi tajaan Umno mereka mengecam kerajaan negeri kerana kononnya bercadang 'mahu membuka pusat babi', itu adalah tuduhan tidak betul. Cadangan lokasi semuanya datang dari pengusaha.

Lokasi di Jabi, Pendang dan Sungai Tok Pawang; semuanya baru di peringkat cadangan. Sewaktu peringkat cadangan, Umno tidak perlu kerah orang kampung membantah lagi kerana terdapat beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh pengusaha.

Setelah pihak berkuasa tempatan menyiasat Jabi dan Pendang, ia tidak sesuai kerana tiada zon penampan dengan kawasan penempatan orang ramai.

Di mana tempat pun pengusaha perlu dapatkan sokongan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak penguasa tanah dan Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tersebut menetapkan piawaian tertentu sebelum memberi kelulusan. Salah satu jabatan tidak beri sokongan maka permohonan akan tertolak. Pengusaha perlu cari lokasi lain pula.

Mungkin pengusaha boleh guna 'cara mudah' iaitu menyogok pegawai dari jabatan yang memberi kelulusan. Tapi kaedah itu juga sukar untuk berlaku kerana para pegawai tahu dosa pahala, atau sekurang-kurangnya mereka takut akan siasatan SPRM.

Mereka mungkin pernah bermimpi dibelasah dan dihumban melalui tingkap oleh penyiasat SPRM. Walaupun cuma mimpi, tapi menakutkan juga.

Selepas tiga pihak tadi memberi kelulusan, barulah sokongannya diajukan kepada menteri berkaitan. Menteri yang berhak keluarkan permit pusat pemotongan babi, berasaskan sokongan tiga pihak tadi. Menteri juga berhak untuk tidak keluarkan permit walaupun disokong tiga jabatan tadi.

Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sebagai bakal Menteri Besar Kedah oleh sebahagian ahli Umno menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai pembukaan pusat pemotongan babi. Sebab itulah, katanya, berlaku demonstrasi bantahan oleh penduduk. Dato' Bashah rupanya termasuk di kalangan ahli Umno yang tidak faham.

Kerajaan akan menerangkan kepada rakyat setelah lokasi tersebut diluluskan oleh Menteri. Pihak berkuasa tanah, kerajaan tempatan dan Jabatan Alam Sekitar akan diminta memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Kalau baru di peringkat cadangan, apa yang hendak dijelaskan kepada rakyat? Lulus ke tidak pun belum tahu.

Umno nampaknya beriya-iya sangat nak menjuarai isu babi bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang Melayu. Sebenarnya mereka tersilap. Penutupan pusat babi haram di Kampung Berjaya yang tidak dapat dilakukan oleh Umno selama 30 tahun, sewaktu jadi kerajaan, cukup untuk jadi pukulan maut kepada Umno.

Umno patut cari isu lain untuk mencari pengaruh, bukan isu babi. Walhal sewaktu jadi kerajaan dulu, Umno tidak pernah sentuh isu babi.

Di Sungai Tok Pawang. Nun dicelah bukit sana dikhabarkan terdapat ladang babi haram yang dibuka secara kecil-kecilan. Orang kampung semua tahu, tapi tidak pula kedengaran dulu Umno mengadakan demonstrasi membantah.

Tiba-tiba apabila terdapat ura-ura sebuah pusat pemotongan babi mahu diwujudkan di situ, wujud pula bantahan. Sepatutnya mereka lega dengan adanya pusat pemotongan sebab ia akan 'menghapuskan' babi-babi yang diternak.

Pernah terjadi sewaktu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di sebuah kampung Siam di Daerah Pendang, seekor babi terlepas dari kandang dan meluru di celah-celah orang ramai sehingga menimbulkan kegemparan.

Secara spontan Dr Mahathir berkata, "Biag pi lah, dia pun nak mai dengag (ucapan) jugak ...."

Di sekitar perkampungan masyarakat keturunan Siam itu, mereka membela babi macam orang Melayu bela kambing empat lima ekor di tepi rumah. Tidak pernah terdengar pula sejak dulu ahli-ahli Umno atau wakil rakyat BN setempat buat demonstrasi membantah orang Siam bela babi dalam kampung.

Sekarang baru nak jadi juara babi, tak payahlah ...

harakahdaily

STOPA MAMAT DAN TOK GURU


UMNO-PAS BERGANDING BAHU...Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis pra-pelancaran Fiesta Kelantan 2009. Kedua-dua parti politik akan bekerjasama dalam fiesta yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Okt depan akan diadakan di Padang Perdana dan Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bahru. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MA